Sunday, December 6, 2009

Lost World of Tambun...

Dari kenduri terus ke Tambun..











Sama tak?..





Sesi posing sakan...


Sesi mentekedarah...hehehe


Best nye dapat g Lost World Of Tambun. Walaupon tempat dia kecik aje tapi pengalaman bersama ngan kawan2 aku mmg tak leh lupa ah. Dari Kuala Kangsar ke Ipoh amik masa sejam aje. Si ataw ngan apan dah tunggu kat sana. Aku ngan geng sekereta pon terus g selepas kenduri Yati. Lebih kurang dalam kul 3.30 ptg aku sampai kat sana. Tiket just RM19.00 per adult sbb aku ada baucer yang leh redeem tiket tu. Kalo tak arge tiket tu RM30.00. At least leh ar jimat cket as a student nie. Kata staff kat situ, kitaorg kene kuar dalam kul 5.45 ptg sbb kul 6.00 ptg park dah tutup. So, dengan masa yang cket kitaorg gunakan sepenuhnya lah...

Tak yah baca banyak2, tataplah gambo yang best2 nie...

Nnt aku bersambung lagi andai ada cite menarik..

Adios..

Kenduri Yati...



Nie la pengantin nye...

Geng sekereta...

Ngan kechik....

Dak2 klas yang amat besh...

Nie lah rakan2 yang bertandang ke rumah yati


Semlm (5hb Dec) aku g kenduri Yati kat Lenggong, Perak. Dengan menaiki kete kancil Eza, aku berjaya sampai ke sana. Riso gak bawak kete org nie. Ye ar takut tetiba aje merajuk tgh jalan. Tapi alhamdulillah segalanye selamat sampai.

Akan tetapi ari sebelum tu, kete dia cam wat hal lak dan aku bg tau la tuan dia. Kata Eza, kalo tak yakin tak yah bawak kete dia. Kalo aku tak bawak, camne aku nak g Lenggong...huhuhu.. Ptg tu aku msg awie n suruh tgk kan kete Eza. Rupanye kete dia kene bawak dengan lembut n tekan cluth sampai abis. Aku pon testing ptg tu ngan awie n aku dah tau camne nak bawak kete Eza nie. Aku just sematkan dalam diri aje la tuk bawak kete Eza. Mlm tu aku mesej ngan Eton tuk tnykan pasal timing g rumah Yati. Mesej n mesej, dia kata kul 10 waktu Malaysia dah ada kat Behrang Petronas. Pagi2 aku dah bangun n si Kechik pon dah bangun gak. Kul 9.20 pagi kami turun bawah n panaskan enjin. Kul 9.30 pagi, aku pon bergerak amik Eton kat Damiana Apartment. Sampai kat sana aku mesej n sib baik minah tu dah siap. Kami pon teruskan perjalan ke Petronas Behrang.

Yang tak bestnye, dak lelaki yang konvoi sesama kitaorg lambat lak. Mmg janji melayu tul sbb diaorg sampai kul 10.30 pagi. Pastu g isi minyak dan akhirnya pukul 10.45 pagi baru nak memulakan perjalanan ke Lenggong. Aku riso la sbb Lenggong tu jauh. Si yati lak sanding dalam kul 1.00 ptg. Kami pon berkonvoi dua kete. Aku just follow belakang kete si awie. Sepanjang perjalanan tuk ke tol, kitaorg jumpa Hot Springs kat Sungkai. Sib baik kitaorg ada plan nak g Tambun lepas kenduri Yati. Pastu kitaorg masuk tol Bidor n bermula lah perjalanan kami ke Lenggong. Memula aku follow gak si awie ni tapi sampai kat mana tah, dia follow belakang lori. Berderet kete belakang aku ni n memasing dah rapat ngan aku sbb nak potong tak leh sbb belah kanan pon penuh ngan kete. Akhirnya aku amik keputusan tuk potong awie n tunggu dia kat tol Kuala Kangsar. Ye ah aku takut lambat sampai aje. Sib baik dalam kete aku ada Eton, eton ar penunjuk arah tuk ke kanan dan kiri. Sampai kat Ipoh baru berjumpa diaorg. Tapi paham2 aje la Kenari ngan Kancil mana sama tuk berkejar..hehehe..dalam tak sedar aku bawak kete si Eza sampai 120km/j. Aku tgk meter dan aku pon slow down balik n bawak 110km/j aje.

