Tuesday, November 9, 2010

Sesi Petang?....Biar betul...

Bermulalah kehidupan aku as a teacher sesi petang...

Dgr cam best tapi best gak la...

Nak tau nape best?...

Aku leh bangun lambat, datang lambat n yang paling penting balik lambat..huwa huwa..

Cikgu kat SMKPW tak cukup, maka aku ngan Kak Liza kene transfer ke petang.

Yang tak best?..

Disebabkan aku dah biasa bangun pagi...

...

....

.....

Maka, kul 5.30 aku bangun pastu tgu azan jap n solat...

Pastu sarapan pagi minum susu kambing ngan biskut...

Disebabkan itulah aku tak leh bangun lambat..huwa huwa..

Puas gak aku tutup rapat mata ni bagi tido tapi tak mo gak...

Pas adik2 aku g sekolah, aku tgk la muka mak aku ngan tv...

Pastu kul 7 aku dah kemas rumah n dapur...

Pastu kul 10 pagi, aku dah makan nasik...

Nampak gaya aku kene tukar timing pewot aku mkn nie...

Sib baik just tuk 2 minggu tapi kalo kene ajo sesi petang thn depan, aku kene bersedia awal nie..

Bersedia dari segi mental ngan fizikal...

Apa daa aku merapu nie...

Jap lagi nak balik....

Tu aje kot..

Adios...

p/s Aku rasa sesi petang ni aku banyak turun naik tangga. Rasa2 lemak tepu aku ni leh ilang gak di balik tangga2 tu..hikhikhik....daaaaaaaaaaaaaa

Monday, November 1, 2010

Cheese Cake?...

Yeah Yeah...akhirnya adik ayu bagi resepi cheese cake...

erm..bile ek aku nak buat?...

ish ish aku ni mintak aje resepi tapi nak buat tak tau bile nak buat...hehehe..

memandangkan aku cuti 5 ari stat 3hb sampai 7hb, mgkn aku akan buat cheese cake nie..

kalo aku tak post ari senin, paham2 aje la..

penyakit malas ku sudah tiba..kuang kuang kuang...


ni resepi nyer ( Hak Milik Kekal Ayu si Comey)
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt(*ayu gune fresh cream je)
  • 2 sudu besar jus lemon(*kekadang ku durhaka sket..belasah je ngan sunquick)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula(* sbb nk taruk topping, ku kurangkan gula nyer..heee)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap. 

Monday, October 25, 2010

26.10.2010

Best tak date nie?... Mesti korg rasa apa yang terjadi ek....

Ekceli birthday aku yang ke ehem ehem.....

Dah terlebey suku abad nie.....

Bnyk lagi benda yang belum aku kecapi...

Walaupun aku dah dapat....

....

....

.....

jadik cikgu kat SMK Puteri Wangsa...

Konvo tuk kali ke 3 kat UPSI Tanjung Malim...

Dinner skul kat atas Cruise Danga Bay...

Tapi yang paling penting.............

.............

..............

.......................

................................

Nak senangkan mak abah....bagi diaorg idup senang puas2 baru senangkan diri ni..

Perancangan tahun depan?.... ada macam2 nie tapi tak tau la leh kejar ke tak...

tapi yang penting aku nak jalani idup ni sebestnyeerrrrrrrrr...


p/s: Thanks kepada insan tersayang yang wish 4 my birthday... For my friends, thanks gak sbb still ingat daku nie... To kak su, my beloved sis-in-law, thanks 4 da wish... :)


Wednesday, October 13, 2010

Rahsia Wanita...

WANITA TANAH  
*************** 

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak; 
Taurus 
(21 April-20 Mei), 
Virgo 
(24 Ogos-23 September) dan 
Capricon 
(22 Disember-20 Januari).
    • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
    • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
    • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
    • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
    • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
    • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.  

WANITA API  
************ 

Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
Aries (21 Mac-20 April),
Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius (23 November-21 Disember).
    • Dilahirkan sebagai pemimpin
    • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
    • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
    • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
    • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
    • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
    • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
*************** 

Mereka ini lahir di bawah lambang ;
Gemini (22 Mei-21 Jun),
Libra (24 September-23 Oktober) dan
Aquarius (21 Januari-19 Februari).
    • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
    • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
    • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
    • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
    • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
    • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
    • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.  

WANITA AIR  
************ 

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak; 
* Cancer 
(22 Jun-23 Julai) 
* Scorpio 
(24 Oktober-22 November) dan 
* Pisces 
(20 Februari-20 Mac).
    • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
    • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
    • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
    • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

p/s: aku ni wanita air...so, amat beruntung tuk sapa yang sayang kat aku...hehehehe...

Monday, October 11, 2010

Arghhhhhh...tanganku kering..

Dalam dok taip2 wat buku log, aku terpandang tangan aku...

Nak tau apa yang jadi?...

Tangan aku ngelupas!!!!..

Dah la kedua-dua tangan plak tu...

Aku pon tak pasan camne leh berlaku....tak best sungguh!

balik karang aku sapu lotion bnyk2....

tapi pelik sbb ari2 aku sapa apa lotion...nampak gaya kene tukar lotion baru nie...

tak sanggup nak tgk lagi tanganku nie..

nak sambung wat buku log la....

p/s: mintak2 ok la tanganku nie....huk huk huk

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Cantik kan tarikh tu?... 

Aku pon terpersona ngan tarikh tu sbb payah nak jumpe tarikh camtu lagi..

