Sunday, November 27, 2011

Berakhir 2011...selamat datang 2012

Assalammualaikum...agak lama aku tak update blog tercinta. Diri yang sentiasa buat2 sibuk agar hati ini gembira dan lupakan segala masalah yang melanda. Cuti sekolah da bermula dan mula lah kepalaku ligat memikirkan aktitivi apa yang patut aku lakukan. Akhirnya, kunjungan ke Melaka untuk menghadiri sahabat baikku mendirikan rumahtangga membuatkan aku gembira bercampur sedih. Ye ar selepas ini kuranglah aktiviti bersama dia sebab dia pasti akan melebihkan masa bersama suami tercinta. Nak tak nak aku terpaksa mencari sahabat baru untuk menghiburkan hatiku ini. 

Opss terlupa plak umurmu menginjak masuk 29 tahun pada 2012. Cepat betul masa berlalu dan terasa aku belum kecapi apa yang aku impikan. Tetapi aku bersyukur kerana diberikan pekerjaan yang sungguh mulia iaitu GURU. Walaupun baru setahun aku menjadi guru tetapi pengalaman daripada kawan dan anak didik tercinta membuatkan aku semakin dewasa dan paham apa yang diperlukan di alam persekolahan. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi tak kira siapa sama ada anak murid atau rakan sekerja. 

Sekarang adalah masa aku untuk mendidik jiwaku agar semakin redha atas ketentuanNya. Andai ini yang tersurat, aku bersyukur kerana Allah telah memberikan yang terbaik pada diriku. Aku sudah berusaha sehabis tenaga aku dan aku tak mudah mengalah tetapi Allah Maha Mengetahui dan aku yakin Allah telah memberikan apa yang aku PERLU bukan apa yang aku NAK. Ini kerana tidak semua apa yang kita nak dalam kehidupan ini tercapai dan untuk mencapai apa yang kita nak, kita perlu berusaha sehabis mungkin. Andai tidak dapat, tiada rezeki untuk aku. 

2012, aku mengharapkan yang terbaik dari Allah. Aku berharap agar tahun 2012 nanti membuatkan aku sentiasa tersenyum kerana 2011 adalah tahun air mata ku mengalir tanpa henti. Banyak sungguh dugaan dan cabaran yang telah aku jalani di tahun 2011. Akhirnya aku mengerti kenapa Allah memberikan dugaan kepada aku. Agar aku sentiasa kuat dan sentiasa dekat pada Allah. Aku juga bersyukur ditemukan dengan sahabat yang sentiasa menyokong kuat dibelakangku. 

InsyaAllah jika tiada aral melintang, aku ingin bercuti2 bersama kawan2ku. Moga dipermudahkan perjalanan aku bersama kawanku nanti. 

p/s: Cinta tidak semestinya memiliki. Akhirnya aku paham kenapa orang mudah jatuh cinta dan mudah melupakan kata cinta yang diungkapkan. Aku, sukar untuk melafazkan kata cinta kerana cintaku hanya untuk yang layak terima dibawah lindungan Allah..

Sunday, November 6, 2011

Perjalananku...

Assalammualaikum....da lama tak update blog tercinta ni. Disebabkan kesibukkan keje yang semakin bertambah plus aktiviti yang banyak kat sekolah. Tapi alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya dua minggu lepas aku sungguh seronok. Ye la balik dari cuti2 malaysia. Dari JB ke Genting pastu ke Shah Alam. Dari Shah Alam g ke Cameron Highlands n bermalam kat sana 2 malam. Dari Cameron ke Fraser Hills n akhirnya Shah Alam semula n balik ke JB tercinta. Sesungguhnya pengalaman yang tak ku sangka. Yang best bila aku dapat jumpe kawan2 yang da  lama tak jumpe. Yang paling best, kene drive dari JB ke semua destinasi n akhirnya pulang ke JB. Tuan punya kereta just bagi pinjam kereta n duduk sebelah je. Aku je yang memandu macam Pemandu F1... Thanks to my beloved friends, Siti Zubaidah, Siti Rohaizah, Nor Azlizawati n Shah Lidya..kowang la kawan aku yang paling best di alam semesta. Perkenalan sebagai classmate pada tahun 2001 n  menjadi sahabat n keluarga yang sangat rapat tuk aku. Thanks kowg... Thanks gak kat Ani, schoolmate aku kerana bagi pinjam kereta dia. Mmg best Myvi dia..aku pecut sampai 140km/j. Mmg best ar..

Minggu lepas pon adalah minggu yang seronok tuk aku n kawan2 kat SMK Puteri Wangsa. Ye la kami jadi pelajar semula. Dari main layang-layang ke main galah. Semuanya aku lakukan di sekolah tercinta aku. Tak mo pindah kat tempat lain sbb sukar mendapat kawan2 yang best cam korg.. Pelajar masih sama walau di mana sahaja aku ditempatkan tetapi kawan tak sama. Sukar tuk dapat yang sentiasa berkongsi masalah n cerita. Aku sungguh ceria dan bahagia kalo g sekolah aku. Kadang2 pening gak memikirkan keje yang bertimbun, pelajar yang sentiasa bermasalah, pengurusan, n macam2 la. Tapi ngan kawan2 yang best disekeliling menyebabkan aku bersyukur sangat2.

Minggu ni pun adalah minggu sibuk aku. Sebenarnya aku rancang ingin bertunang pada 12hb November tetapi adik aku nak konvo plus ada meeting akhir tahun. Maka aku tangguhkan ke tarikh yang lagi sesuai. InsyaAllah sekiranya segala berjalan dengan lancar, Allah akan memberikan isyarat pada hati aku tuk memilih tarikh yang aku inginkan. Ya Allah permudahkan segala urusan aku...aminn..

Tak lama lagi tahun 2011 akan meninggalkan aku. Da setahun aku mengajar kat cni. Macam2 pengalaman yang aku timba n tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Umur pun semakin tua, bnyk lagi benda yang belum aku kecapi. Aku harap di tahun 2012, aku dapat kecapi apa yang aku impikan dengan segala usaha aku. Aku pasti boleh melakukan!..

Tu je coretan aku di blog tercinta ni. Blog ku sayang, aku pasti tak kan abaikan ko ye. Walaupun lambat tetapi pasti aku coretan sesuatu di sini.