Tepat pukul 12.30 tgh hari, kitaorg pon sampai kat Tol Kuala Kangsar. Aku pon follow kete si awie sbb aku tak de map g rumah Yati. Kami sampai sebelum pukul 1. Alhamdullillah selamat gak kami sampai. Aku pon menuju ke bilik Yati n pe lagi amik gambo ah. Kul 1.15 ptg, pengantin lelaki pon sampai. Kira sedang elok la kitaorg tiba n pengantin pon sampai. Mkn sudah amik gambo pon sudah. Pukul 2.30 ptg, kitorg pon gerak dari rumah Yati sbb kitaorg nak g LOST WORLD OF TAMBUN lak..

Tu aje cite aku tuk g kenduri Yati. Nnt bersambung pasal Lost World of Tambun lak...

Adios

Friday, December 4, 2009

Bakal Guru wajib aku janji?...

Benda ni aku dapat dari email kawan aku yang menyatakan guru wajib akujanji. Nampaknya nak tak nak kene tima la mana kene anto posting...



Bakal guru wajib akujanji?


DR. Puad Zarkashi (kanan) berbual mesra dengan pelajar-pelajar terbaik kursus perguruan selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 24 Nov. - Bakal guru mungkin diwajibkan menandatangani akujanji sanggup mengajar di kawasan pedalaman untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, syarat yang sedang dipertimbangkan itu bertujuan memastikan guru-guru yang baru berkhidmat di pedalaman tidak merayu untuk berpindah.

''Sebagai contoh, kebanyakan guru dari Kelantan dan Terengganu yang baru berkhidmat empat bulan dan dihantar ke pedalaman sudah minta berpindah.

''Ini benar, di Kelantan ada 54 kekosongan, yang mohon hendak balik 1,312 orang, jadi bila ada rungutan oleh guru yang sudah 10 tahun mengajar di Sarawak, sudah tentu tiada kekosongan di negeri itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) di sini hari ini.

Puad menegaskan, dalam situasi sekarang, tempoh perkhidmatan tidak lagi diambil kira sebaliknya faktor kekosongan dan keperluan di sesebuah negeri menjadi keutamaan.

''Sekarang ini kita cadangkan letak syarat akujanji, kalau sanggup baru kita ambil bekerja, jangan nanti tak sampai enam bulan sudah merayu-rayu, kita juga yang susah.

''Jadi, selepas ini kalau sudah turunkan tandatangan, tetapi kemudian minta tukar, kita tak akan layan kecuali kes kritikal seperti faktor kesihatan," katanya.

Menurutnya, akujanji tersebut bukan bertujuan memberi tekanan kepada para guru tetapi menuntut mereka memahami bidang tugas dan tanggung jawab dari perspektif masyarakat tanpa memikirkan kepentingan diri semata-mata.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Puad menasihatkan ibu bapa yang anak mereka memperoleh keputusan cemerlang 5A tetapi gagal memasuki sekolah berasrama penuh agar tidak kecewa.

Ini kerana anak-anak mereka masih berpeluang memasuki kelas khas di sekolah kluster, sekolah cemerlang dan sekolah harian.

''Mereka akan mendapat suasana pembelajaran yang sama dengan asrama penuh, cuma bezanya tidak tinggal di asrama dan yang penting kekalkan semangat dan kecemerlangan akademik," katanya.

Pada tahun ini seramai 48,171 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh 5A sedangkan kekosongan yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekitar 12,000 tempat.

Wednesday, December 2, 2009

Assignment oh Assignment...........

Semlm aku ngan kecik g library wat assignment...cam tak caye lak g sana...hehehe... Tapi biasa lah aku cari line internet. Kat library, line laju n senang aku nak wat keje. Kalo aku dok kat rumah, alamatnye tak siap ah keje aku. Ye ah jap ok jap tak ok. Assignmnet menimbun tapi tak tau nak wat camne. Sib baik keje berkumpulan, at least leh tny kawan seangkatan...

Pra proposal tuk klas Kreatif dah nak anto ari nie tapi aku takut. Ye ah takut salah aje apa yang aku buat tu. Aku just pakai buat aje tapi seorg cikgu mana leh pakai buat. Tunggu aje la puan komen nnt. Ada yang salah, aku ubah la apa yang patut. Jap lagi ada discussion ngan lini kat rumah dia pasal assignment encik ipin. Dah la kene anto sebelum 18hb Dec nie. Assignment len pon menyusul gak. Aku pasti leh siapkan ar...berusaha berusaha..

