Sunday, January 31, 2010

BIG - Bina Insan Guru





Dua hari aku mengikuti kursus BIG kat SITC, UPSI. Mmg tak leh nak gambarkan sbb mmg best walaupon ada lagi aktiviti yang boleh ditambah. Kenangan yang tak leh aku lupakan. Dari BIG nie aku dapat mengenal kawan2 aku dengan lebih rapat lagi. Gelak tawa sesama nangis pon sesama. Rasa cam sedey aje sbb tak lama lagi tamat la DPLI aku kat Tg Malim nie. Tak sangka hampir 8 bln aku kat cni. Next week start final exam pastu cuti seminggu dan bermula lah kehidupan aku sebagai Cikgu Noormaliza binti Awal. My lucky school is at SMK Lenga, Lenga Muar. Nnt aku akan sambung cite pasal cikgu bile aku dah bermula jadi cikgu.

Kursus BIG mmg berkesan dan berlainan dari kursus lain. Seingat aku, kali terakhir aku g motivasi masa aku kat UiTM. Tu pon masa memula masuk. Tapi tu di panggil motivasi ke sbb kitaorg kene brainwash ngan akak fasi..hehehe... So, yang betul2 aku g motivasi masa sekolah menengah la. Kalo di kira2 dah 10 tahun la aku tak mengikuti program motivasi. Cikgu Aziz selaku penceramah atau erti kata lain yg memberi ilmu tambahan kepada aku. Nak tau lebeih lanjut pasal Cikgu Aziz?... Lawati blogspot dia kat http://azizyatim.blogspot.com. Dalam BIG nie, memacam aku belajar iaitu maksud tersirat warna (hijau, jingga, gold ngan biru). Setiap warna tu menggambarkan keperibadian seseorang. Kalo diikutkan aku ni suka gold atau kuning n apa yg Cikgu Aziz cakap mgkn ada betul nye...hikhikhik

Sepanjang dua ari kat SITC, mmg kelakar la dan best..tapi yang paling best dapat makan. So, dua ari ni aku tak yah kuarkan duit tuk makan... Aktiviti bermula 8.30 pagi dengan senaman koporat ngan senamrobik. Pastu Ice-Breaking. Masa disini lah aku mendapat ilmu yang tak ternilai harganye. Aktivti paling best adalah KEMBARUN iaitu Kembara mencari harta kaRUN. Perjalanan bermula dari SITC menuju ke Nursery. Sheikh Nasir selaku ketua membawa seramai 16 orang anak2 tuk mencari harta karun. Sampai kat nursery, kitaorg kene cabut rumput. Cabut nye cabut, abis gak 2 deret pastu tunggu next klue iaitu kene g Petronas lak. Kat Petronas, kitaorg kene mop mozek. Semua org buat ngan ati yg gembira. Siap amik gambar lagi. Pastu next klue kitaorg kene minum teh panas kat kedai mamak. Atas kedai mamak tu, ada hotel dimana tmpt si Eza selalu lepak ngan Pok Din..hehehehe.. Abih teh panas secawan seorang, kitaorang masuk balik UPSI tuk next klue. Kat situ, kitaorg kene nyanyi beramai2... Sungguh2 dak kumpulan aku menyanyi. Tak sangka ada bakat terpendam...Abis nyanyi, kitaorg kene g SITC semula tuk final check point. Aku ingatkan dah abis, rupanye aku kene susun puzzle tuk menjadi huruf T yang normal. Aku pon call la Eza, kot2 dia dapat task yang sama, rupanye tak. Aku ngan ahli kumpulan pon dengan penuh semangat susun puzzle dan akhirnya berjaya.. Malam plak Cikgu Aziz bari tips tuk deal ngan student agar kita mendapat win-win situation. Abis sudah ari pertama...kami pon balik rumah tuk tido dan sok pagi kene datang semula tuk aktiviti ari kedua plak...

Ari kedua, macam biasa pagi2 kene wat senaman. Pastu, ada aktiviti Si Buta ku Sayang. Aktiviti ni mmg best sbb aku jadi tukang kaco. Kawan2 kene tutup mata dan kene pegang tali pastu aku potong tali dan bawak diaorg ke tmpt yang jauh dari ketua. Ada gak yang melawan tak mo ikut aku. Beria tarik tali ngan diaorg. Sakit tul tangan aku. Ye ar diaorg nak dgr arahan dari ketua dan aku lak seronok kaco diaorg. Lebey kurang 1 jam, aktiviti pon tamat dan memasing semua nak ikat aku pastu ikat aku kat pokok sbb mengacau diaorg. Dah mmg tugas pengacau, kene la jadi pengacau amat hebat.. Aktiviti mmg skit tapi apa yang aku dapat mmg pengalaman yang baru.

Tapi aku tak leh lupa, kitaorg kene saman gan kumpulan lain. Aku tau diaorg saja nak saman sbb jeles kumpulan kami kumpul banyak duit...Pe2 pon..mmg best ar... UILove my frenz....