Wassalam...

p/s: ramai sungguh kawan2 aku nak kawin bulan 11 ni. Nampaknya aku kene la plan betul2 tuk g rumah diaorg... 

Wednesday, October 19, 2011

Aku bahagia walaupun seketika...


BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...


p/s: Sesungguhnye aku pernah mengalirkan air mataku bila mendapat tahu dia menyukaiku.... Saat itu sungguh bahagia bagiku walaupun hanya seketika. Akan ku simpan segala kenangan kami di dalam satu sudut kecil dihatiku. 

Tiada yang sempurna...



Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA 





p/s: sesungguhnya aku bersyukur bertemu dengan insan yang menyayangi aku dan aku menyayangi dia... walaupun kami tidak bersatu, tiada dendam di hati kami dan hanya redha kepada yang Maha Esa... Terima kasih awak... :-)

Tuesday, October 18, 2011

Masa sibuk ku bermula...

Assalammualaikum...

Masa sibuk ku sudah bermula..
Satu kursus ke satu kursus aku kene hadiri...
Bagus gak g kursus ni..
at least aku dapat cantikkan borang SKT aku..
plus ilangkan cket perasaan semak kat pala otak ngan ati nie...

19hb Oktober, ada kursus penandaan BM Tingkatan 4 kat SMK Bandar Seri Alam
20hb Oktober , kursus Tatabahasa di SMK Bandar Seri Alam..
21hb plak, kursus kat Danga City Mall...kursus abiskan duit..kihkih..

22hb, kul 8 sampai kul 10 ada Meeting Panitia...
kul 12 tgh hari, aku ngan famili gerak ke Kajang..
insyaAllah kalo cuaca ok, kami akan singgah di Zoo Melaka..
tu pon atas permintaan adik aku yang nak konvo..

23hb, kul 7 da gerak ke Genting Kota Keriangan...
insyaAllah dalam kul 5 kami turun ar..
tak mo lama2 kat atas sana sbb bnyk lagi tempat nak g..
mgkn akan singgah IKEA...
aku asik cite pasal IKEA...
adik2 aku tak penah singgah, maka kami akan singgah ke sana..

24hb tgh hari, akan gerak ke Shah Alam..
tuk adik ku yang tersayang konvo..
pasni tak tau bile akan masuk UiTM..
sbb adik aku da tak de yg sambung belajar...

abis konvo, mak abah n adikku balik ke JB..
aku?..
akan meneruskan perjalanan ke CAMERON!..
best tul!..
ni la dikatakan cuti2 malaysia...
yahooooooo....

aku guru yang ceria n riang..
akan teruskan kehidupanku ngan riangnyeerrrrrrrr
tu je kot coretan ati ku...

wassalam...

p/s: kesibukkan keje membuatkan aku tak pkkan masalah yang melanda walaupun tak siapa tau apa yang di atiku rasakan... keje oh keje, mai datang kat cheq. :-)

Monday, October 17, 2011

Andai dapat ku undur masa...

andai dapat ku undur masa
by axl

Dalam usik ku merajuk seketika

Laluku pergi meninggalkan dirimu

Tanpa ku duga

Lilin menjadi bara

Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia

Yang tak pernah wujud dalam alam cinta

Belum sempat ku jernihkan suasana

Engkau pula yang hilang

Entah ke mana

Puas sudah ku mencari

Ku tinggalkan pesan

Ku kirimkan berita

Agar dapatku temui dirimu

Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat

Ku undurkan putaran dunia

Inginku ubah semula kata

Dan tingkahlaku yang salah

Agar kita dapat seiring

Di mercu asmara

Tak ingin lagi

Dan tak mahu lagi berpisah

Bukan dengan kerelaan hati

Penyesalan yang tiada kesudahan

Ku tersepit dalam jerat sendiri

Family Day at Tg Leman, Mersing...



Aktiviti berpoya-poya kat Tunjuk Laut Resort di Tanjung Leman, Mersing. Mmg best la percutian aku kat sana. AJK Kebiru memberikan sepenuh komitment. Segalanya mmg sempurna walaupun ada mulut2 bising cakap "tak best", "aktiviti entah apa2" tetapi bagi aku semuanya mmg best dan sempurna. Dari makanan ke acara sukaneka. Lagipun nama Family Day, mesti la bersuka ria. Tak kan nak expect benda len plak. Tapi mmg best ar.. 5 bintang aku berikan pada AJK Kebiru 2011!


Tapi yang tak best adalah nasik lemak dia.. Da la telur rebus dapat separuh je pastu nasik dia tak masak. Terasa makan beras kat mulut. Pe lagi, tolak tepi ar nasik ni walaupun sayang.. Sib baik diaorg hidangkan bihun, tapi tak kenyang mana pon... sedey tul.

Tinggalkan perkara yang tak best sbb tak semua apa yang kita nak akan dapat. Tak semua org sempurna! Sib baik la aktiviti malam kami BBQ best sangat2. Semua aku dapat makan...yum yum.. Pas makan, aku, siti zaharah ngan Rofiah lepak kat tepi pantai. Kami duduk layan perasaan sambil baring tengok langit. SubanaAllah indah tul ciptaan Allah ni. Bintang yang bertaburan di langit, angin yang sepoi2 bahasa dan laut yang menyenangkan. Hilang sekejap masalah yang melanda di ati. Part yang tak leh lupa bile....

Siti cakap "kak Noor, bila kita nak balik bilik?"
Aku pon menjawab "bila air da kene kaki kita balik la".
Shahadah pon tny "kalo kul 3 air naik, baru korg balik ke"
Aku ngan Siti cakap "ye la" sambil gelak..

Rupanye aku ngan Siti tertido kat tepi pantai tu..tetiba je terasa air kene kat kaki ngan belakang peha. Pe lagi melompat la kami. Aku yang tak sedar hanset kat dada terus bangun n berlari ke atas. Sampai ke atas, baru teringat pasal handset. Pe lagi berlari la aku ke pantai. Sib baik tak de apa2..kalo tidak, mmg handset kesayangan rosak..huhuhu...

Ari ahad, kami annual lunch kat Felda Residence Tg Leman. Makanan biasa2 je. Tapi aku dapat Toaster tuk lucky draw n frame gambo sempena kedatangan paling awal ke sekolah. Da nama anak awal, mesti la datang awal. InsyaAllah aku pasti akan tingkatkan mutu kerja dengan datang lagi awal..hehehe..