Sebenarnye aku tak isu sangat nak tulis sbb minggu ni keje aku just buat assignment. Akan tetapi ari sabtu ni adalah ari berjalan sedunia tuk aku...hahaha...Aku nak g kenduri Yati kat Lenggong ngan dak klas aku pastu g Lost of Tambun kat Ipoh ngan si apan n ataw. Seronoknye berjalan menghabiskan duit.

K la sampai kat cni aje aku yang leh tulis. Nnt bersambung lagi...adios

Monday, November 30, 2009

Tanjung Piai....





Ari tu aku g Tanjung Piai ngan wawa, jumat, anjang n anak dia. Sebenarnya niat utama nak g anto anjang aku balik ke rumah dia. Tapi alang2 dah sampai Pontian, kami pon terus ke Tanjung Piai. Tempat tu biasa aje sbb just tgk pemandangan hutan paya bakau. Kira Tanjung Piai tu Taman Negara Johor atau erti kata lain hutan simpan. Kalo dah kata simpan, jangan usik la. Ada bnyk signboard binatang kat situ tapi aku tak jumpe pon. Yang aku jumpe just monyet yang suke kejar. Adik aku jumat suke memain, kalo la monyet tu kejar...mmg aku akan tinggalkan dia jauh2. Sib baik monyet tu sekolah, at least dia dok diam kat situ aje..hehehe..

Sebelum g Tanjung Piai, aku singgah la kat tepi laut tuk menikmati cendol ngan bakso. Cendol tu singgit aje tapi sedap. At least ngan arge singgit kita dapat cendol sedap. Bakso?...biasa aje. Tapi kalo nak makan, leh aje..tuk puaskan ati ngan kesedapan bakso..kureng cket ah..Pastu kitaorg solat kat Masjid Serkat n terus menuju ke Tanjung Piai.

Ada tiket nak masuk ke sana iaitu Dewasa RM5.00, Pelajar RM3.00, Kanak2 bawah 12 thn Free aje. Kawasan Tanjung Piai tu mmg luas ya amat. Penat gak berjalan sampai ke hujung benua tu. Sempat gak la posing kat signboard "Tahniah anda berjaya berada di Penghujung Selatan Benua Asia"... Tempat tu tuk relax n lupakan kaco bilau hutan konkrit, leh la singgah kat sana.

Tu aje yang leh aku tulis sbb cuti dah abis n aku nak memulakan pengajian aku..

Adios n bersambung...

Saturday, November 28, 2009

Raya Haji...

Nie dia model kete...

Kereta2 yang datang bertandang..

Wajah ceria sedara mara ku


Ari jumaat penuh rumah aku ngan sedara mara. Mak atuk aku sakit a.k.a potong kaki. Tu yang ramai melawat dia. Dari mak andak aku ke besan mak aku, semua datang. Lagipon org yg datang rumah tu membawa rezeki. Aku layan aje seadanya. Raya haji aku kali ni aku sambut ngan biasa aje sbb tak de lembu yang kene korban. Hanya 6 ekor ayam bandar, seekor itik dan 3 ekor ayam kampung kene korban.

Bnyk gak lauk mak aku masak. Dari ayam masak lemak cili api ke rendang itik. Last2 tulang ayam tu, mak aku buat sup. Sedara2 aku cicah ngan roti. Mmg abis ah ayam2 ngan itik yang kitaorg korbankan tu. Aku tak der gambo masa kitaorg sembelih n cabut bulu ayam. Just gambo kenang2an kat luar rumah aje...hehhee

Setakat ni aje raya haji aku tahun nie... Bersambung lagi kisah..

Adios....

Thursday, November 12, 2009

New semester new assignment!..

Dah 2 minggu aku kat Tanjung Malim tuk memulakan pengajian aku. Semester kedua dah pon bermula. Maka, assignment pon ada dan bertambah. Aku dah tak tau nak buat yang mana satu nie. Banyak sangat assignment nye.. Tapi tak pe, akan aku teruskan kehidupan tuk wat assignment n hasilkan yang terbaik..berusaha berusah..GAMBATE..