Adios dan bersambung lagi la....

Saturday, January 23, 2010

New Interest!...

Sapa lagi..dak gemuk ar...

My frenz....





Kawan2ku....


Aku dah bertemu sesuatu yang membuatkan aku tertarik n da boom ah... Kawan aku si Lini suruh download photoshine tuk wat gambo jadi lawa...So, aku pon naik ketagih ar.... Ni sebahagian gambo yang aku dah wat tertarik n menarik...

Sampai kat cni aje...adios...

Sunday, January 17, 2010

NIE AKU DAPAT DARI EMEL AKU YANG DIHANTAR OLEH KAWAN AKU.... JUST TUK KONGSI NGAN SEMUA KAWAN2KU.... SILA BACA...



Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim pesanan ringkas berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu. Mungkin hanya sepatah OK, “ya” atau “tidak” sahaja yang tertera di layar telefon bimbit. Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang? Begitulah detik hati si isteri. Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman. Kata-katanya boleh dikira. Sudah banyak diam. Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.

Memang begitulah resmi lelaki, semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan. Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan. Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan. Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh. Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi… semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.

Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta. Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS (kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!) atau “bergayut” berjam-jam lamanya di gagang telefon boleh menjadi beku dan kaku seperti itu. Tidak mungkin “kami” ataupun aku jadi begitu. Mungkin itulah yang berbunga di hati kini. Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.

Seorang sahabat saya secara bergurau menjelaskan betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila berumah tangga, sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami. Mengapa? Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah (lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu), akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini. Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar daripada seorang wanita penyengap menjadi peleter yang tidak pernah rehat..

Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya, perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam. Kesukaran tugas dan beban tanggung-jawab menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Ya, potensi lelaki menjadi “ahli falsafah” semakin menyerlah apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!
Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan. Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan. Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumah tangga.

Musim cinta sudah berlaku. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati. Benarlah kata hukama, perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.

Apa maksud tanggung jawab? Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita “tanggung” di dunia, “disoal” di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab. Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk (dalam konteks ini antara suami dengan isteri), Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya, tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. Bila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.

Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab. Gabungan keduanya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia. Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggung jawab, lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggung jawab tetapi tidak ada rasa cinta, maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumah tangga… umpama hidup segan, mati tak mahu.
Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggung jawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing atau seakan-akan mula meminggir, tetapi rasa tanggung jawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah kekuatan satu tanggung jawab, yang mampu bertahan ketika cuaca rumah tangga tenang ataupun bergelombang.

Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga ialah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. Dan jangan terkejut jika kita dapati dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali. Hairan melihat perubahannya? Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat perubahan kita. Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah. Warna sebenar (true colours) yang menurut pakar-pakar psikologi hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.

Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan kita walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri. Proses perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan dan diteruskan secara konsisten. Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga. Bukankah tak kenal maka tak cinta? Jadi, apabila cinta tergugat, itu adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan. Jangan sekali-kali menggunakan “fail lama” untuk mencipta keserasian baru. Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi dan kecenderungan pasangan kita berubah. Warna yang terang kesukaannya dahulu mungkin bertukar menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini. Mungkin corak seleranya juga turut berubah bersama penyakit fizikalnya yang mula singgah. Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya. Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.

Membina cinta ketika tarikan fizikal dan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan. Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman? Ertinya, kembali kepada Allah. Percayalah keadaan yang serba-serbi tak kena, hilang tumpuan, kurang selera makan, tidak ada “mood” untuk bercerita dan berbicara adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati. Dan itu semua adalah berpunca darinya lalai dan alpanya hati daripada zikirullah (mengingati Allah). Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Ar Ra’d: 28
Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab. Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah… dan terus tersenyum di hadapan suaminya justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.

Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah “pohon” tanggung jawab. Insya-Allah, musim cinta akan kembali dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!
Tip untuk bertanggung jawab:
  • Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
  • Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
  • Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
  • Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
  • Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
  • Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
  • Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati… itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.

Pangkor....


Anak meme...Firaz Arman bin Safuan Fuady a.k.a sukun..

Mereka2 yang join aktvt ke Pangkor..






alwayz together gather





Aksi banana boat....











Cover album...hehehe



Berposing kat Kota Belanda..




