Blog ni aku titipkan hanya tuk masa senggang dan peristiwa penting yang berlaku pada diriku...
Tuesday, November 9, 2010
Sesi Petang?....Biar betul...
Monday, November 1, 2010
Cheese Cake?...
- 250g cream cheese
- 200cc/ml fresh cream/plain yogurt(*ayu gune fresh cream je)
- 2 sudu besar jus lemon(*kekadang ku durhaka sket..belasah je ngan sunquick)
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2 biji telur
- 90g gula(* sbb nk taruk topping, ku kurangkan gula nyer..heee)
Cara-cara
- Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
- Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
- Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Monday, October 25, 2010
26.10.2010
Wednesday, October 13, 2010
Rahsia Wanita...
***************
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).
- Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
- Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
- Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
- Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
- Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
- Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.
************
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).
- Dilahirkan sebagai pemimpin
- Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
- Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
- Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
- Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
- Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
***************
Mereka ini lahir di bawah lambang ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).
- Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
- Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
- Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
- Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
- Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
- Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
- Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
************
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).
- Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
- Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
- Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
- Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Monday, October 11, 2010
Arghhhhhh...tanganku kering..
Sunday, October 10, 2010
10.10.10
Monday, October 4, 2010
Taklimat.....taklimat n taklimat...
Wednesday, September 29, 2010
Finally I got Posting...
Friday, September 17, 2010
Finally i got posting...
Tiada kata selain ucapan syukur pada Yang Maha Esa sbb memakbulkan doa aku tuk posting.
Ye ar setelah 4 bulan aku menggangur (walaupon keje di Klinik Mata, Shah Alam), aku nak gak teruskan perjuangan aku di dalam bidang pendidikan.
Aku arap student yang aku ajar nnt still the best like SMK Lenga. Itulah pengalaman yang tak dapat aku gambarkan melalui kata-kata.
Ari Isnin (21hb September) adalah ari terakhir aku bekerja di Klinik Mata. Berdebar gak tuk bagitau pada kak Maria dan Doc Salleh.
Aku kene berenti secepat mungkin sbb nak handle documentasi mengenai posting nnt.
23hb September, InsyaAllah aku akan dapat tau di mana tempat aku mengajar nnt. 27hb plak ada taklimat di SMK Simpang Renggam. Masa itulah aku akan berjumpa dengan rakan2 Johor.
Sesungguhnya aku bersyukur sangat2 sbb aku tak dihantar ke Sabah dan Sarawak seperti rakan2ku yang lain.
Cian kat Kak Lela yang kene hantar kat Sarawak. Aku just doakan akak selamat dan berbahagia di sana...
To my former student, thanks 4 ur cooperation for 3 months. For my fren, thanks 4 ur pray. Not to forget, my family who always support me....
Berkobar2 azam aku tuk ajar new student at new skol nie...
..
...
....
.....
......
.......
........
..........
WISH ME LUCK!......
Tuesday, September 7, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Ngomelan Ku....
Ari sabtu 28hb, kawan2 DPLI aku dah kecoh pasal surat posting. Kata mereka, ramai dah dapat surat posting tapi area Sabah n Sarawak la. Aku lak tak dapat lagi nie. Nerbes siot. Ye ar kot2 kene anto kat sana. Jauh tu seberang laut. Balik 4 sure setahun sekali aje. Tu pon ujung tahun....huwa huwa...Aku arap2 dapat la semenanjung. Senang cket aku nak tgk2 mak abah aku n sewaktu dengannye.
Aku dah bagitau kat Kak Maria yang aku keje sampai bln 9 aje. InsyaAllah posting ujung bln 9. Bkn apa dah lama tak ngajar budak, so tak tau la camne aku nak memulakan semula pengajaran aku nie. Arap2 skill tu tak ilang. Aku lebey suka ajar dak yang terejal...ye ar seronok nak mencubit mereka2 ini.. Pastu bebel tahap gaban bagi perit pedas telinga diaorg..hahahaha...