Ni assignment aku n due date yang nak kene anto..huhuhu

PPP 5013 - Pemikiran Kritis & Kreatif
  • pra proposal anto minggu ke 5
  • Proposal anto minggu ke 7
  • Report anto minggu ke 9
KPD 5033 - Kepelbagaian Pelajar
  • Tugasan 1 anto minggu ke 7
  • Tugasan 2 anto minggu ke 8
  • Tugasan 3 anto minggu ke 14
KPF 5023 - Pengurusan Kurikulum dalam bilik darjah
  • Pembentangan individu
  • Tugasan kumpulan 4 -5 org
KPD 5046 - Kaedah Pengajaran
  • Micro teaching 5 org
Nie aje la assignment aku tuk semester ni...Pe2 hal assignment kene buat gak!....

K la nnt aku sambung lagi blog aku..sekian n adios..

Bersambung

Sunday, November 8, 2009

Fraser's Hills


Selamat Datang ke..



Nak ke mana ye?...



Baca peraturan nie...



Nampak tak air sungai kat belakang tu?.. :0


Nie waktu operasi di Allan's Water

Roti canai sedap....

Posing tuk makan..


Semlm (7hb Nov 2009) aku ngan apan g Bukit Fraser. Memula apan nak anto aku balik tanjung malim tapi disbbkan tak de apa nak buat, kitaorg pon plan g bukit fraser. Pagi2 dalam kul 9.30 pagi aku bangun tuk wat sarapan n lunch. Aku pon sediakan la apa yang patut kat dapur. Kul 10.30 pagi si apan pon bangun tuk wat sambal ikan. Aku nye part dah siap n giliran apan lak. Sambil2 tu aku sidai baju n kemas barang2 aku. Nnt tak la terkocoh2 nak kemas barang. Kul 11 pagi kitaorg mkn pagi. Mkn pagi kitaorg mmg berat sbb kitaorg makan nasik, sambal ikan, masak lemak kubis, kacang panjang goreng sambal dan telur goreng. Mmg mewah ah makanan pagi kitaorg..hehehe... Selesai makan, kul 12 apan suruh siap2 n aku pon siap2 la. Tepat kul 1 ptg kami gerak dari Shah Alam menuju Bukit Fraser.

Dah la aku tak pernah g bukit fraser n aku hentam aje nak g sana. Apa yang penting?..kene la baca signboard!. Apan pernah g sana tapi masa kecik la. Memula aku ingat nak amik exit di Tanjung Malim pastu amik jalan ke Kuala Kubu Baru. Tapi ada lak exit ke Genting Highlands. Kitaorg pon exit kat situ. Tapi yang kelakar sbb kitaorg ikut jalan lama. Kitaorg jumpe Bandar Bukit Beruntung yang tak berapa beruntung. Bnyk bangunan terbiar pastu keadaan yang agak menakutkan dengan jalan yang rosak. Apan dok riso ye ah takut salah jalan. Lebey kurang 30 minit kitaorg pusing2 kat kawasan entah apa2. Pastu kitaorg jumpe jalan berbukit2 kat kiri jalan ada org tanam sayur. Kira tmpt ni amat tenteram n sunyi aje. Aku pon tak tau apa nak tmpt tu tah. Yang penting just tekan minyak aje n terus ke destinasi kami ke Bukit Fraser. Kami terjumpe empangan masa on da way ke bukit fraser. Mmg besar ah empangan tu n tmpt dia best sbb pemandangan mmg indah la. Air pon bersih dan tenang.

Pukul 2.30 kitaorg sampai simpang Kuala Kubu Baru n bermula perjalanan kami ke atas. Jalan kat bukit fraser mmg menakutkan sbb bentuk jalan dia macam ular kene palu. Tapi rasanye teruk lagi kot sbb jalannye berbengkang bengkok mengalahkan jalan nak g Cameron Highlands dan Genting Highlands. Kat belah kiri mmg gaung la tapi kitaorg tak nampak berapa dalam gaung tu sbb pokok2 masih lagi terbela di kawasan ni. Tangan apan dah bersimpul2 kat stereng kete n sib baik la kete dia auto n power stereng. At least kurang cket kejang tangan dia. Kejang tak la just pening dok terpusing kiri n kanan. Apan cakap dia dah pening bawak kete ngan jalan yang bengkang bengkok tu. Kitaorg discover benda baru iaitu jalan bukit fraser boleh tembus ke Kuala Lipis. So, sesapa nak elak tol dan rasakan cabaran ikut la jalan nie. Pasti tak kan menyesal..hikhik.. Pukul 2.50 ptg, kitaorg pon sampai kat Bukit Fraser dah kitaorg tgk banyak kete beratur kat pintu masuk. Kitaorg yang tak tau ni terus aje menuju ke pintu pak guard n rupanye ada timing tuk naik n turun dari Bukit Fraser tu. Dari pukul 2 sampai 3 ptg adalah timing tuk kete turun ke bawah. Sib baik kitaorg tak tunggu lama sbb pukul 3 ptg adalah masa tuk naik ke atas. Tunggu nye tunggu, akhirnya jam dah menunjukkan pukul 3 ptg. Satu demi satu kete pon beratur tuk naik ke atas.

