Saturday, September 24, 2011

Perihal Jodoh

Jodoh?... apa itu JODOH?... Sesungguhnya aku tidak tau apa itu jodoh, bagaimana jodoh itu datang n apa sebenarnya yang Allah telah tentukan tuk kita hambaNya yang lemah ini. Ada orang kata jodoh tu datang tanpa kita sangka. Dalam masa seminit, seseorang boleh jatuh cinta dan terus membuat keputusan untuk bersama insan tersebut seumur hidupnya. Kadangkala, mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenali pasangan dan akhirnya jodoh tersebut berkekalan ke jinjang pelamin. Tetapi kadangkala, hubungan terputus bertahun-tahun atas sebab yang tidak diketahui dan akhirnya dengan izin Allah mereka bertemu. Cinta kembali hadir di dalam hati dan tidak mahu melepaskan apa yang telah ditentukan dan mereka pun bersatu.

Nape ye aku coretan mengenai jodoh..aku pon tidak tau kenapa jari jemariku rancak menaip. Aku terbaca artikel mengenai jodoh di Perihal Jodoh dan aku sedikit sebanyak memahami sesungguhnya setiap hamba Allah telah ditentukan jodoh sama ada cepat atau lambat. Sesungguhnya orang yang baik untuk orang baik. Tetapi bagaimana sekiranya mendapat suami atau isteri yang tidak baik? Sebagai contoh, suami penagih dadah atau isteri yang curang kepada suami. Itu tandanya Allah telah menguji pasangan tersebut dan Allah tidak akan memberikan ujian sekiranya hambaNya tidak mampu menanggung ujian itu.

Aku bahagia dan teruja kerana sahabat baikku iaitu Norazlizawati yang akan mendirikan rumahtangga pada 18hb Nov 2011 di Melaka. Pada 25hb Nov 2011 plak, Ayu Rashid nikah di Kajang. Full la jadual aku masa cuti sekolah nanti. Aku seronok sangat2 bila tengok kawan aku bahagia.

Sebenarnya aku di dalam dilema, adakah keputusan itu patut aku ambil?. Seandainya aku membuat keputusan itu, adakah aku akan gembira seumur idupku? Bagaimana seandainya aku akan rasa menyesal kerana tidak membuat keputusan yang tepat dan betul. Arghh pening gak bila memikirkan hal ini. Kata kawanku, pilihlah insan yang menyayangi kita lebih daripada kita sayangkan dia. Adakah benar kenyataan itu? Kalo begitu, semua orang pasti akan sayang sedikit kepada pasangan dan siapa akan memberikan kasih sayang yang lebih?... Inilah dilema yang aku harus tempuhi kerana Allah telah memberikan aku jalan yang aku minta tiap-tiap hari tetapi kenapa aku tidak mampu membuat keputusan. Inilah dikatakan CINTA!.. Cinta hadir tanpa diundang begitu jua jodoh datang tanpa di undang walaupun kita memintanya. Kawan-kawanku memberikan nasihat agar aku memilih insan yang sayangkan aku sebab rasa sayang boleh dipupuk.

Untuk masa sekarang ni aku hanya berdoa dan membuat solat istikarah agar Allah memberikan jawapan yang terbaik tuk diri aku dan keluargaku. Aku berharap keputusan yang aku akan buat nanti adalah yang terbaik untuk diriku, agamaku dan kehidupanku di masa kini dan akan datang. Ya Allah, bantulah hambaMu membuat keputusan yang terbaik dan seandainya ini ketentuanMu aku redha.

Sekian coretan hatiku setelah lama aku tidak mengupdate blog tercinta aku ini. Disinilah tempat aku meluahkan segala perasaan yang terbuku dihati.

p/s: Allah Maha Berkuasa telah menentukan pekara yang baik tuk hambaNya. 

No comments:

Post a Comment