Sampai kat cni aku coretkan apa yang terjadi kat aku 15hb ngan 16hb Oktober 2011. Aktiviti yang tak dapat aku lupakan..

Wassalam....

Ku Pinang Kau dengan Bismillah...

Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah Lyrics

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Sunday, October 16, 2011

Tidak ku sangka...

Assalammualaikum....

Apa ek aku nak tulis ari nie?..
tentang PERKARA YANG TIDAK DI SANGKA.

dalam kehidupan kita..
pasti akan melalui perkara yang tidak di sangka..
sebagai contoh..
ari ni jerawat kat muka da bertambah..
tak tau nape..
yang pasti nak je picit tapi takut ada bekas..
so, pekara yang patut aku lakukan adalah... BIARKAN BIARKAN..

pekara yang kedua...
plan g LANGKAWI..
sepatutnya kene g 19hb sampai 22hb..
tetapi..
DIBATALKAN...
sbb JPN tak lepas cikgu2 g berjimba-jimba waktu P&P..
maka, kursus aku di SMK Bandar Seri Alam pada 20hb berjalan seperti biasa...

perkara yang ketiga...
plan g genting ari Sabtu 22hb Oktober bersama famili tercinta ku..
DI TANGGUH..
sbb aku ada..
MEETING PANITIA..
nampak gaya kul 12 baru abis meeting tu..
pastu kalo nak terus g genting da membazir..
mgkn kene tukar plan nie..
ampes je kan..

perkara keempat...
keje perkeranian aku da hampir siap..
kad 001, buku register, buku rekod n apa benda tah..
da settle..
ALHAMDULLILLAH..
senang cket nak bercuti2 pada cuti nnt..
best!!!..

perkara kelima...
ada ke perkara kelima?..
masalah ati dan perasaan kot..
tidak ku sangka akhirnya begini kesudahan cerita cinta kami..
ish...wat apa nak emo emo kat cni..
yang penting dia gembira dengan keputusan yang dia buat..
aku pon relakan setiap apa yang dia buat..
aku pasti dia da fikir sampai hangus sebelum membuat keputusan tu...
aip...bnyk plak cite pasal ati kat cni..
BANGKIT noormaliza!...

aktiviti aku kat sekolah arini...
masuk klas, jaga pekse, balik bilik guru n upload gambo..
komen gambo..tgk gambo ..pastu taip entah apa tah kat blog aku nie..
anak2 murid aku tau pasal blog aku nie..
tapi pasti diaorg pon bz ngan pekse..
aku doakan anak2 aku berjaya dalam pekse..
amin....

sekian sahaja contengan entah apa aku coretkan kat cni..
sok, aktivit biasa akan aku lakukan..
g sekolah...masuk klas, jaga pekse n bla bla bla...
selain tu, aku bnyk2kan berdoa agar...
ati aku semakin tenang dan redha atas setiap ujian yang aku terima...
ujian ni nak kata berat tak la sangat..
tapi aku je yang pikir berat kot..insan lain tak pikir sangat..
BEREH je!..

Ya Allah, hanya padamu aku minta kekuatan zahir dan batin...

p/s: sesungguhnya aku bertuah dilahirkan di dalam keluarga Awal n Esah.. sederhana tapi cukup sempurna diberikan kasih sayang yang melimpah ruah..diberikan didikan agama agar aku sentiasa bersangka baik dengan Allah... Mak n Abah, terima kasih tau!... 

Kisah Kambing.....

Ada sesekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana hendak mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.

Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.

Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Ðia melompat keluar dengan girangnya.

Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah 94:5-6)



p/s: Sesungguhnya kita pasti berjaya seandainya kita berusaha. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. 

Friday, October 14, 2011

Rest time!

Assalammualaikum....

Setelah dugaan satu persatu hadir di dalam diriku...
Aku hadapi dengan tabah...
Aku yakin setiap dugaan yang berlaku...
pasti mematangkan aku...
pasti mendekatkan diriku dengan Allah..
Aku yakin Allah..
mempunyai perancangan tersendiri...
aku hanya perlu berbaik sangka kepada Allah..
Ya Allah, sayangilah diriku dan janganlah Engkau murka padaku...

Akhirnya aku mempunyai masa tuk berehat...
peluang join "Family Day di Tanjung Leman, Mersing"..
membuatkan aku boleh bernafas seketika..
sesak nafas setelah seminggu menghadapi dugaan dari Allah..
maka, peluang bersuka ria di Tanjung Leman akan ku gunakan sebaik mungkin...
banyak aktivit telah diaturkan oleh AJK Kebiru SMK Puteri Wangsa..
aku sebagai salah seorang AJK yang berdedikasi..
bertungkus lumus menyiapkan slide show tuk tatapkan guru-guru di sana nnt..
aku harap mereka sukakan slide show yang aku siapkan ini..
dari jam 9 mlm sehingga 5 pagi, aku mengambil masa tuk menyiapkan slide show ni..
aku rasakan ni yang terbaik dapat aku lakukan di kala mata sedang ngantuk...

minggu depan..
jika diizinkan Allah...
aku akan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam..
bermula 19hb sehinggalah 22hb Oktober 2011...
ni merupakan peluang PPD Pasir Gudang berikan padaku untuk mengikuti lawatan ke Langkawi..
perancangan bersama keluargaku telah ku buat selama sebln sempena adikku konvo di shah alam...
menambah lagi peluang ku berjalan pada cuti sekolah nnt..
22hb Oktober sehingga 23hb Oktober, kami sekeluarga akan ke Genting...
kalo ikutkan perancangan, kami akan singgah di Zoo Melaka..
tetapi disbbkan aku dari Langkawi..
aku akan menunggu mereka di KL..
hanya keluargaku akan singgah di Melaka...
dari Melaka keluargaku akan gerak ke Genting...
tido la kami semlm di atas sana..
ari ahad, kami akan bermain permainan di atas sana...
ptg ahad, barulah aku dan keluargaku bergerak ke Shah Alam tuk tido di rumah rakan baikku..
Isnin tgh hari, konvo adikku bermula..
tepat jam 12.30 tgh hari, adikku akan memasuki Dewan UiTM..