Pada tarikh tu gak, ramai la yang wat kenduri kawin...

Kat kampung aku, dari satu kampung ke satu kampung kompang bunyik....

Semlm gak anak sedara abah kawin kat Dewan Cempaka, Kempas

Kami berkonvoi 2 bijik kete ke sana..

Bnyk tul peristiwa yang berlaku semlm...

Berita gembira, bila ramai hamba Allah dilahirkan...

Paling syahdu, eksiden kat Simpang Ampat....

Innalillah.....seramai 11 orang meninggal dunia....

So, aku pon nak ingatkan kat diri aku bahawa idup ni hanya sementara...

Wassalam........


Monday, October 4, 2010

Taklimat.....taklimat n taklimat...

Seminggu sudah aku kat SMK Puteri Wangsa....

Aku just attend taklimat bersama guru senior...

Alhamdullillah, skol ni mmg best sbb semua org banyak membantu aku...

Student aje aku lum jumpe secara personally sbb aku kene attend bnyk taklimat...

InsyaAllah thn depan adalah tahun tuk aku curahkan bakti tuk anak didikku...(cewah)

Tak banyak aku nak titipkan kat cni just doakan la kejayaan aku kat SMK Puteri Wangsa...

Adios n Wassalam....

^____^ 

Wednesday, September 29, 2010

Finally I got Posting...

Syukur Alhamdullillah ke hadrat Illahi (cewah cam nak berucap di depan org ramai plak) 

aku dapat posting di SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram

Sib baik tak jauh dari teratak tercintaku di Plentong

Maka, aku ulang alik dari rumah ke sekolah pertama aku ditempatkan..

Kenangan bersama anak didikku di SMK Lenga mmg tak dapat aku lupakan

Sekarang adalah masa aku berbakti untuk anak didikku di Ulu Tiram

Doakan aku menjadi guru yang terbaik....

Wassalam...


Friday, September 17, 2010

Finally i got posting...

Alhamdullillah....

Tiada kata selain ucapan syukur pada Yang Maha Esa sbb memakbulkan doa aku tuk posting.

Ye ar setelah 4 bulan aku menggangur (walaupon keje di Klinik Mata, Shah Alam), aku nak gak teruskan perjuangan aku di dalam bidang pendidikan.

Aku arap student yang aku ajar nnt still the best like SMK Lenga. Itulah pengalaman yang tak dapat aku gambarkan melalui kata-kata.

Ari Isnin (21hb September) adalah ari terakhir aku bekerja di Klinik Mata. Berdebar gak tuk bagitau pada kak Maria dan Doc Salleh.

Aku kene berenti secepat mungkin sbb nak handle documentasi mengenai posting nnt.

23hb September, InsyaAllah aku akan dapat tau di mana tempat aku mengajar nnt. 27hb plak ada taklimat di SMK Simpang Renggam. Masa itulah aku akan berjumpa dengan rakan2 Johor.

Sesungguhnya aku bersyukur sangat2 sbb aku tak dihantar ke Sabah dan Sarawak seperti rakan2ku yang lain.

Cian kat Kak Lela yang kene hantar kat Sarawak. Aku just doakan akak selamat dan berbahagia di sana...

To my former student, thanks 4 ur cooperation for 3 months. For my fren, thanks 4 ur pray. Not to forget, my family who always support me....

Berkobar2 azam aku tuk ajar new student at new skol nie...
..

...

....

.....

......

.......

........

..........


WISH ME LUCK!......




Wednesday, September 1, 2010

Nice Pic



Welkam to Cameron..







Wanna some??...yum yum

Posing time..






Sebenarnya aku dah bosan...Tgh aku belek2 laptop aku nie, aku bukak ar gambo masa g Cameron ngan adik2ku. Lalu aku post kat blog tercinta nie.. Tak tau nak tulis apa.... So, tgk aje la gambo sekitar di Cameron Highlands....



Ngomelan Ku....

Agak lama aku tak tekan papan kekunci aku nie. Bz ngan travel seluruh Malaysia. Ari tu aku g Perak selama seminggu. Agak penat la wat keje masa bulan pose. Tapi keazaman yang tinggi serta dedikasi pada keje, aku teruskan tanpa ngomel..cewah...hehehe..... Pas balik dari Perak, aku balik JB. Dah lama sangat tak jumpe mak ngan abah. Rindu plak kat mereka....ye ar aku keje kat Shah Alam n asik outstation aje. Dapat peluang cuti 5 ari, aku pon enjoy sakan la.. Nak kata sakan pon tak gak sbb aku balik Muar pastu g sana g sini. Biasa ah mak, pantang tgk anak dia yang sorg ni balik. Pasti ajak kuar ah...tapi tak pe, mak pon bosan dok rumah. Aku sebagai anak yang mithali n baik ati n sentiasa hormat orang tua (puji diri la beb, sapa lagi nak puji kan) aku bawak mak g bazar.

Ari sabtu 28hb, kawan2 DPLI aku dah kecoh pasal surat posting. Kata mereka, ramai dah dapat surat posting tapi area Sabah n Sarawak la. Aku lak tak dapat lagi nie. Nerbes siot. Ye ar kot2 kene anto kat sana. Jauh tu seberang laut. Balik 4 sure setahun sekali aje. Tu pon ujung tahun....huwa huwa...Aku arap2 dapat la semenanjung. Senang cket aku nak tgk2 mak abah aku n sewaktu dengannye.