Tak lama lagi dah raya. Persiapan raya tuk tahun ni, ala kadar aje sbb aku keje pon just biasa2 aje. Tapi yang luar biasa adalah...aku ngan apan ataw nak ronda2 rumah kawan2 kitaorg. Dari Melaka ke Negeri Sembilan. Pastu nek Perak n last baru area KL n Selangor. Tuk kawan2 aku yang tak de kat rumah masa kitaorg nak g nnt, mmg rugi ah. Sbb tahun ni aje kami kuar jalan beraya. Si ataw ngan apan dah ada plan tahun depan. Mgkn raya ngan mak mertua memasing. Aku?....tunggu aje la ye....kihkihkih..
Apa la aku bebel kat blog aku nie. Sebenarnya aku bosan tahap gaban kat Klinik nie. Tu yang aku taip entah apa2. Apa yang kuar kat pala otak, aku taip ar...
Tu aje kot...nnt kalo aku bebel lagi, aku post kat blog aku nie... Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf Zahir dan Batin andai aku ada wat salah...
Adios n wassalam..
Tuesday, August 10, 2010
Perlis Indera Kayangan
Adios n wassalam
Sunday, August 8, 2010
Bekerja sambil bercuti..
![Justify Full](img/blank.gif)
Tuk sesapa yang tak pernah g Perlis, aku syorkan g la sana. Perlis mmg sunyi ah. Penuh ngan ladang tebu n bukit bukau. Nak kata sejuk, tak la sejuk sbb skrg ni musim menuai padi n kata ckin cuaca mmg panas kat Perlis. Aku cam nak dok kat Perlis aje sbb tempat nye tenang ar. Kalo dapat posting sana pon tak pe tapi mesti mak aku nangis sbb anak dara dia yang comey ni jauh dari dia..kihkihkih.
Nak tau apa aktvt aku kat sana?...biasa ah mkn mknn yang best kat Perlis la. Korg mesti cuba Laksa Perlis ngan ikan bakar kat Kuala Perlis. Nak kata sedap, mmg sedap pon sbb rasa dia mmg len macam cket ar...pastu aku makan la som tam, megi tomyam kat Padang Besar. Megi tomyam kat situ tak bape best sbb kalo aku buat lagi best ar..hahahaha....
Aktvt len?...semestinya shopping time!... Aku beli kain songket buatan tangan..made in Thailand punya. Pastu aku beli bear.. Bear tu besar gilas n arge dia leh tahan la..puas dah aku tawar . Akhirnya arge yang sesuai aku dapat...
Apa lagi ek aku buat kat sana?...semestinya cuci mata la...hehehe.... tu aje kot yang aku leh tulis kat cnie....nak tulis banyak2 tak leh sbb aku pon malas nak taip menaip nie. Gambo?..nnt aku upload kendian la....bz cket seminggu nie...
Adios n jumpe post yang len plak...tata...wassalam
Wednesday, July 28, 2010
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.
Monday, July 12, 2010
Keje oh keje....
Masuk bulan 7, jadual aku dah penuh. 9hb Julai, aku g Felda Soeharto. Mmg happening gilas la Felda tu sbb penduduk sana mmg ramah tamah. 15hb sampai 17hb Julai lak, aku kene g Kuala Krai Kelantan tuk wat rawatan bagi pelajar sekolah. Ptg 17hb tu, akak maria plan balik shah alam pastu kul 3.oo pagi dari shah alam kami akan gerak ke Felda Tunggal di Kota Tinggi. 19hb Julai, Felda Kledang memberi lampu hijau untuk kami wat rawatan. Kemungkinan kami seminggu di Kota Tinggi. Ari jumaat, balik ke Shah Alam n 25hb Julai, kami g Kuala Kubu Bahru tuk wat rawatan di masjid. Last but not least, 29hb dan 30hb kemungkinan kami ke sekolah di Felda Soeharto n Penjara Bentong.
Inilah jadual aku sepanjang bln Julai. Mmg penuh ar tapi keje ni mmg enjoy sbb aku leh jenjalan. Aku kan suka mengembara ke tempat orang len. Andai kata kalo aku tercampak di mana2 pelusok Malaysia, pasti aku leh idup..hehehe...