selesai adikku konvo di UiTM...
aku dan rakan baikku akan bergerak ke Cameron Highlands pula..
disebabkan Siti Rohaizah bekerja di sana..
maka, segala penginapan dan pengangkutan aku tidak perlu riso..
seminggu aku di atas sana...
peluang yang ada..
aku akan gunakan sebaik mungkin..
menggunakan masa yang ada tuk memikirkan masa depan ku..
memikirkan apa yang patut aku lakukan...
memilih jalan yang terbaik tanpa mengecewakan orang lain
aku berharap agar Allah memberikan petunjuk kepadaku...

setakat ni je yang aku nak coretan di blog tercintaku ini..
seminggu ni aku semakin rajin menjengah blogku..
FB aku biarkan seketika..
hanya komen kawan2ku punya status dan upload gambo je..
bkn apa, di sana ramai anak muridku dan rakan seperjuanganku..
aku melayani perasaan sesakku, jiwangku di blog ni..
ye ar tak ramai yang tau..
hanya aku je tau..kihkih..

aku nak bersiap tuk g tanjung leman..
nak masak spageti lagi..
doakan kejayaan aku...
agar aku dapat memilih yang terbaik tuk diriku...
aminnnnnnnnnnn...

p/s: aku hanya berdoa agar Allah berikan kekuatan untuk hadapi segala kemungkinan yang datang... Kepada Allah aku bersujud dan meminta pertolongan....

Ujian dari Allah....

Assalammualaikum..

coretan aku titipkan di waktu 1/3 malam...
di saat semua hamba Allah sedang tido..

sesungguhnya aku sedang membuat tugasan yang telah diberikan oleh cikgu Sinar...
tuk majlis "Family Day" kami di Tanjung Leman..
slide show yang ditugaskan untuk aku siapkan, tergendala...
aku pon tak tau nape...
nak kata aku tak geti nak buat..
aku geti n siap satu slide show..
tinggal lagi 2 je..

otak ku puas pk mengenai pekara yang tak masuk akal...
masalah ati yang tak tau bila akan berhenti...
puas ku pujuk atiku agar redha pada tiap apa yang berlaku..
atiku sungguh degil..
adakah kerana aku yang degil?..

tapi aku bersyukur aku dipertemukan dengan kawanku Ustazah Aishah..
dia telah menenangkan ati dan perasaan ku...
sesungguhnya tiap apa yang berlaku pasti ada jawapannya..
pasti ada sebabnya..
pasti ada hikmahnya...
yang pasti Allah amat menyayangi ku...

sepatutnya aku bersyukur kerana diberikan peluang tuk memberikan kasih dan sayangku ini...
ini tidak, aku seakan putus asa atas apa yang berlaku...
aku akan meneruskan kehidupan ku sebagaimana 28 tahun aku hidup di muka bumi Allah..
perjalanan yang penuh ngan onak duri...
alhamdullillah bak kata Aishah..
seandainya kita sabar, Allah pasti akan membantu kita...

selama 28 tahun aku telah bersabar...
melanjutkan pengajian di UiTM selama 5 tahun...
mendapatkan segulung diploma dan ijazah hanya tuk mak dan abah...
aku masih lagi terbayang wajah abah ketika menghantar aku ke UiTM..
seakan tidak percaya wajah yang garang terukir senyuman yang paling manis..
wajah abah ketika aku mendapat satu bintang ketika namaku diumumkan menerima 
Diploma Analisa Pelaburan...
walaupun satu bintang, aku telah berusaha sedaya mungkin tuk menggembirakan mak abah..
2 tahun kemudian, mereka kembali lagi untuk majlis konvoksyen ijazah ku..
Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan kepujian...
aku sungguh gembira kerana dengan diploma dan ijazah yang aku terima..
aku akan mencari kerja yang dapat membalas jasa mak abah

2 tahun diperantauan bekerja di Kota Metropolitan Kuala Lumpur..
sesak nafas aku...
melihat hutan batu semakin banyak setiap hari..
akhirnya dengan kesabaran aku dan izin Allah...
aku kembali ke JB dan bekerja di sana tuk 10 bulan..
sebelum...
aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di UPSI..
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH a.k.a DPLI
aku pon tak tau camne la leh terjebak dengan bidang perguruan ni..
sesungguhnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang tidak ingin aku masuki..
kenapa?..
kerana aku tidak minat..
tambahan pula, kawanku berkata aku "TIDAK LAYAK"..
dengan cabaran dari merekalah yang menyebabkan aku terjebak..
akhirnya..
berjaya menjadi seorang guru...

aku tidak mahukan sebarang halangan di antara guru dan muridku..
maka cara yang aku gunakan adalah memberikan sepenuh kasih sayangku pada mereka..
aku tidak mengharapkan mereka untuk mendapat A..
kerana di dalam dunia sebenar A tidak menjamin apa2..
yang menjamin kita berjaya atau tidak adalah..
bagaimana kita menempuhi dunia yang kejam di luar sana..
seringkali aku katakan pada anak2 didik aku..
mereka harus bersedia tuk hadapi dunia luar yang kejam..
kerana dunia yang telah jalani skrg sungguh selesa...
aku harap anak2 didik aku nnt akan berjaya walaupun tanpa A..

benar kata Aishah..
sekiranya kita bersabar..
Allah akan membantu kita..
kerjaya sebagai pendidik yang aku tolak jauh2 dahulu..
akhirnya menjadi kerjaya yang aku sangat sayangi..
Allah maha Mengetahui...
Allah pasti memberikan yang terbaik kepada hambaNya..
sekarang aku akan memberikan 100% tenaga ku..
tuk periuk nasiku ini...

maka, aku akan bersabar...
sabar ye Noormaliza...
Allah tidak akan memberikan dugaan pada hambaNya..
sekiranya hambaNya tidak mampu menghadapi..

opps bnyk plak aku membebel kat cni..
bkn ada yang baca pon..
tapi orait gak..
at least blog ni jadi diari alam maya ku..

sekian...wassalam

p/s: aku semakin tenang dan dewasa tiap kali diberikan dugaan oleh Allah... sesungguhnya aku belajar sesuatu dan pengalaman yang aku dapat sukar dibeli di mana jua... Terima kasih Allah..



Kenali Wanita....


KENALI WANITA

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

p/s: sesungguhnye aku anak yang ke 3...aku setuju yg no 5 tu...kihkih....

Thursday, October 13, 2011

Penghujung kisah kami...