Aku dah bagitau kat Kak Maria yang aku keje sampai bln 9 aje. InsyaAllah posting ujung bln 9. Bkn apa dah lama tak ngajar budak, so tak tau la camne aku nak memulakan semula pengajaran aku nie. Arap2 skill tu tak ilang. Aku lebey suka ajar dak yang terejal...ye ar seronok nak mencubit mereka2 ini.. Pastu bebel tahap gaban bagi perit pedas telinga diaorg..hahahaha...

Tak lama lagi dah raya. Persiapan raya tuk tahun ni, ala kadar aje sbb aku keje pon just biasa2 aje. Tapi yang luar biasa adalah...aku ngan apan ataw nak ronda2 rumah kawan2 kitaorg. Dari Melaka ke Negeri Sembilan. Pastu nek Perak n last baru area KL n Selangor. Tuk kawan2 aku yang tak de kat rumah masa kitaorg nak g nnt, mmg rugi ah. Sbb tahun ni aje kami kuar jalan beraya. Si ataw ngan apan dah ada plan tahun depan. Mgkn raya ngan mak mertua memasing. Aku?....tunggu aje la ye....kihkihkih..


Apa la aku bebel kat blog aku nie. Sebenarnya aku bosan tahap gaban kat Klinik nie. Tu yang aku taip entah apa2. Apa yang kuar kat pala otak, aku taip ar...

Tu aje kot...nnt kalo aku bebel lagi, aku post kat blog aku nie... Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf Zahir dan Batin andai aku ada wat salah...

Adios n wassalam..

Tuesday, August 10, 2010

Perlis Indera Kayangan


Sungguh ijau...ladang tebu di Perlis


Tebu yang sedia tuk ditarah...

Konvoi moto la plak...vroom vroom

Sapa la yang empunya moto lawa nie...


Sapa lagi..daku la...kuang kuang kuang..

Ni la minuman yang ada kat Padang Besar..order jgn tak order


SomTam....sedap plus pedas..

Cendol Pulut ala Thailand...



Makanan kegemaran org di Padang Besar.. Megi Tomyam

Nie aje yang leh aku upload gambo sepanjang aku kat Perlis..sebenarnye ada lagi tapi line tak bape ok..so, apa yang ada ye...terima la...

Adios n wassalam

Sunday, August 8, 2010

Bekerja sambil bercuti..

Rasanye dah lama aku tak update blog tercinta aku nie. Biasa ah keje sebagai Dokter Mata di Klinik Mata mmg agak sibuk. Seminggu lepas aku pergi ke Perlis. Mmg best ah Perlis sbb kat sana ijau aje pemandanJustify Fullgan. Aku ajak la kawan aku si ckin tuk turun Perlis n minah tu pon turun gak. Kira seronok la gak dapat jumpe minah tu sbb dah lama tak lepak together gather.

Tuk sesapa yang tak pernah g Perlis, aku syorkan g la sana. Perlis mmg sunyi ah. Penuh ngan ladang tebu n bukit bukau. Nak kata sejuk, tak la sejuk sbb skrg ni musim menuai padi n kata ckin cuaca mmg panas kat Perlis. Aku cam nak dok kat Perlis aje sbb tempat nye tenang ar. Kalo dapat posting sana pon tak pe tapi mesti mak aku nangis sbb anak dara dia yang comey ni jauh dari dia..kihkihkih.

Nak tau apa aktvt aku kat sana?...biasa ah mkn mknn yang best kat Perlis la. Korg mesti cuba Laksa Perlis ngan ikan bakar kat Kuala Perlis. Nak kata sedap, mmg sedap pon sbb rasa dia mmg len macam cket ar...pastu aku makan la som tam, megi tomyam kat Padang Besar. Megi tomyam kat situ tak bape best sbb kalo aku buat lagi best ar..hahahaha....

Aktvt len?...semestinya shopping time!... Aku beli kain songket buatan tangan..made in Thailand punya. Pastu aku beli bear.. Bear tu besar gilas n arge dia leh tahan la..puas dah aku tawar . Akhirnya arge yang sesuai aku dapat...

Apa lagi ek aku buat kat sana?...semestinya cuci mata la...hehehe.... tu aje kot yang aku leh tulis kat cnie....nak tulis banyak2 tak leh sbb aku pon malas nak taip menaip nie. Gambo?..nnt aku upload kendian la....bz cket seminggu nie...

Adios n jumpe post yang len plak...tata...wassalam

Wednesday, July 28, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita
untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Monday, July 12, 2010

Keje oh keje....

Alhamdullillah setelah aku keje selama sebulan di Klinik Mata Dr Eyes' milik akak angkat ku, masa aku terisi ngan penuhnya. Walaupon pada dasarnya aku dikehendaki menjaga klinik, tetapi disebabkan kekurangan staff, aku di angkut tuk g outstation. Kawasan yang biasa kami pergi adalah Felda. Rasanye hampir suku Felda aku dah tawan. Masa first week keje, aku g Jengka 2 dan 3. Pastu aku g Felda Tengi, Felda Behrang. Ujung bln 6 aritu, aku g Felda Palong. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Masuk bulan 7, jadual aku dah penuh. 9hb Julai, aku g Felda Soeharto. Mmg happening gilas la Felda tu sbb penduduk sana mmg ramah tamah. 15hb sampai 17hb Julai lak, aku kene g Kuala Krai Kelantan tuk wat rawatan bagi pelajar sekolah. Ptg 17hb tu, akak maria plan balik shah alam pastu kul 3.oo pagi dari shah alam kami akan gerak ke Felda Tunggal di Kota Tinggi. 19hb Julai, Felda Kledang memberi lampu hijau untuk kami wat rawatan. Kemungkinan kami seminggu di Kota Tinggi. Ari jumaat, balik ke Shah Alam n 25hb Julai, kami g Kuala Kubu Bahru tuk wat rawatan di masjid. Last but not least, 29hb dan 30hb kemungkinan kami ke sekolah di Felda Soeharto n Penjara Bentong.