Rasanye ni aje kot yang aku leh titipkan. Nnt ada cite baru, aku coret la...
Adios n wassalam...
Sunday, June 27, 2010
Release tension at Cameron Highlands
Friday, June 25, 2010
Tren tergelincir di Bangsar...
Saturday, June 19, 2010
I City Shah Alam...
Sesungguhnya Shah Alam mempunyai satu tempat tarikan yang baru. Aku pon tak tau tapi kawan2 aku berdua ni yang bgtau pasal tmpt ni. Baru2 nie aku g sana dah kenekan bayaran iaitu RM2 tuk satu kete. Tapi orait apa sbb tmpt ni mmg cool gilas la.
This Place full with lights. Mmg best! Sesi fotografi pon bermula apabila melangkah. Mmg seronok ya amat.
Korg tatap la gambar ni sebagai bukti keBESTan yang amat sangat.. Nak g Jepun tak dapat, maka dapat g kat Shah Alam pon dah orait apa...
New Story...
Dah lama rasanye aku tak update blog aku.... Start dari aku ngajar kat SMK Lenga, Muar pada 1hb Mac 2010 sampai la abis aku ngajar pada 27hb Mei 2010. Banyak benda aku nak tulis kat cni tapi masa tak mengizinkan aku plus line kat Lenga tu..nauzubillah mmg slow ya amat la... Abis praktikal pon tak tulis sbb aku bz ngan hal len. Sekarang ni aku dah keje kat Klinik Rawatan Mata kat Shah Alam. Jadik Dokter Mata la plak aku ni ye... Nama pon cikgu, kene la jadi serba boleh..hehehehe..
Kawan2 aku terkejut gak bile aku cakap aku keje kat Klinik Mata. Ye la aku ni tak mo ngajar lagi ke...Tapi tuk sementara menanti posting yang entah bile government nak bagi. Arap2 jangan la anto aku kat sabah n sarawak walaupon ada ati gak nak g sana..hikhikhik... Kalo leh anto aje la kat Johor. Lagi bagus kalo anto kat depan rumah aku. Tak yah aku nak pk pasal kete la, rumah la...tapi permintaan ni agak melampau gak kan....Nak wat camne pe2 hal aku nak gak balik ke rumah tercinta.
Minggu depan (21hb sampai 25hb Jun) aku kene outstation kat Perak. Seminggu tu beb. Sian kawan2 aku si wati ngan siti. Ye ar mereka berdua tak dapat berjumpe kawan serumah tuk seminggu nie...
Apa lagi ek aku nak tulis walaupon banyak benda lagi aku nak tulis.. Apa benda aku taip ni daaaaaa....Whateverpon aku sentiasa ingat sesapa yang ingat kat aku. Tuk anak2 didikku di SMK Lenga, thanks 4 da present n cooperation. Pengalaman mereka diaorg amat berharga dan tak dapat dibeli kat mana2 la...cam iklan mastercard la plak....
Kepada kawan2 DPLI, roger2 la andai tau pasal posting ek..... Sekian sahaja dari aku a.k.a Cikgu Noor yang sentiasa tersenyum....
Monday, February 15, 2010
Accident at Jementah...
![Justify Full](http://www.blogger.com/img/blank.gif)
Kul 5.30 petang, aku pon bergerak keluar dari UiTM Segamat bersama Alin, Botak ngan kawan Botak. Alin yang bawak kete dan kami pon ngan gembira pulang ke kg aku kat muar. Ye ar dah ada kete kat tangan, pe lagi leh la kami merewang. Tu la yang aku pk bile dapat kete nie. Tapi nak wat camne, takdir Illahi..hehehe... Alin tekan brek kuat sangat kot menyebabkan kete tu brek mengejut dan berdesing. Nak tau nape Alin tekan brek kuat sangat?... Kat depan kete kami ada van tetiba aje brek mengejut sbb ada kete len masuk lorong kanan. Dah la kete tu agak "veteran", so bawak pon kene manja2.
