Sunday, November 8, 2009

Fraser's Hills


Selamat Datang ke..



Nak ke mana ye?...



Baca peraturan nie...



Nampak tak air sungai kat belakang tu?.. :0


Nie waktu operasi di Allan's Water

Roti canai sedap....

Posing tuk makan..


Semlm (7hb Nov 2009) aku ngan apan g Bukit Fraser. Memula apan nak anto aku balik tanjung malim tapi disbbkan tak de apa nak buat, kitaorg pon plan g bukit fraser. Pagi2 dalam kul 9.30 pagi aku bangun tuk wat sarapan n lunch. Aku pon sediakan la apa yang patut kat dapur. Kul 10.30 pagi si apan pon bangun tuk wat sambal ikan. Aku nye part dah siap n giliran apan lak. Sambil2 tu aku sidai baju n kemas barang2 aku. Nnt tak la terkocoh2 nak kemas barang. Kul 11 pagi kitaorg mkn pagi. Mkn pagi kitaorg mmg berat sbb kitaorg makan nasik, sambal ikan, masak lemak kubis, kacang panjang goreng sambal dan telur goreng. Mmg mewah ah makanan pagi kitaorg..hehehe... Selesai makan, kul 12 apan suruh siap2 n aku pon siap2 la. Tepat kul 1 ptg kami gerak dari Shah Alam menuju Bukit Fraser.

Dah la aku tak pernah g bukit fraser n aku hentam aje nak g sana. Apa yang penting?..kene la baca signboard!. Apan pernah g sana tapi masa kecik la. Memula aku ingat nak amik exit di Tanjung Malim pastu amik jalan ke Kuala Kubu Baru. Tapi ada lak exit ke Genting Highlands. Kitaorg pon exit kat situ. Tapi yang kelakar sbb kitaorg ikut jalan lama. Kitaorg jumpe Bandar Bukit Beruntung yang tak berapa beruntung. Bnyk bangunan terbiar pastu keadaan yang agak menakutkan dengan jalan yang rosak. Apan dok riso ye ah takut salah jalan. Lebey kurang 30 minit kitaorg pusing2 kat kawasan entah apa2. Pastu kitaorg jumpe jalan berbukit2 kat kiri jalan ada org tanam sayur. Kira tmpt ni amat tenteram n sunyi aje. Aku pon tak tau apa nak tmpt tu tah. Yang penting just tekan minyak aje n terus ke destinasi kami ke Bukit Fraser. Kami terjumpe empangan masa on da way ke bukit fraser. Mmg besar ah empangan tu n tmpt dia best sbb pemandangan mmg indah la. Air pon bersih dan tenang.

Pukul 2.30 kitaorg sampai simpang Kuala Kubu Baru n bermula perjalanan kami ke atas. Jalan kat bukit fraser mmg menakutkan sbb bentuk jalan dia macam ular kene palu. Tapi rasanye teruk lagi kot sbb jalannye berbengkang bengkok mengalahkan jalan nak g Cameron Highlands dan Genting Highlands. Kat belah kiri mmg gaung la tapi kitaorg tak nampak berapa dalam gaung tu sbb pokok2 masih lagi terbela di kawasan ni. Tangan apan dah bersimpul2 kat stereng kete n sib baik la kete dia auto n power stereng. At least kurang cket kejang tangan dia. Kejang tak la just pening dok terpusing kiri n kanan. Apan cakap dia dah pening bawak kete ngan jalan yang bengkang bengkok tu. Kitaorg discover benda baru iaitu jalan bukit fraser boleh tembus ke Kuala Lipis. So, sesapa nak elak tol dan rasakan cabaran ikut la jalan nie. Pasti tak kan menyesal..hikhik.. Pukul 2.50 ptg, kitaorg pon sampai kat Bukit Fraser dah kitaorg tgk banyak kete beratur kat pintu masuk. Kitaorg yang tak tau ni terus aje menuju ke pintu pak guard n rupanye ada timing tuk naik n turun dari Bukit Fraser tu. Dari pukul 2 sampai 3 ptg adalah timing tuk kete turun ke bawah. Sib baik kitaorg tak tunggu lama sbb pukul 3 ptg adalah masa tuk naik ke atas. Tunggu nye tunggu, akhirnya jam dah menunjukkan pukul 3 ptg. Satu demi satu kete pon beratur tuk naik ke atas.