Inilah jadual aku sepanjang bln Julai. Mmg penuh ar tapi keje ni mmg enjoy sbb aku leh jenjalan. Aku kan suka mengembara ke tempat orang len. Andai kata kalo aku tercampak di mana2 pelusok Malaysia, pasti aku leh idup..hehehe...

Rasanye ni aje kot yang aku leh titipkan. Nnt ada cite baru, aku coret la...

Adios n wassalam...

Sunday, June 27, 2010

Release tension at Cameron Highlands

Cameron Highlands..akhirnya aku pergi lagi. Kali ini aku g ngan dak Siti. Memula kami tak plan pon nak g jenjalan tapi minah tu dah trauma sbb tren tergelincir. Tu yang dia nak release tension kat cameron. Kami gerak dari Shah Alam pukul 6.30 petang sbb aku minah tu wat check up. Rupanya ada infections kat badan dia. Sib baik infections tu just cket aje. Dokter bagi ubat n insyaAllah minah tu ok nnt.

Kitaorg pon bergerak dari Shah Alam dan menuju ke Simpang Pulai sbb aku takut lalu Tapah. Jalan kat Tapah mmg thrill gilas ah. Jalannye sempit pastu dok tepi gaung. Kitaorg sampai kat Simpang Pulai pukul 8 mlm n misi kami naik keatas. Akhirnya dalam kul 9.30 malam kami sampai kat Tanah Rata n check in kat Hillview Inn. Sesungguhnya nasib kami mmg baik sbb tu aje bilik terakhir yang tinggal. Semua hotel ngan motel n apartment dah full. Ye la dah puas ronda kat Brinchang ngan Tanah Rata tuk cari hotel, akhirnya dapat gak. Tapi mahal cket la. Pas check in, kami pon cari makan. Ada la kedai mamak kat atas sana. Kami pon order nasi goreng cili api + telur mata + ayam goreng. Tapi waiter yang amik order tu, cam blur lak kitaorg order mknn tu semua.

Pas makan, apa lagi tido time la. Solat jangan dilupa...setelah settle semua, aku ngan dak siti pon tido. Sok pagi kami nak g ronda2 kat Cameron Highlands plak. So...tido time...zzzzzzzzzz

Sok pagi pas subuh, aku siap sedia tuk meronda sekitar Cameron Highlands. Pukul 8.30 pagi baru kami gerak kuar dari hotel. Kami sarapan nasik lemak pastu pewot dah full, ronda pon bermula. Puas gak meronda sekitar Cameron Highlands sambil beli baju sejuk tuk anak buah aku yang tercinta si dak Gemuk ngan dak Itam. Kitaorg tak la shopping sangat tapi banyak melantak aje. Ye la pas makan nasik lemak, kitaorg bantai makan strawberi with whipped cream, pastu cendawan goreng, pastu kuih muih n last sekali corn in da cup. Mmg penuh pewot kami nie.

Kul 12 check out kuar hotel tapi kitaorg tak terus turun sbb kitaorg nak ronda2 lagi. Dah puas meronda plus shopping, kul 2 lebey baru turun dari atas. Tu pon sbb kete si dak siti problem. Kete dia berbau hangit. Brek dia tak bape ok. Ye la asik tekan brek aje. Jauh gak jem sbb kete banyak parking kat sekitar market. Akhirnya kami parking kete tepi n bagi cool cket. Kitaorg pon jalan g market n cari sayur murah. Pe lagi semua sayur kitaorg angkut bawak balik...hehehe

K la setakat ni aje cite aku..nnt gambo aku upload kendian. Rasa ngantuk lak mata nie. Tido dulu la...adios..

Friday, June 25, 2010

Tren tergelincir di Bangsar...

Semalam (24hb Jun 2010) tepat pukul 7.30 malam, tren komuter tergelincir di Bangasar. Kebetulan kawan aku si apan a.k.a Siti ada kat dalam tu. Pastu lak si agon pon ada sama. Masa kejadian, minah tu sempat tepon aku n bagitau yang tren terbalik. Aku yang tak bape paham sbb aku dgr suara orang bising. Aku ingatkan kawan aku ni tersepit di antara manusia-manusia yang nak naik komuter. Rupa2nye mmg minah tu tersepit di antara manusia yang nak melarikan diri keluar dari komuter.

Aku riso gilas kat minah ni. Yela masa kejadian dia col aku n bagitau peristiwa yang terjadi kat dia. Aku pon kaget la. Si ataw plak tunjuk macho dia walaupon aku tau dia risokan kawan kitaorg yang sorg nie. Lebey kurang setgh jam kemudian, dia col aku n aku pon cakap nak amik dia kat KL. Aku pon bersiap2 la ngan ataw tuk amik minah sorg nie. Riso gilas beb. Ye la kawan kita naik tren yang terbalik walaupun keadaan sebenar adalah tergelincir.