Tatap la gambo yg aku upload nie tanda menunjukkan tahap kecederaan kete abahku nie. Aku nak aje suruh abah timbang kati tapi sian lak sbb ngan kete ni la kami dapat jenjalan. Nak arapkan aku beli kete, tunggu aku posting ar...Tu pon tak tau posting bile...
Skrg ni aku dah pon balik rumah kat JB sambil menikmati kerelaxan tahap gaban..hehehe.... Setakat tu aje la yg aku leh taip sbb aku dah tak larat nak taip...hehehe...
Adios dan wassalam...
Wednesday, February 10, 2010
Video Pangkor
Kenapa orang Jepun tidak banyak mempunyai akaun FaceBook?
Nie aku dapat dari email yang di forward oleh kawan2 ku di SIM..
Tahun 2008 Mark Zuckerberg membuat aplikasi bahasa Jepang untuk menarik lebih banyak peminat FB dari negeri sakura. Ternyata harapan itu tidak terpenuhi. Memang sebagian besar warga Jepang sangat tidak terbiasa dengan aplikasi berbahasa Inggris. Tetapi ketika YouTube membuat aplikasi berbahasa Jepang, berbondong-bondong orang Jepang mengupload video ke sana. YouTube relativ lebih disenangi dibandingkan dengan FB. Ternyata bahasa bukan kendali utama bagi menjamurnya FB di Jepang.
Untuk menjadi anggota FB, kita diharuskan mengisi data-data pribadi yang nantinya dicantumkan kepada orang yang menjadi teman kita. Sementara YouTube cuma mensyaratkan nama (itupun tidak perlu nama asli) dan alamat email . Di sinilah masalahnya. Sebagian besar orang Jepang tidak mau memperlihatkan data dan kehidupan pribadinya kepada banyak orang. Sebagai contoh, dengan memperlihatkan tanggal, bulan dan kelahiran kita, dipercaya dapat digunakan untuk mengetahui karakter kita yang sangat berbahaya apabila digunakan untuk kepentingan tidak baik.
Selain itu, orang Jepang juga tidak terlalu suka menonjolkan jati dirinya di hadapan orang banyak. Mereka terbiasa hidup berkelompok dan bekerja juga dalam kelompok. Kita mungkin kenal dengan produk walkman, tapi kita tidak tahu siapa penemunya, kecuali dari Sony Corpporation. Juga tamagochi yang terkenal itu, oleh perusahannya, sang penemu mendapat perlakuan sama dengan pegawai lainnya dan dianggap sebagai bagian dari kerja kelompok.
Dalam berinternetpun, orang Jepang lebih suka memakai identitas lain atau bukan nama sebenarnya. Tahun 2005 ada satu kisah nyata tentang warga Jepang yang bercurhat dalam suatu forum Internet. Pemuda Jepang tersebut adalah orang yang suka dengan komik (manga), game, animasi dan bergaya agak aneh. Di Jepang orang seperti ini disebut “otaku”. Dalam suatu perjalanan di kereta api, dia berhasil menolong seorang wanita cantik berpendidikan tinggi dari gangguan orang mabuk. Keinginannya untuk mendekati dan mencintai wanita tersebut dicurahkan dalam sebuah forum Internet. Dalam setiap langkah untuk mendekati sang wanita, dia menceritakannya di forum tersebut. Banyak sekali tanggapan, saran dan dukungan kepada pemuda tersebut. Kisah ini akhirnya menjadi populer dan dijadikan sebuah film, sinetron dan komik dengan judul “Densha Otoko” (Train Man). Sampai sekarang, identitas asli Train Main ini tidak diketahui.