Assalammualaikum...

Jiwaku semakin tenang...
kerana..
kawan2, keluarga yang selalu di samping ku..
memberikan..
semangat tuk teruskan kehidupan..
nasihat yang berguna..
menjadi tulang belakangku disaat ku jatuh..

aku mengerti di antara realiti dan mimpi..
tidak semua apa yang kita nak pasti dapat..
tetapi..
andai kita berusaha untuk mendapatkan..
dengan izin Allah..
pasti dapat...

sekarang..
aku membiarkan masa yang menentukan segalanya...
aku mengikut sahaja apa yang telah ditetapkan..
andai itu suratan yang Allah telah berikan padaku...
aku bersyukur kerana..
Allah menyayangi ku...

aku menganggap..
segala apa yang berlaku adalah detik indah..
yang tidak dapat aku di cari di mana-mana....
walaupun di dalam novel nukilan manusia..
sesungguhnye novel nukilan Allah adalah yang terhebat..
novel nukilan manusia mempunyai pengakhiran yang indah..
aku pasti..
kisah cinta aku nukilan Allah pasti berakhir dengan indah...

teringat cerita "Ketika Cinta Bertasbih"..
mmg best tu cite tu..
pertemuan yang hanya 5 minit membuahkan rasa cinta di hati mereka..
aku harap kisah cinta aku seperti mereka..
aminn...

sekian..

p/s: kehidupan ini sesungguhnya satu misteri.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku.

Keindahan Cinta...

Assalammualaikum...

Cinta?..
Nape ye coretan aku minggu ni berkenaan ngan cinta...

Adakah aku di lamun cinta?..
atau aku terjerat dengan cinta?..

Sesungguhnya cinta pada Allah mengatasi segalanya..
Cinta pada keluarga memimpin kehidupan kita..
Cinta pada sahabat menyerikan kita..
Cinta kepada pasangan melengkapkan kita...

Aku?..
sesungguhnya aku sukar di lamun cinta..
cinta aku hanya pada insan yang aku sayangi...
sukar untuk melafazkan kata cinta..
orang kata aku HATI KERAS..
kerana..
sukar mengucapkan kata cinta..

aku boleh mengutarakan sayang kepada keluarga, sahabat dan anak muridku..
tetapi kepada..
orang yang ingin menjadi pendamping hidupku...
aku sukar menyatakan sayang..
kerana sayang ku hanya pada insan yang tepat...

kata orang lagi..
lelaki mempunyai dua jenis..
satu, 
berjumpe dengan wanita yang dia suka  dan terus lamar..menyatakan isi hati untuk mejadi suri..
ini bermaksud, lelaki tersebut sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga bersama wanita terbabit.. dan penghujung kisah cinta mereka adalah NIKAH..

dua...
berjumpa dengan wanita yang dia suka tetapi tidak berani untuk menikahi wanita terbabit..
ini bermaksud, lelaki berkenaan hanya ingin berkawan dan wanita yang berkenaan hanya menunggu bila kesudahan kisah cinta mereka..

aku?...
telah berjumpa dengan lelaki yang pertama tetapi di hatiku mempunyai insan lain..
lelaki yang sudah lengkap segalanya..
pendek kata, aku akan senang tuk selamanya..
tetapi hatiku?..
tidak berjaya dicuri...
kerana...
aku pon tak mampu tuk jelaskan disini...

hanya masa yang mengubah segalanya..
aku berharap seandainya jodoh aku dengan lelaki pertama, aku akan cintai dia kerana dia suamiku..

Ya Allah, berikanlah aku jawapan...
sesungguhnya hambaMu ini di dalam kekeliruan...

wassalam...

p/s: kenapa di saat aku disatukan dengan insan lain, insan yang aku sukai telah muncul?.. adakah ini dugaan di ambang pertunangan?...


Monday, October 3, 2011

Benarkah?...

Assalammualaikum...wah da berkurun blog aku ni tak update...
bnyk sungguh keje plus asik berjalan2 je..
cian dia tak de masa tuk aku update...

Apa ye aku nak cite kat cni?..
sebenarnya kawan aku ada forward satu mesej kat aku pasal jodoh...
mesej berbunyi..

JIKA DIRIMU SEKARANG SEDANG MENUNGGU SESEORANG
UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN MENUJU REDHA-NYA,
MAKA, BERSABARLAH.
KERANA...
DEMI ALLAH DIA TIDAK DATANG KERANA
KECANTIKAN, KEPINTARAN ATAU KEKAYAANMU...
TETAPI...
DIA DATANG KERANA PANGGILAN HATIMU
YANG INGINKAN PENDAMPING BAGI
MENEMANI MENUJU REDHA ALLAH.
NAMUN ALLAH LAH YANG MENGGERAKKAN HATINYA...
SIMPANLAH SEGALA BENTUK UNGKAPAN CINTA 
DAN..
HATIMU RAPAT2 HANYA UNTUKNYA
KERANA ALLAH...
AKAN MENJAWABNYA DENGAN LEBIH INDAH..
DI SAAT YANG TEPAT, INDAH PADA WAKTUNYA..

disebabkan mesej ni, aku berpikir sejenak BENARKAH jodoh datang sedemikian rupa?.
sesungguhnye sebagai hambaNya, aku sentiasa berdoa agar dipertemukan insan
yang...
sentiasa mencintai aku seadaanya, menerima keluargaku..
benar JODOH itu ketentuan Allah..
Allah yang telah menentukan apa yang terbaik tuk hambaNya..

sekarang aku sungguh bahagia dengan ketentuan Allah..
kerana...
diberikan keluarga yang sentiasa sayangkan aku...
dipertemukan...
jodoh yang berkekalan...
aminnnnnn....


Saturday, September 24, 2011

Perihal Jodoh

Jodoh?... apa itu JODOH?... Sesungguhnya aku tidak tau apa itu jodoh, bagaimana jodoh itu datang n apa sebenarnya yang Allah telah tentukan tuk kita hambaNya yang lemah ini. Ada orang kata jodoh tu datang tanpa kita sangka. Dalam masa seminit, seseorang boleh jatuh cinta dan terus membuat keputusan untuk bersama insan tersebut seumur hidupnya. Kadangkala, mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenali pasangan dan akhirnya jodoh tersebut berkekalan ke jinjang pelamin. Tetapi kadangkala, hubungan terputus bertahun-tahun atas sebab yang tidak diketahui dan akhirnya dengan izin Allah mereka bertemu. Cinta kembali hadir di dalam hati dan tidak mahu melepaskan apa yang telah ditentukan dan mereka pun bersatu.