Dalam kecoh2 tuk g amik si apan, minah tu sempat sms aku tuk amik kucing dia kat Klinik Verterinar. Kitaorg risokan dia n dia risokan kucing dia...apan oh apan... Kalo kitaorg kuar g KL dalam kul 8 mesti jem gilas babas la. Aku pon makan dulu. Ye la isi pewot dulu walaupon ati riso mengenangkan kawan terkontang kanting kat KL. Pas makan, aku pon amik si baby kat Klinik. Sian baby sbb kene kembiri a.k.a mandulkan..hehehe.. Pas anto baby balik rumah, aku amik ataw n terus kami ke KL tuk amik si apan nie.

Ataw pon bawak kete ngan laju tapi berhati2. Ye la kang tak pasal2 ada lak kejadian len berlaku. Apan pon mesej aku yang dia ada kat Jejantas n kitaorg pon amik dia kat sana. Masa minah tu masuk kete, aku tgk minah tu cam trauma aje. Pas dia tarik nafas n kitaorg pon suruh dia cite camne kejadian tu berlaku.

Apan pon cite, rupanye tren overloaded. Ye la satu2 pengangkutan yang MESTI naik tuk balik rumah. Lagi satu, tren tu delay...tu yang menyebabkan overloaded. Bila dah terlebey muatan, paham aje la..tergelincir la tren tu. Dia cakap masa tren tu dah tergelincir, semua orang dalam tren menjerit mencari pintu kuar. Pastu plak nampak lighting (litar pintas) kat dalam tren. Kalo tak kene gaya, mmg boleh meletup la tren tu semlm. Kalo ramai yang mati, confirm ar KTM kene jawap ngan semua orang. Semua berlari ke pintu tuk kuar dari tren tu. Sib baik ada gak yang perkasa dalam tren n satu pintu berjaya di buka. Tak kira bangsa n agama (1 Malaysia la katakan) melompat kuar dari tren, Takut tren tu meletup. Yang mengandung pon sama melompat kuar. Masa minah tu cite, aku tak dapat bayangkan camne la keadaan masa tu. Mesti kecoh abis la. Dia pk kalo meletup tren tu, confirm mati ar dia.

Kitaorg tanya la yang dia ok tak. Dia kata ok. Kitaorg siap suggest kan tuk dia cuti ari ni. Mmg la dia tak injured bahagian luaran tapi dalaman sapa tau. Tapi minah tu nak g keje gak. Ye la bila dah bekerja, everything have to finish on time. Dia kata dia tak siap lagi keje n kene g keje gak. Kitaorg tak leh wat apa sbb tuan punya badan dah kata gitu. Tapi kitaorg bawak gak minah tu ke Klinik takut2 kalo ada kecederaan dalaman. Alhamdullillah dia sihat waalafiat. Dokter siap bagi MC sbb takut emosinya tak ok. Last2, dia g gak keje ari ni tp lewat sket la. Aku siap bagitau kalo dia sakit, better balik rumah. Minah tu bukan sihat sangat pon.

Ni aje yang leh aku tulis tuk ari nie. Tapi kejadian ni mmg dasat wei. Kalo sesapa kene tempat si apan tu mmg tak tau nak cakap apa. Komuter pon satu hal gak mmg the WORST transportation in Malaysia. Leh tak kalo dia upgrade cket service dia.

Nnt kalo ada cite sensasi aku titipkan lagi di blog aku ni walaupon skrg aku bz ngan keje keje keje n keje....

Adios n wassalam.....

Saturday, June 19, 2010

I City Shah Alam...

Lights..lights n lights..


Ala2 cover tuk drama korea...



Alwayz together2.. Siti, Wati n Me!


Sesungguhnya Shah Alam mempunyai satu tempat tarikan yang baru. Aku pon tak tau tapi kawan2 aku berdua ni yang bgtau pasal tmpt ni. Baru2 nie aku g sana dah kenekan bayaran iaitu RM2 tuk satu kete. Tapi orait apa sbb tmpt ni mmg cool gilas la.

This Place full with lights. Mmg best! Sesi fotografi pon bermula apabila melangkah. Mmg seronok ya amat.

Korg tatap la gambar ni sebagai bukti keBESTan yang amat sangat.. Nak g Jepun tak dapat, maka dapat g kat Shah Alam pon dah orait apa...

New Story...

4 Bijak...

1 Bestari / 1 Pintar

2 Bestari / 2 Pintar / 2 Bijak

Dah lama rasanye aku tak update blog aku.... Start dari aku ngajar kat SMK Lenga, Muar pada 1hb Mac 2010 sampai la abis aku ngajar pada 27hb Mei 2010. Banyak benda aku nak tulis kat cni tapi masa tak mengizinkan aku plus line kat Lenga tu..nauzubillah mmg slow ya amat la... Abis praktikal pon tak tulis sbb aku bz ngan hal len. Sekarang ni aku dah keje kat Klinik Rawatan Mata kat Shah Alam. Jadik Dokter Mata la plak aku ni ye... Nama pon cikgu, kene la jadi serba boleh..hehehehe..

Kawan2 aku terkejut gak bile aku cakap aku keje kat Klinik Mata. Ye la aku ni tak mo ngajar lagi ke...Tapi tuk sementara menanti posting yang entah bile government nak bagi. Arap2 jangan la anto aku kat sabah n sarawak walaupon ada ati gak nak g sana..hikhikhik... Kalo leh anto aje la kat Johor. Lagi bagus kalo anto kat depan rumah aku. Tak yah aku nak pk pasal kete la, rumah la...tapi permintaan ni agak melampau gak kan....Nak wat camne pe2 hal aku nak gak balik ke rumah tercinta.