Muke dah penat...tunggu tuk turun aje



Alhamdullillah selamat sudah aktiviti g Pangkor bersama dak2 kelas ngan kawan2ku. Kami pergi ngan 6 kereta tapi aku g lambat sbb si apan ngan ataw sampai lambat. Kul 1.30 ptg baru diaorg sampai kat Tg Malim. Kawan2 aku yg lain dah gerak kul 12. Nampak gaya aku kene kejar diaorg la. Tapi sempat gak aku singgah Proton City tuk makan tgh hari. Sian kawan2 ku makan tak cukup...hehehe... Aku ingat kitaorg sampai lambat rupanya kawan aku sampai lagi lambat sbb ada sebijik kete rosak di tgh jalan. Nak tak nak memasing kene tunggu aje la. Aku dah sampai Lumut kul 5 ptg. Sempat gak jumpe anak meme..sebijik ikut bapak dia. Kul 6.30 ptg baru kawan2 DPLI aku sampai. Memasing pon solat jamak n feri kitaorg kul 7. Tapi disebabkan lambat tunggu kat Jeti, kitaorg kene naik feri kul 7.30 malam. Kene tunggu la lagi kami nie. Si apan dah pening pala...si bedah pon sama gak. Riso lak bawak kawan2 yg sakit nie..huhuhu

Kul 8 malam, kitaorg pon sampai Jeti Pangkor. Pastu kitaorg naik teksi pink tuk menuju ke Lyana Villa Resort. Tmpt tu ok la sbb berdekatan ngan pantai. Masa mlm tu, kami tak wat apa2 sbb memasing dah penat berjalan. Pastu tido aje la. Sok pagi agenda penuh dari pagi sampai malam.

Ari sabtu, 16 Januari 2010 adalah ulangtahun kelahiran abah ku yang tercinta. Pagi2 aku tepon n nyanyi lagu Hepi Birthday. Si ataw, apan n bedah pon sama. Abah sempat gak tanya "berapa ramai kat sana tu" sbb bunyi cam 10 org sedangkan 4 orang aje..hehehe... Sarapan pagi kami hanya roti di salut ngan kaya. Kul 9 pagi, aktvt snorkelling pon bermula. Aku ingatkan tmpt dia jauh la sngt..rupanye dekat aje. Tapi yang tak best tu, ada lak kutu air. Satu badan kene geget ngan kutu air tu. Ampes aje binatang tu. Air kat pangkor tak berapa jernih. So, kami tak dapat tgk ikan2 kat dasar laut tu. Yg ada kutu air mengeget badan kitaorg aje..huhuhu.. Kul 11.30 pagi, tamat la aktvt snorkelling kami. Kul 3, aktvt sukaneka diadakan. Aku selaku ketua aktvt menyediakan aktvt tuk mengenakan kawan2ku. Seronok lak tgk diaorg main sungguh2. Lebey2 lagi ataw yg beria tuk menang. Si apan pon tak kurang gak. Si bedah kene jadi AJK, so dia dok kat tepi aje...sian bedah... Abis aktvt sukaneka, kitaorg men kayak lak. Semua berjalan serentak n kitaorg kayak agak jauh sbb kitaorg g pulau len yang berdekatan ngan situ. Mmg seronok la. Aktvt malam lak, BBQ aje..sambil dgr lagu dari laptop aku.

Ari ahad, baru la kitaorg pusing Pangkor ngan van pink. Dari satu tmpt ke satu tmpt kitaorg g. Walaupon aku pernah g Pangkor tapi pengalaman kali ni lain cket. Ye ar masa g dulu, aku g ngan meme n agon. Pastu kitaorg tak mandi just jenjalan aje. Kul 12.30 tgh hari, kitaorg pon check out. Naik feri balik lumut kul 1 ptg n sampai Jeti Lumut kul 1.35 ptg. Pastu aktvt cari makan tgh hari la. Lapo sesangat. Setelah makan, baru la wat aktvt bebas. SHOPPING time kat Pekan Lumut. Memacam gak kitaorg beli...tapi kene bajet sbb ongkos orak eneng...hehehe.. Kul 4 ptg baru aku kuar dari Lumut tuk pulang ke Tg Malim. Aku gerak dulu sbb bedah kene naik komuter tuk balik Seremban. Maka, aku ngan dak2 kelas aku gerak len2. Kul 6.30 ptg baru sampai kat Tg Malim. Cian memasing sbb kene balik ke Shah Alam ngan Seremban. Aku aje yg dah sampai n leh dok relax.

Best tak cite aku?..mesti best kan...ni aje yg aku larat tuk tulis..ada cite lagi..aku tulis ah... Pasal adik aku tunang kat Besut pon aku tak tulis lagi...ada kesempatan aku tulis ah..

Adios n wassalam...

Monday, January 11, 2010

Adik aku tunang!....

Nie la wajah tunang adikku...


.
Nie la cincin tunang mereka..

Famili aku...


Mereka yang mengikuti rombongan ke Ganu..

Warga veteran...

Orang2 muda..hehehe...




Masa nak balik....

Sebenarnya adik aku tunang dah lama..18hb December 2009 tapi baru skrg aku upload gambar sbb bz ngan assignment aku. Ni pon tak upload semua sbb ada keje kene buat....At least tuk kawan2ku yang nak tgk adik aku tunang, sila la tgk....InsyaAllah dalam tahun ni mereka akan bersatu sebagai suami isteri. Doakan kebahagiaan mereka ye..

Adios....sambung lagi kendian