Lebey kurang 15 minit dari tmpt masuk ke puncak bukit. Kitaorg pon parking kete n survey tmpt tuk amik gambo. Dah nama kaki amik gambo, so kamera dikeluarkan dan bermulalah aksi kami. Rupanye Bukit Fraser ni adalah satu tmpt yang agak sunyi dan keistimewaan tmpt ni adalah bangunan lama. Yang lain2, tmpt ni biasa aje. Tak de benda nak tgk..hehehe.. Aku ngan apan terpinga2 kat atas tu sbb tak tau nak g mana. Akhirnye kitaorg g information center n mintak map sekitar Bukit Fraser n officer yang bertugas amat membantu kami. Dia tunjukkan tmpt yang mana patut pergi dulu n apa yang menarik di Bukit Fraser. Kedai sourvenior dia pon tak best sngt sbb barang2 dia tak variety sangat. Aku ni mmg suke komplen sbb bile tmpt tu tak bape best..hehehe.. Dari satu tmpt ke satu tmpt, better naik kete sbb agak jauh tuk pergi. Berpandukan peta yang ada di tangan, kami pon memulakan xpdc di bukit fraser. Ada bnyk bangunan lama yang kaler itam putih ala2 english house.

Tak bnyk tmpt yang kitaorg g sbb tak de benda yang menarik pon. Kitaorg jumpe sekolah kebangsaan yang betul2 solok. Pastu jumpe gerai makan. Dah la cuaca agak panas n rasanye tak payah la pakai sweater masa kat sana. Dari Jeriau Waterfall ke Allen's Water pastu ke gerai makan n akhirnye ke tmpt pintu masuk. Rasanye dalam sejam lebey dah cukup tuk pusing2 kat sekitar sana. Tu dah include masa berposing sakan. Kitaorg singgah di gerai makan n order roti canai. Apan order 2 keping roti telur dan teh tarik. Aku lak sekeping roti telur, sekeping roti kosong n air teh o. Kira tak terkilan g bukti fraser sbb roti canai dia sedap. Tak macam mamak atau kedai melayu buat. Agak gebu kulitnye n sedap la. Kat sebelah gerai tu ada kedai cenderahati, aku ngan apan pon beli tuk agon, ataw, mar n bedah. Aku beli tmpt gantung kunci tuk rumah baru aku nnt.

Kul 6 ptg, kitaorg pon turun ke bawah. Si apan dah pening pala n nak tak nak aku kene bawak kete dia turun. Sib baik aku dah serasi ngan kete dia. Berpintal gak tangan aku bawak kete dia. Mmg terlebey line la masa aku bawak kete dia. Si apan dah tak leh handle lagi. Dia dah pening2 n dia cakap kalo ada toilet dia suruh berenti. Sian lak aku tgk minah tu. Ye la lepas anto aku, dia kene drive balik Shah Alam plak. Pukul 6.50 ptg, kitaorg dah sampai ke Kuala Kubu Baru. Aku pon berenti di Food Court Kuala Kubu Baru. Selesai apa yang patut, kitaorg pon gerak ke tanjung malim. Apan kat sebelah dah lena lena ayam. Pala dia pening pastu perut lak masuk angin. Aku tak tau nak wat apa. Yang aku pk just cepat2 balik pastu suruh minah tu landing atas katil tuk rehatkan badan. Sampai kat tanjung malim, hujan lebat plak. Akhirnya pukul 8 mlm, kitaorg sampai di tanjung malim. Sesi angkat barang pon bermula dan aku suruh apan mandi n tido sebentar. Ye ah bagi ilang pening dia. Kul 9 mlm dia pon bergerak balik ke Shah Alam.

Tu aje pengembaraan kami ke bukit fraser yang agak "best" tu. Rasanye aku tak mo g lagi kot..hehehe.... Bersambung lagi cite aku.. Adios sa.....

Sekian