Minggu depan (21hb sampai 25hb Jun) aku kene outstation kat Perak. Seminggu tu beb. Sian kawan2 aku si wati ngan siti. Ye ar mereka berdua tak dapat berjumpe kawan serumah tuk seminggu nie...

Apa lagi ek aku nak tulis walaupon banyak benda lagi aku nak tulis.. Apa benda aku taip ni daaaaaa....Whateverpon aku sentiasa ingat sesapa yang ingat kat aku. Tuk anak2 didikku di SMK Lenga, thanks 4 da present n cooperation. Pengalaman mereka diaorg amat berharga dan tak dapat dibeli kat mana2 la...cam iklan mastercard la plak....

Kepada kawan2 DPLI, roger2 la andai tau pasal posting ek..... Sekian sahaja dari aku a.k.a Cikgu Noor yang sentiasa tersenyum....

Monday, February 15, 2010

Accident at Jementah...

Nie la keadaan ketenye..huhuhu

Kejadian ni berlaku setelah aku g SMK Lenga pada 12hb Feb 2010. Aku pon tak tau camne nak Justify Fullcite sbb kejadian ni berlaku bersangkut paut. Dari satu kejadian ke satu kejadian. Setelah aku pulang dari SMK Lenga, aku meneruskan perjalanan ke Segamat tuk anto dak sepraktikal aku ke bus stand Segamat. Pastu aku dok lepak kat bilik Alin kat UiTM Segamat. Alin abis test kul 5 ptg dan kami plan nak balik ke kg bersama-sama bawak kete kesayangan abah aku tu.

Kul 5.30 petang, aku pon bergerak keluar dari UiTM Segamat bersama Alin, Botak ngan kawan Botak. Alin yang bawak kete dan kami pon ngan gembira pulang ke kg aku kat muar. Ye ar dah ada kete kat tangan, pe lagi leh la kami merewang. Tu la yang aku pk bile dapat kete nie. Tapi nak wat camne, takdir Illahi..hehehe... Alin tekan brek kuat sangat kot menyebabkan kete tu brek mengejut dan berdesing. Nak tau nape Alin tekan brek kuat sangat?... Kat depan kete kami ada van tetiba aje brek mengejut sbb ada kete len masuk lorong kanan. Dah la kete tu agak "veteran", so bawak pon kene manja2.

Tatap la gambo yg aku upload nie tanda menunjukkan tahap kecederaan kete abahku nie. Aku nak aje suruh abah timbang kati tapi sian lak sbb ngan kete ni la kami dapat jenjalan. Nak arapkan aku beli kete, tunggu aku posting ar...Tu pon tak tau posting bile...

Skrg ni aku dah pon balik rumah kat JB sambil menikmati kerelaxan tahap gaban..hehehe.... Setakat tu aje la yg aku leh taip sbb aku dah tak larat nak taip...hehehe...

Adios dan wassalam...

Wednesday, February 10, 2010

Video Pangkor

Nie video kawan aku si Awie buat tuk geng2 yg g Pangkor ari tu... Tatap la ye..


Kenapa orang Jepun tidak banyak mempunyai akaun FaceBook?



Nie aku dapat dari email yang di forward oleh kawan2 ku di SIM..




Beberapa kali saya pernah mengirimkan invitation ke teman mahasiswa Jepang untuk ikut bergabung di FaceBook (FB). Tapi undangan saya tersebut sangat jarang ditanggapi oleh teman saya. Ada satu dua orang yang menjadi anggota, tapi itupun tidak aktif. Hanya sekedar membuka account saja. Yang lumayan aktif biasanya hanya mahasiswa Jepang yang mempunyai banyak teman mahasiswa asing.

Tahun 2008 Mark Zuckerberg membuat aplikasi bahasa Jepang untuk menarik lebih banyak peminat FB dari negeri sakura. Ternyata harapan itu tidak terpenuhi. Memang sebagian besar warga Jepang sangat tidak terbiasa dengan aplikasi berbahasa Inggris. Tetapi ketika YouTube membuat aplikasi berbahasa Jepang, berbondong-bondong orang Jepang mengupload video ke sana. YouTube relativ lebih disenangi dibandingkan dengan FB. Ternyata bahasa bukan kendali utama bagi menjamurnya FB di Jepang.

Untuk menjadi anggota FB, kita diharuskan mengisi data-data pribadi yang nantinya dicantumkan kepada orang yang menjadi teman kita. Sementara YouTube cuma mensyaratkan nama (itupun tidak perlu nama asli) dan alamat email . Di sinilah masalahnya. Sebagian besar orang Jepang tidak mau memperlihatkan data dan kehidupan pribadinya kepada banyak orang. Sebagai contoh, dengan memperlihatkan tanggal, bulan dan kelahiran kita, dipercaya dapat digunakan untuk mengetahui karakter kita yang sangat berbahaya apabila digunakan untuk kepentingan tidak baik.

Selain itu, orang Jepang juga tidak terlalu suka menonjolkan jati dirinya di hadapan orang banyak. Mereka terbiasa hidup berkelompok dan bekerja juga dalam kelompok. Kita mungkin kenal dengan produk walkman, tapi kita tidak tahu siapa penemunya, kecuali dari Sony Corpporation. Juga tamagochi yang terkenal itu, oleh perusahannya, sang penemu mendapat perlakuan sama dengan pegawai lainnya dan dianggap sebagai bagian dari kerja kelompok.