Nape ye aku coretan mengenai jodoh..aku pon tidak tau kenapa jari jemariku rancak menaip. Aku terbaca artikel mengenai jodoh di Perihal Jodoh dan aku sedikit sebanyak memahami sesungguhnya setiap hamba Allah telah ditentukan jodoh sama ada cepat atau lambat. Sesungguhnya orang yang baik untuk orang baik. Tetapi bagaimana sekiranya mendapat suami atau isteri yang tidak baik? Sebagai contoh, suami penagih dadah atau isteri yang curang kepada suami. Itu tandanya Allah telah menguji pasangan tersebut dan Allah tidak akan memberikan ujian sekiranya hambaNya tidak mampu menanggung ujian itu.

Aku bahagia dan teruja kerana sahabat baikku iaitu Norazlizawati yang akan mendirikan rumahtangga pada 18hb Nov 2011 di Melaka. Pada 25hb Nov 2011 plak, Ayu Rashid nikah di Kajang. Full la jadual aku masa cuti sekolah nanti. Aku seronok sangat2 bila tengok kawan aku bahagia.

Sebenarnya aku di dalam dilema, adakah keputusan itu patut aku ambil?. Seandainya aku membuat keputusan itu, adakah aku akan gembira seumur idupku? Bagaimana seandainya aku akan rasa menyesal kerana tidak membuat keputusan yang tepat dan betul. Arghh pening gak bila memikirkan hal ini. Kata kawanku, pilihlah insan yang menyayangi kita lebih daripada kita sayangkan dia. Adakah benar kenyataan itu? Kalo begitu, semua orang pasti akan sayang sedikit kepada pasangan dan siapa akan memberikan kasih sayang yang lebih?... Inilah dilema yang aku harus tempuhi kerana Allah telah memberikan aku jalan yang aku minta tiap-tiap hari tetapi kenapa aku tidak mampu membuat keputusan. Inilah dikatakan CINTA!.. Cinta hadir tanpa diundang begitu jua jodoh datang tanpa di undang walaupun kita memintanya. Kawan-kawanku memberikan nasihat agar aku memilih insan yang sayangkan aku sebab rasa sayang boleh dipupuk.

Untuk masa sekarang ni aku hanya berdoa dan membuat solat istikarah agar Allah memberikan jawapan yang terbaik tuk diri aku dan keluargaku. Aku berharap keputusan yang aku akan buat nanti adalah yang terbaik untuk diriku, agamaku dan kehidupanku di masa kini dan akan datang. Ya Allah, bantulah hambaMu membuat keputusan yang terbaik dan seandainya ini ketentuanMu aku redha.

Sekian coretan hatiku setelah lama aku tidak mengupdate blog tercinta aku ini. Disinilah tempat aku meluahkan segala perasaan yang terbuku dihati.

p/s: Allah Maha Berkuasa telah menentukan pekara yang baik tuk hambaNya. 

Ikhtibar daripada sebatang pensel....

Assalammualaikum...

Aku dapat info ni dari kawan aku...

Semoga dapat memberikan manfaat pada kita semua..

KISAH SEBATANG PENSEL....

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...

Ulang-ulangkanlah!


p/s: sesungguhnye kita semua pasti melakukan kesilapan.. Cuma jangan diulangi kesilapan yang kita lakukan sahaja...

Friday, September 16, 2011

....

Assalammualaikum semua... da lama rasanye aku tak update blog aku yang tercinta nie. Biasalah bnyk sangat open house kawan2 aku buat. Aku pon tak terkecuali sama.. Alhamdullillah ramai yang datang n makanan pon abis. Thanks ye korang. Tuk anak murid tercinta, tima kasih jemput cikgu datang rumah. Dari JB sampai ke Muar aku g open house. Singgah jap kat Melaka rumah kawan2 yang aku sayangi. Tak sangka lama sungguh aku tak jalan2. Biasa ulang alik dari sekolah ke rumah je pastu rumah ke sekolah. Paling jauh pon g Batu Layar ngan famili tercinta. 

Tak sangka hampir setahun aku da ngajar kat SMK Puteri Wangsa ni. Mcm2 aku da lalui. Perasaan yang berubah dari semasa ke semasa. Sib baik ada anak didik tercinta yang membantu meredakan kerisauan di minda dan ketakutan di jiwa. Sesungguhnya aku bersyukur di atas kurniaan Illahi kerana memberikan pekerjaan yang terbaik untuk diriku. 

Walaupun tidak semua aku dapat kecapi dalam hidup ini tetapi atas kasih sayang dari Allah yang melimpah ruah, aku rasakan hidupku sudah lengkap. Keluarga yang sentiasa berdiri teguh di belakang ku walaupun badai melanda. Kawan2 yang sentiasa memberikan semangat tuk aku teruskan hidup. Anak murid yang sentiasa memberikan keceriaan padaku di saat aku gelisah. Tuk orang tersayang, tima kasih gak sentiasa di hatiku ini.

Aku tak mahu meminta lebih dari yang sepatutnya dari Allah, cukuplah dikurniaakan tubuh yang sihat tuk aku jalani kehidupan aku seharian. Cukuplah diberikan kehidupan yang sederhana kerana aku takut seandainya aku diberikan kekayaan yang banyak aku akan alpa dengan nikmat dunia. 

Sampai cni sahaja coretan aku tuk minggu ni. Tak tau la bile aku nak coretan di blog tercinta aku.

Sekian....wassalam..

p/s: sesungguhnya tiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku pasti Allah tak kan menduga hambaNya kecuali hambaNya mampu berdepan dengan dugaan itu.

Tuesday, September 6, 2011

Erm......

Huk huk huk....

alamak berabuk la plak blog ku ini....

da lama aku tak update...

mgkn tak de cite nak di kongsi walaupon bnyk benda nak aku kongsikan...

pe la yang aku cakapkan nie ek..

tapi sesungguhnye mmg bnyk benda nak aku taipkan kat cni..

nak aku luahkan..