Selain itu, ada juga rasa mawas diri dari orang Jepang untuk tidak membagi identitas, foto dan kehidupan pribadinya. Terutama para wanitanya. Mereka tidak mau diganggu oleh orang-orang iseng yang mengetahui identitas mereka melalui FB. Pernah juga ada kasus ketika seorang mahasiswi yang punya blog didatangi oleh pemuda Amerika yang ingin berkenalan dengannya. Sang mahasiswi menolak dan sempat terjadi kehebohan di kampus. Sejak saat itu ada himbauan di kampus untuk tidak membuka kehidupan pribadi melalui blog. Demikian cerita salah satu professor saya.Jadi budaya masih banyak mempengaruhi orang Jepang untuk tidak sembarangan berinternet.
Maka?..anda pk kan sendiri la ye..
Wassalam
Sunday, February 7, 2010
Nie adalah video tuk kawan2 DPLI aku. Cukup 8 bln googbelajar kat UPSI, Tanjung Malim.. Tak lama lagi praktikal pastu posting...
Keep in touch....
Adios...
Saturday, February 6, 2010
Hadapi Kerenah Degil
Kepada kawan2ku yang bakal mendapat cahaya mata...(nie pon aku dapat dari 4ward email)
Hadapi kerenah degil
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLKw-lW0fmNkjpusGrGmid2W77EFzkhKb6-5E2nLX-9MzoNuR24dI637Cne06QdOuBKj1UfoMmz9IZeBjLY086i-VrYt9cWKVNqLQmUutMijYW5SbMwvcZBj5zNxdicej4jYKStZ7rS-mO/s400/mainpix1.jpg)
SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.
Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?
Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.
Beri pilihan
Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.
Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.
Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.
Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.
ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.
Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.
Sujudlah kepada Pencinta
Sujudlah kepada Penciptamu!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxnbubUhLSSjRCCYvLWnimDPJxecopdXbmr20M1jy33aytaQcCgHliONrP_MD7FewRlp6vgEE1f7Tsdkk7go_eIk7x6A6Jea3Luzfz_nd6a51-AKZBEHxXITXT9bEHSlf8c7tj2oJNDnho/s400/sujud1.jpg)
DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.
Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.
Hikmah sujud
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.
Capaian entry berkaitan :
Thursday, February 4, 2010
Minggu Pekse...
Setakat tu aje yg aku nak tulis sbb tak de benda nak tulis walaupon semalam aku turun KL cari adiah tuk Farewell Lunch dak klas aku kat Kalumpang...
Adios...
p/s:tak sabar tunggu anak agon...hehehe
Tuesday, February 2, 2010
Leparking wit frenz
Aku order laicikang ngan kuey teow tom yam. Isi la pewot memalam nie. Si Eton tepon si Awien ngan kak Lela. Diaorg pon join kitaorg gak. Semua ni last minit plan n leh lak jadi. Tak sangka aku. Mlm sok, kitaorg satu kelas nak makan char kuey teow kat depan Dusun Bay. Tak tau la sedap atau tak. Kene kosongkan pewot aku nie...hehehehe...
K la setakat ni aje cite aku sbb aku pon nak tido. Sok ada kelas Dato lak pastu kene masuk UPSI tuk jumpe KPM pasal posting kami. Jumpe lagi..