Dalam berinternetpun, orang Jepang lebih suka memakai identitas lain atau bukan nama sebenarnya. Tahun 2005 ada satu kisah nyata tentang warga Jepang yang bercurhat dalam suatu forum Internet. Pemuda Jepang tersebut adalah orang yang suka dengan komik (manga), game, animasi dan bergaya agak aneh. Di Jepang orang seperti ini disebut “otaku”. Dalam suatu perjalanan di kereta api, dia berhasil menolong seorang wanita cantik berpendidikan tinggi dari gangguan orang mabuk. Keinginannya untuk mendekati dan mencintai wanita tersebut dicurahkan dalam sebuah forum Internet. Dalam setiap langkah untuk mendekati sang wanita, dia menceritakannya di forum tersebut. Banyak sekali tanggapan, saran dan dukungan kepada pemuda tersebut. Kisah ini akhirnya menjadi populer dan dijadikan sebuah film, sinetron dan komik dengan judul “Densha Otoko” (Train Man). Sampai sekarang, identitas asli Train Main ini tidak diketahui.

Selain itu, ada juga rasa mawas diri dari orang Jepang untuk tidak membagi identitas, foto dan kehidupan pribadinya. Terutama para wanitanya. Mereka tidak mau diganggu oleh orang-orang iseng yang mengetahui identitas mereka melalui FB. Pernah juga ada kasus ketika seorang mahasiswi yang punya blog didatangi oleh pemuda Amerika yang ingin berkenalan dengannya. Sang mahasiswi menolak dan sempat terjadi kehebohan di kampus. Sejak saat itu ada himbauan di kampus untuk tidak membuka kehidupan pribadi melalui blog. Demikian cerita salah satu professor saya.Jadi budaya masih banyak mempengaruhi orang Jepang untuk tidak sembarangan berinternet.

Maka?..anda pk kan sendiri la ye..

Wassalam

Sunday, February 7, 2010

Video tuk dak DPLI...



Nie adalah video tuk kawan2 DPLI aku. Cukup 8 bln googbelajar kat UPSI, Tanjung Malim.. Tak lama lagi praktikal pastu posting...

Keep in touch....

Adios...

Saturday, February 6, 2010

Hadapi Kerenah Degil

Kepada kawan2ku yang bakal mendapat cahaya mata...(nie pon aku dapat dari 4ward email)



Hadapi kerenah degil

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.



SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.

ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.


Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

Sujudlah kepada Pencinta

Sujudlah kepada Penciptamu!


Assalamualaikum warahmatullah,
Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.
Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
    mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

Capaian entry berkaitan :

  1. Kekenduran Rahim (Prolapse)
  2. Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang
  3. Kesilapan masyhur dalam sembahyang
  4. Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam
  5. Indahnya solat subuh
  6. Solat 'pendinding' daripada kemungkaran
  7. Sejarah Solat 5 Waktu dan makna rakaatnya
  8. Kalau dahi tidak mencecah sejadah

Thursday, February 4, 2010

Minggu Pekse...

Next Week bermula la minggu pekse bagi aku. Walaupun just 3 subjek, aku tak tau nak jawab apa...riso melanda sudah.. Ye ar kalo aku tak lulus, aku tak dapat jadi cikgu yg best....hehehe.... Kepada kengkawan, doakan kejayaan kawanmu ini ye. InsyaAllah start 1hb Mac 2010 aku mengajar di SMK Lenge, Muar Johor. Pengalaman pertama mengajar anak orang akan aku jalankan dengan jayanye...

Setakat tu aje yg aku nak tulis sbb tak de benda nak tulis walaupon semalam aku turun KL cari adiah tuk Farewell Lunch dak klas aku kat Kalumpang...

Adios...

p/s:tak sabar tunggu anak agon...hehehe

Tuesday, February 2, 2010

Leparking wit frenz

Nie la kedainye..

Makanan kami..yum yum..

Sesi mengangkat meja...hikhik



Lepak sesama kawan....Aku di ambush ngan si Eza kul 8.00 malam. Minah tu ajak aku g jenjalan sbb dia bosan dok kat rumah. Aku ingatkan dia datang tuk amik cite Freedom Writers, rupanye mengangkut aku g jenjalan. Dia yg teramat bosan dok kat rumah, dia ajak aku. Masa tu lak aku tgh chat ngan Aida. Pe lagi aku pon tny minah tu n minah tu nak ikut gak. Tepon si Eton, dia follow aje. Kitaorg pon g la Damiana amik dak 2 orang tu. Aku ingatkan just g makan kat Proton City, rupanye angkut kami makan kat Perahu Pecah. Leh tahan la makanan dia....

Aku order laicikang ngan kuey teow tom yam. Isi la pewot memalam nie. Si Eton tepon si Awien ngan kak Lela. Diaorg pon join kitaorg gak. Semua ni last minit plan n leh lak jadi. Tak sangka aku. Mlm sok, kitaorg satu kelas nak makan char kuey teow kat depan Dusun Bay. Tak tau la sedap atau tak. Kene kosongkan pewot aku nie...hehehehe...

K la setakat ni aje cite aku sbb aku pon nak tido. Sok ada kelas Dato lak pastu kene masuk UPSI tuk jumpe KPM pasal posting kami. Jumpe lagi..