TETAPI...

jari jemari ku tak mampu tuk titipkan segalanye...

satu persatu benda datang ke dalam pikiran ku ini..

walaupon pada dasar aku nampak hepi, tetapi di sudut ati...

tak siapa yang tahu..

macam2 telah aku harungi...

tapi aku bersyukur..

SEBAB..

Allah mengurniakan KELUARGA yang sempurna tuk aku..

walaupon kami bersederhana..

keluarga aku sentiasa ada di sisi aku..

selain tu, pekerjaan sebagai seorang GURU...

aku bersyukur sangat2 sbb diberikan pekerjaan yang sungguh mulia...

kerana...

aku dapat lupakan masalah aku sebentar setelah melihat wajah anak didik tercinta..

SAHABAT yang sentiasa menyokong keputusan aku..

thanks to SITI ROHAIZAH, NOR AZLIZAWATI, NOR KIN

saya sayangkan kamu..

kawan2 di SMK Puteri Wangsa..

Kak ROZLINA, kak ALIZA, IJA, FIDAH, dik ROFIAH..

sentiasa mendengar masalah aku...

sesungguhnye aku akan tabah menghadapi segala onak duri yang mendatang...

Ya ALLAH, aku bersyukur kerana Kau sentiasa di sisi aku..

memberikan kesihatan yang sempurna..

kehidupan yang sempurna..

sahabat dan kawan yang sempurna...

pekerjaan yang mulia...

anak2 didik yang tersayang...

Sesungguhnye aku tahu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

aminnnnnnnnnn.....

p/s: aku titipkan kasih n sayang aku tuk orang aku sayangi walau di mana dia berada. Kami berkongsi udara yang sama, lantai yang sama di bawah lindungan Allah yang Maha Kuasa...

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri....

Assalammualaikum...

agak lama blog ni terbengkalai...

bnyk sngt keje kene buat 

plus....

asik ralit ngan fesbuk je..

cian blogku...

terabai je...

sebenarnya ari ni bday adik aku yang ke 15...

tadi kami ramai2 sambut bday dia...

seronok la gak...

cerita len plak...

ari ni aktvt kemas mengemas dilakukan...

dari kemas bilik ke ruang tamu sehinggalah ke dapur...

sok mak cakap nak sembelih ayam ngan itik...

so, aktvt sok adalah mengemas ruangan luar plak...

sib baik la ada raya...

kalo tak, mmg tak berkemas la rumah kami nie...

tapi pk2 balik, cepatnya masa berlalu...

puasa da nak abis n raya pon sampai...

maka,...

aku nak ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR dan BATIN...

wassalam...

p/s: sebenarnye sok aku nak p soping ngan mak aku tuk cari tudung...biasalah tiap baju kene ada tudung nye...kikih...

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya!...

Alhamdullillah....

tak lama lagi da nak raya rupanye...

persiapan tuk tahun ni da cukup..

just kasut raya ngan handbag raya je lum cari..

tak tau la bile nak cari...

sebenarnye aku hepi sngt2 sbb ati aku semakin tenang..

setiap apa yang terjadi pasti ada HIKMAHnya..

aku just kene amik dari sudut yang positif je..

sebenarnye aku nak upload gambo aku ngan anak2 murid aku..

tapi bz plak 2 3 menjak nie

ngan ULBS nye...

pastu ngan percubaan PMR nye..

tapi setakat ni segalanye berjalan ngan lancar..

ni la nasib badan...huhuhu..

k la nak g kelas dulu...

ada kesempatan, aku sambung lagi..

wassalam

p/s: aku arap dia akan sentiasa ngan aku walaupon dia jauh di mata tapi dekat di hati... :-)

Monday, August 22, 2011

Bercambur baur....

Assalammualaikum.....

Blogku ini da lama tak diupdate..

bnyk sngt keje...

pastu tak de perkara yang best pon sepanjang minggu ni...

just kemas rumah kat pasir gudang...

pastu jaga mak yang sakit..

mak ku sakit?..

ye sesungguhnye mak ku sakit...

dia jatuh n kakinye terseliuh..

maka, dia anto urut n klinik..

sib baik tak de mana2 yang patah...

tapi dokter bagi dia MC 2 minggu...

settle satu masalah....

masalah hati?..

erm..aku serahkan je pada Allah ta'ala..

hanya Dia yang tahu segalanye..

yang aku tau, idup ni perlu diteruskan ngan apa jua keadaan pon..

tu je kot...

selamat menunaikan terawih...

adios..

wassalam

p/s: sesungguhnye aku tak paham ngan insan bernama lelaki ini. Bila dia ok, dia akan sayangkan kita. Tp bile dia tak ok, lupakan kita. Adakah hati mereka masih bersama kita?... :-)

Monday, August 15, 2011

Nape ye?... :-(

Assalammualaikum n selamat pagi semua...

Aku sebenarnye gembira plus sedey..

gembira bile "imbuhan" dari kerajaan 

DAN...

kelas tuk aku ngajar makin ringan...

just fokus tuk tingkatan 4 je...

anak2 aku tingkatan 3 bersedia tuk hadapi PMR pada bln 10 nnt...

yang sedey plak..huk huk huk..

nape ek bile dia suka kita, dia cari kita...

dia suka kita, dia col kita...

dia suka kita, dia keep mesej kita...

tapi....

bile da suam suam kuku...

tuk balas satu mesej pon payah...

mcm tak wujud je aku nie...

adakah sejarah berulang kembali?..

ni la yang aku tak suka...

menci menci...

tak pe...bak kata Kak Rozila...

hidup hanya sementara...

maka penuhkan ngan benda yang indah...

yang tak best, tolak tepi la...

aku just harap Allah akan membantu aku...

Allah sentiasa membantu aku..insan yang lemah ini...

aminnnnnnnn...

tu je kot bebelan aku tuk ari ni...

adios..

wassalam

p/s: meja aku semakin bersepah..tak tau bile nak kemas semua benda nie...minggu depan kot bile semua da settle...mudah2an...aminnnnnnn

Friday, August 12, 2011

Berbuka with my beloved student....