Lebey kurang 15 minit dari tmpt masuk ke puncak bukit. Kitaorg pon parking kete n survey tmpt tuk amik gambo. Dah nama kaki amik gambo, so kamera dikeluarkan dan bermulalah aksi kami. Rupanye Bukit Fraser ni adalah satu tmpt yang agak sunyi dan keistimewaan tmpt ni adalah bangunan lama. Yang lain2, tmpt ni biasa aje. Tak de benda nak tgk..hehehe.. Aku ngan apan terpinga2 kat atas tu sbb tak tau nak g mana. Akhirnye kitaorg g information center n mintak map sekitar Bukit Fraser n officer yang bertugas amat membantu kami. Dia tunjukkan tmpt yang mana patut pergi dulu n apa yang menarik di Bukit Fraser. Kedai sourvenior dia pon tak best sngt sbb barang2 dia tak variety sangat. Aku ni mmg suke komplen sbb bile tmpt tu tak bape best..hehehe.. Dari satu tmpt ke satu tmpt, better naik kete sbb agak jauh tuk pergi. Berpandukan peta yang ada di tangan, kami pon memulakan xpdc di bukit fraser. Ada bnyk bangunan lama yang kaler itam putih ala2 english house.

Tak bnyk tmpt yang kitaorg g sbb tak de benda yang menarik pon. Kitaorg jumpe sekolah kebangsaan yang betul2 solok. Pastu jumpe gerai makan. Dah la cuaca agak panas n rasanye tak payah la pakai sweater masa kat sana. Dari Jeriau Waterfall ke Allen's Water pastu ke gerai makan n akhirnye ke tmpt pintu masuk. Rasanye dalam sejam lebey dah cukup tuk pusing2 kat sekitar sana. Tu dah include masa berposing sakan. Kitaorg singgah di gerai makan n order roti canai. Apan order 2 keping roti telur dan teh tarik. Aku lak sekeping roti telur, sekeping roti kosong n air teh o. Kira tak terkilan g bukti fraser sbb roti canai dia sedap. Tak macam mamak atau kedai melayu buat. Agak gebu kulitnye n sedap la. Kat sebelah gerai tu ada kedai cenderahati, aku ngan apan pon beli tuk agon, ataw, mar n bedah. Aku beli tmpt gantung kunci tuk rumah baru aku nnt.

Kul 6 ptg, kitaorg pon turun ke bawah. Si apan dah pening pala n nak tak nak aku kene bawak kete dia turun. Sib baik aku dah serasi ngan kete dia. Berpintal gak tangan aku bawak kete dia. Mmg terlebey line la masa aku bawak kete dia. Si apan dah tak leh handle lagi. Dia dah pening2 n dia cakap kalo ada toilet dia suruh berenti. Sian lak aku tgk minah tu. Ye la lepas anto aku, dia kene drive balik Shah Alam plak. Pukul 6.50 ptg, kitaorg dah sampai ke Kuala Kubu Baru. Aku pon berenti di Food Court Kuala Kubu Baru. Selesai apa yang patut, kitaorg pon gerak ke tanjung malim. Apan kat sebelah dah lena lena ayam. Pala dia pening pastu perut lak masuk angin. Aku tak tau nak wat apa. Yang aku pk just cepat2 balik pastu suruh minah tu landing atas katil tuk rehatkan badan. Sampai kat tanjung malim, hujan lebat plak. Akhirnya pukul 8 mlm, kitaorg sampai di tanjung malim. Sesi angkat barang pon bermula dan aku suruh apan mandi n tido sebentar. Ye ah bagi ilang pening dia. Kul 9 mlm dia pon bergerak balik ke Shah Alam.

Tu aje pengembaraan kami ke bukit fraser yang agak "best" tu. Rasanye aku tak mo g lagi kot..hehehe.... Bersambung lagi cite aku.. Adios sa.....

Sekian

No comments:

Post a Comment