Sunday, January 31, 2010
BIG - Bina Insan Guru
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG8pYX2Xa5mqjPZUebRkouKQVPmQlPazaTaZsq6I355KRwBGAwRO7u8OIWTLLHisvTIprJu33nl8aKz8rWsKGJ8yZ7MZ5xGW-TWlxz-aTSUKPxhSpP5d1DOmJZF0R7wkZO1-mh9i884fg/s320/BIG.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBVU735Nrrpg18P18k46pbKIIUo0YuaAmmYSr0SbTFPvT9uDYtDfaX4ZrtRxCr-dMqgwjVzZHWmoCg-mM8YVvJL5QPKKKlQd_dGqPEqyOJqwCgtKUz0xhsht54cVkv6yYdilPIm3_BxcM/s320/BIG+2.jpg)
Kursus BIG mmg berkesan dan berlainan dari kursus lain. Seingat aku, kali terakhir aku g motivasi masa aku kat UiTM. Tu pon masa memula masuk. Tapi tu di panggil motivasi ke sbb kitaorg kene brainwash ngan akak fasi..hehehe... So, yang betul2 aku g motivasi masa sekolah menengah la. Kalo di kira2 dah 10 tahun la aku tak mengikuti program motivasi. Cikgu Aziz selaku penceramah atau erti kata lain yg memberi ilmu tambahan kepada aku. Nak tau lebeih lanjut pasal Cikgu Aziz?... Lawati blogspot dia kat http://azizyatim.blogspot.com. Dalam BIG nie, memacam aku belajar iaitu maksud tersirat warna (hijau, jingga, gold ngan biru). Setiap warna tu menggambarkan keperibadian seseorang. Kalo diikutkan aku ni suka gold atau kuning n apa yg Cikgu Aziz cakap mgkn ada betul nye...hikhikhik
Sepanjang dua ari kat SITC, mmg kelakar la dan best..tapi yang paling best dapat makan. So, dua ari ni aku tak yah kuarkan duit tuk makan... Aktiviti bermula 8.30 pagi dengan senaman koporat ngan senamrobik. Pastu Ice-Breaking. Masa disini lah aku mendapat ilmu yang tak ternilai harganye. Aktivti paling best adalah KEMBARUN iaitu Kembara mencari harta kaRUN. Perjalanan bermula dari SITC menuju ke Nursery. Sheikh Nasir selaku ketua membawa seramai 16 orang anak2 tuk mencari harta karun. Sampai kat nursery, kitaorg kene cabut rumput. Cabut nye cabut, abis gak 2 deret pastu tunggu next klue iaitu kene g Petronas lak. Kat Petronas, kitaorg kene mop mozek. Semua org buat ngan ati yg gembira. Siap amik gambar lagi. Pastu next klue kitaorg kene minum teh panas kat kedai mamak. Atas kedai mamak tu, ada hotel dimana tmpt si Eza selalu lepak ngan Pok Din..hehehehe.. Abih teh panas secawan seorang, kitaorang masuk balik UPSI tuk next klue. Kat situ, kitaorg kene nyanyi beramai2... Sungguh2 dak kumpulan aku menyanyi. Tak sangka ada bakat terpendam...Abis nyanyi, kitaorg kene g SITC semula tuk final check point. Aku ingatkan dah abis, rupanye aku kene susun puzzle tuk menjadi huruf T yang normal. Aku pon call la Eza, kot2 dia dapat task yang sama, rupanye tak. Aku ngan ahli kumpulan pon dengan penuh semangat susun puzzle dan akhirnya berjaya.. Malam plak Cikgu Aziz bari tips tuk deal ngan student agar kita mendapat win-win situation. Abis sudah ari pertama...kami pon balik rumah tuk tido dan sok pagi kene datang semula tuk aktiviti ari kedua plak...
Ari kedua, macam biasa pagi2 kene wat senaman. Pastu, ada aktiviti Si Buta ku Sayang. Aktiviti ni mmg best sbb aku jadi tukang kaco. Kawan2 kene tutup mata dan kene pegang tali pastu aku potong tali dan bawak diaorg ke tmpt yang jauh dari ketua. Ada gak yang melawan tak mo ikut aku. Beria tarik tali ngan diaorg. Sakit tul tangan aku. Ye ar diaorg nak dgr arahan dari ketua dan aku lak seronok kaco diaorg. Lebey kurang 1 jam, aktiviti pon tamat dan memasing semua nak ikat aku pastu ikat aku kat pokok sbb mengacau diaorg. Dah mmg tugas pengacau, kene la jadi pengacau amat hebat.. Aktiviti mmg skit tapi apa yang aku dapat mmg pengalaman yang baru.
Tapi aku tak leh lupa, kitaorg kene saman gan kumpulan lain. Aku tau diaorg saja nak saman sbb jeles kumpulan kami kumpul banyak duit...Pe2 pon..mmg best ar... UILove my frenz....
Adios dan bersambung lagi la....