Assalammualaikum....

semlm (12 Ogos 2011)...

aku berbuka ngan anak2 murid tercinta...

memula aku ingat diaorg nie memain je...

rupanye betul...

bnyk tul juadah berbuka puasa kami...

yang kelakarnye, cikgu pakai t-shirt ngan suar track suit...

anak murid plak pakai baju kurung...

ish da terbalik nie...hahaha...

tapi tak pe, aku mmg enjoy makan ngan mereka...

terasa umur ni kembali 16 tahun plak....

doa aku tuk mereka...

semoga mereka berjaya selalu....

aminnnnnnnnn..

p/s: bnyk tul makanan yang aku mkn semlm...cam nak balas dendam setelah beberapa ari berpuasa...kah kah kah kah

Wednesday, August 10, 2011

Lupa...lupa dan lupa

Assalammualaikum....

ciannye blog aku nie...

teabai ngan tuannye.....

maaf ye blog ku yang disayangi...

sesungguhnye bz cket minggu ni ngan abiskan latih tubi dak tingkatan 3...

pastu plak ngan biasiswa...

ari Selasa (9 Ogos 2011), aku terkejar sana terkejar cnie...

nak tau nape?..

handle dak2 dapat biasiswa..

memula arahan begini pastu begitu...

nak tak nak kene betulkan la info yang pertama yang salah tu...

yang kelakar nye bile Cikgu Hafiz cakap..

"Noor, mu ni tak puasa ke?...Gagah je!"

aku pon cakap, "Cikgu, Noor puasa la.."

Gagah tu fizikal je tapi yang dalaman ni penat tak tau nak cakap apa la...

penat mmg penat dari satu tingkat ke satu tingkat 

pastu dak2 jumpe aku n aku kene explain semula...

tapi nak merungut tak leh sbb........

"SAYA MENURUT PERINTAH"...

bonus da umum, so kene la wat keje lebey...

tak leh nak bising2...hehehe...

minggu ni plak (13 Ogos 2011), stat percubaan PMR...

kene la buat keje mcm2...

tak pe, ni la pengalaman yang paling best..

walaupon penat tapi keje sebagai cikgu mmg best...

akan ku GAGAHkan diri aku sampai umur 56 tahun....

aminnnnnnnnnnnn...

k la tu je...

adios....

wassalam..

p/s: sok aku berbuka puasa ngan anak murid aku....first time ni berbuka ngan anak murid....hehehe

Friday, August 5, 2011

Apa ye?

Assalammualaikum....

Banyak tul perkara yang berlaku dalam minggu nie...

Satu satu datang bertimpa..

Kadang2 tak leh nak hadapi tapi aku kuatkan semangat...

Lawan gak dugaan yang terjadi nie..

Sib baik ada gak yang aku leh lawan seperti:.....

Key In markah kat SAPS...alhamdullilah selama 3 hari berturut-turut aku bangun 3 pagi..

akhirnya siap gak..

sorg2 aku dok kat ruang tamu hadap laptop tercinta nie...

Benda yang tak leh lawan adalah....

Mengajar dalam waktu puasa nie...

Penatnye berdabel...

Satu lagi JK yang menimpa diri...

Nape la susah sangat nak wat keputusan kan?..

Doa da banyak doa..tapi still tak jumpe jawapan...

Ya Allah bantulah hambaMu ini...

Tenangkan jiwa hambaMu ini......

Apa la yang aku bebel kan...

Nnt taip panjang2, tak paham la org yg baca..

Tu je..adios...

Wassalam

p/s: Sbb tu kita diwajibkan berdoa dan tidak putus asa dalam meminta daripadaNya... Sesungguhnya doa aku akan di jawab oleh Allah...aminnnnnn

Wednesday, August 3, 2011

JCG oh JCG

Assalammualaikum.....

entri ari ni wat aku emo tak best...

nak tau nape?..

evo JCG aku wat hal...

sedangkan ari tu baru je service..

air dalam tangki kering n membuatkan temperature naik sampai takat merah...

sib baik adik lelaki aku ada..

dia bukak bonet n tgk berasap enjin kete aku..

sedey siot tgk kete tu..

da la evo tu bawak aku ke sana ke mari....

opps lupa plak aku panggil dia evo...

sbb anak murid aku la...

dia yang gelarkan evo JCG...

depa cakap aku bawak laju mcm bawak evo sedangkan proton kete kebal je..

kete tak penting, yang penting camne pemanduan n penjagaan kete tu...

tul tak?...

skrg ni masih lagi sedey sbb takut sok tak leh gerak je....

arap2 sok evo aku kembali normal sebagaimana nama aku NOORMALiza...

k la nak g solat terawih..

adios...

wassalam..

p/s: tak sangka aku da bawak evo aku tu sethn....stat aku ngajar kat SMK Puteri Wangsa sampai la skrg ni....mmg bagus tul evo aku tu....Evo, ku sayang kamu!...

Monday, August 1, 2011

Riang atiku...

Nape ek aku tulis entri nie?....

sebenarnya aku tak tau apa nak tulis...

tapi sesungguhnya ati aku riang bnyk kali bkn sekali je...

nape ye?...

mgkn jumpe anak murid tercinta...

pastu sharing story mori....

yang stress bile nak key in markah kat sistem nie...

da la lambat sesangat...

pastu kalo ramai masuk, jem nauzubillah...

keje macam biasa sentiasa bnyk...

tak tau la bile nak abiskan keje nie...

aku arap Allah berikan aku kekuatan tuk hadapi semua dugaan n halangan nie...

semoga idup aku sentiasa ceria...seceria bunga sakura yang kembang di Negara Jepun...

tu  je la....

adios...

wassalam

Alhamdullillah....rumahku siap...

bahagian dry kitchen

bahagian wet kitchen

Alhamdullillah...akhirnya siap gak dapur aku...

boleh la beraya kat rumah baru nnt....

hampir 3 bulan gak menunggu tuk settlekan semua nie...

tapi siap n cantik kan....

yang tak bestnye salur air dari sinki tersumbat la plak..

nampak gaya kene la kuar lagi ongkos nye...

tapi tak pe, akan ku jaga rumahku ngan sempurna...

kepada sesiapa yang berkenan ngan dapur aku, leh je aku rekemen kontraktornye..

baik n wat keje mmg teliti....

selamat tatap dapurku..

yihaaaaaaaaaaaa.....

adios

selamat berbuka puasa

Sunday, July 31, 2011


ni la anak2 unit uniform aku yang seronok dirikan khemah....

ni gambo before naik khemah

gambo after khemah didirikan, nnt aku uplod kemudian la...

ngantok la plak

tatap la ye....

adios

wassalam