Adios n wassalam

Sunday, January 31, 2010

BIG - Bina Insan Guru





Dua hari aku mengikuti kursus BIG kat SITC, UPSI. Mmg tak leh nak gambarkan sbb mmg best walaupon ada lagi aktiviti yang boleh ditambah. Kenangan yang tak leh aku lupakan. Dari BIG nie aku dapat mengenal kawan2 aku dengan lebih rapat lagi. Gelak tawa sesama nangis pon sesama. Rasa cam sedey aje sbb tak lama lagi tamat la DPLI aku kat Tg Malim nie. Tak sangka hampir 8 bln aku kat cni. Next week start final exam pastu cuti seminggu dan bermula lah kehidupan aku sebagai Cikgu Noormaliza binti Awal. My lucky school is at SMK Lenga, Lenga Muar. Nnt aku akan sambung cite pasal cikgu bile aku dah bermula jadi cikgu.

Kursus BIG mmg berkesan dan berlainan dari kursus lain. Seingat aku, kali terakhir aku g motivasi masa aku kat UiTM. Tu pon masa memula masuk. Tapi tu di panggil motivasi ke sbb kitaorg kene brainwash ngan akak fasi..hehehe... So, yang betul2 aku g motivasi masa sekolah menengah la. Kalo di kira2 dah 10 tahun la aku tak mengikuti program motivasi. Cikgu Aziz selaku penceramah atau erti kata lain yg memberi ilmu tambahan kepada aku. Nak tau lebeih lanjut pasal Cikgu Aziz?... Lawati blogspot dia kat http://azizyatim.blogspot.com. Dalam BIG nie, memacam aku belajar iaitu maksud tersirat warna (hijau, jingga, gold ngan biru). Setiap warna tu menggambarkan keperibadian seseorang. Kalo diikutkan aku ni suka gold atau kuning n apa yg Cikgu Aziz cakap mgkn ada betul nye...hikhikhik

Sepanjang dua ari kat SITC, mmg kelakar la dan best..tapi yang paling best dapat makan. So, dua ari ni aku tak yah kuarkan duit tuk makan... Aktiviti bermula 8.30 pagi dengan senaman koporat ngan senamrobik. Pastu Ice-Breaking. Masa disini lah aku mendapat ilmu yang tak ternilai harganye. Aktivti paling best adalah KEMBARUN iaitu Kembara mencari harta kaRUN. Perjalanan bermula dari SITC menuju ke Nursery. Sheikh Nasir selaku ketua membawa seramai 16 orang anak2 tuk mencari harta karun. Sampai kat nursery, kitaorg kene cabut rumput. Cabut nye cabut, abis gak 2 deret pastu tunggu next klue iaitu kene g Petronas lak. Kat Petronas, kitaorg kene mop mozek. Semua org buat ngan ati yg gembira. Siap amik gambar lagi. Pastu next klue kitaorg kene minum teh panas kat kedai mamak. Atas kedai mamak tu, ada hotel dimana tmpt si Eza selalu lepak ngan Pok Din..hehehehe.. Abih teh panas secawan seorang, kitaorang masuk balik UPSI tuk next klue. Kat situ, kitaorg kene nyanyi beramai2... Sungguh2 dak kumpulan aku menyanyi. Tak sangka ada bakat terpendam...Abis nyanyi, kitaorg kene g SITC semula tuk final check point. Aku ingatkan dah abis, rupanye aku kene susun puzzle tuk menjadi huruf T yang normal. Aku pon call la Eza, kot2 dia dapat task yang sama, rupanye tak. Aku ngan ahli kumpulan pon dengan penuh semangat susun puzzle dan akhirnya berjaya.. Malam plak Cikgu Aziz bari tips tuk deal ngan student agar kita mendapat win-win situation. Abis sudah ari pertama...kami pon balik rumah tuk tido dan sok pagi kene datang semula tuk aktiviti ari kedua plak...

Ari kedua, macam biasa pagi2 kene wat senaman. Pastu, ada aktiviti Si Buta ku Sayang. Aktiviti ni mmg best sbb aku jadi tukang kaco. Kawan2 kene tutup mata dan kene pegang tali pastu aku potong tali dan bawak diaorg ke tmpt yang jauh dari ketua. Ada gak yang melawan tak mo ikut aku. Beria tarik tali ngan diaorg. Sakit tul tangan aku. Ye ar diaorg nak dgr arahan dari ketua dan aku lak seronok kaco diaorg. Lebey kurang 1 jam, aktiviti pon tamat dan memasing semua nak ikat aku pastu ikat aku kat pokok sbb mengacau diaorg. Dah mmg tugas pengacau, kene la jadi pengacau amat hebat.. Aktiviti mmg skit tapi apa yang aku dapat mmg pengalaman yang baru.

Tapi aku tak leh lupa, kitaorg kene saman gan kumpulan lain. Aku tau diaorg saja nak saman sbb jeles kumpulan kami kumpul banyak duit...Pe2 pon..mmg best ar... UILove my frenz....


Adios dan bersambung lagi la....

Saturday, January 23, 2010

New Interest!...

Sapa lagi..dak gemuk ar...

My frenz....





Kawan2ku....


Aku dah bertemu sesuatu yang membuatkan aku tertarik n da boom ah... Kawan aku si Lini suruh download photoshine tuk wat gambo jadi lawa...So, aku pon naik ketagih ar.... Ni sebahagian gambo yang aku dah wat tertarik n menarik...

Sampai kat cni aje...adios...