Sunday, December 6, 2009

Lost World of Tambun...

Dari kenduri terus ke Tambun..











Sama tak?..





Sesi posing sakan...


Sesi mentekedarah...hehehe


Best nye dapat g Lost World Of Tambun. Walaupon tempat dia kecik aje tapi pengalaman bersama ngan kawan2 aku mmg tak leh lupa ah. Dari Kuala Kangsar ke Ipoh amik masa sejam aje. Si ataw ngan apan dah tunggu kat sana. Aku ngan geng sekereta pon terus g selepas kenduri Yati. Lebih kurang dalam kul 3.30 ptg aku sampai kat sana. Tiket just RM19.00 per adult sbb aku ada baucer yang leh redeem tiket tu. Kalo tak arge tiket tu RM30.00. At least leh ar jimat cket as a student nie. Kata staff kat situ, kitaorg kene kuar dalam kul 5.45 ptg sbb kul 6.00 ptg park dah tutup. So, dengan masa yang cket kitaorg gunakan sepenuhnya lah...

Tak yah baca banyak2, tataplah gambo yang best2 nie...

Nnt aku bersambung lagi andai ada cite menarik..

Adios..

Kenduri Yati...



Nie la pengantin nye...

Geng sekereta...

Ngan kechik....

Dak2 klas yang amat besh...

Nie lah rakan2 yang bertandang ke rumah yati


Semlm (5hb Dec) aku g kenduri Yati kat Lenggong, Perak. Dengan menaiki kete kancil Eza, aku berjaya sampai ke sana. Riso gak bawak kete org nie. Ye ar takut tetiba aje merajuk tgh jalan. Tapi alhamdulillah segalanye selamat sampai.

Akan tetapi ari sebelum tu, kete dia cam wat hal lak dan aku bg tau la tuan dia. Kata Eza, kalo tak yakin tak yah bawak kete dia. Kalo aku tak bawak, camne aku nak g Lenggong...huhuhu.. Ptg tu aku msg awie n suruh tgk kan kete Eza. Rupanye kete dia kene bawak dengan lembut n tekan cluth sampai abis. Aku pon testing ptg tu ngan awie n aku dah tau camne nak bawak kete Eza nie. Aku just sematkan dalam diri aje la tuk bawak kete Eza. Mlm tu aku mesej ngan Eton tuk tnykan pasal timing g rumah Yati. Mesej n mesej, dia kata kul 10 waktu Malaysia dah ada kat Behrang Petronas. Pagi2 aku dah bangun n si Kechik pon dah bangun gak. Kul 9.20 pagi kami turun bawah n panaskan enjin. Kul 9.30 pagi, aku pon bergerak amik Eton kat Damiana Apartment. Sampai kat sana aku mesej n sib baik minah tu dah siap. Kami pon teruskan perjalan ke Petronas Behrang.

Yang tak bestnye, dak lelaki yang konvoi sesama kitaorg lambat lak. Mmg janji melayu tul sbb diaorg sampai kul 10.30 pagi. Pastu g isi minyak dan akhirnya pukul 10.45 pagi baru nak memulakan perjalanan ke Lenggong. Aku riso la sbb Lenggong tu jauh. Si yati lak sanding dalam kul 1.00 ptg. Kami pon berkonvoi dua kete. Aku just follow belakang kete si awie. Sepanjang perjalanan tuk ke tol, kitaorg jumpa Hot Springs kat Sungkai. Sib baik kitaorg ada plan nak g Tambun lepas kenduri Yati. Pastu kitaorg masuk tol Bidor n bermula lah perjalanan kami ke Lenggong. Memula aku follow gak si awie ni tapi sampai kat mana tah, dia follow belakang lori. Berderet kete belakang aku ni n memasing dah rapat ngan aku sbb nak potong tak leh sbb belah kanan pon penuh ngan kete. Akhirnya aku amik keputusan tuk potong awie n tunggu dia kat tol Kuala Kangsar. Ye ah aku takut lambat sampai aje. Sib baik dalam kete aku ada Eton, eton ar penunjuk arah tuk ke kanan dan kiri. Sampai kat Ipoh baru berjumpa diaorg. Tapi paham2 aje la Kenari ngan Kancil mana sama tuk berkejar..hehehe..dalam tak sedar aku bawak kete si Eza sampai 120km/j. Aku tgk meter dan aku pon slow down balik n bawak 110km/j aje.

Tepat pukul 12.30 tgh hari, kitaorg pon sampai kat Tol Kuala Kangsar. Aku pon follow kete si awie sbb aku tak de map g rumah Yati. Kami sampai sebelum pukul 1. Alhamdullillah selamat gak kami sampai. Aku pon menuju ke bilik Yati n pe lagi amik gambo ah. Kul 1.15 ptg, pengantin lelaki pon sampai. Kira sedang elok la kitaorg tiba n pengantin pon sampai. Mkn sudah amik gambo pon sudah. Pukul 2.30 ptg, kitorg pon gerak dari rumah Yati sbb kitaorg nak g LOST WORLD OF TAMBUN lak..

Tu aje cite aku tuk g kenduri Yati. Nnt bersambung pasal Lost World of Tambun lak...

Adios

Friday, December 4, 2009

Bakal Guru wajib aku janji?...

Benda ni aku dapat dari email kawan aku yang menyatakan guru wajib akujanji. Nampaknya nak tak nak kene tima la mana kene anto posting...



Bakal guru wajib akujanji?


DR. Puad Zarkashi (kanan) berbual mesra dengan pelajar-pelajar terbaik kursus perguruan selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 24 Nov. - Bakal guru mungkin diwajibkan menandatangani akujanji sanggup mengajar di kawasan pedalaman untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, syarat yang sedang dipertimbangkan itu bertujuan memastikan guru-guru yang baru berkhidmat di pedalaman tidak merayu untuk berpindah.

''Sebagai contoh, kebanyakan guru dari Kelantan dan Terengganu yang baru berkhidmat empat bulan dan dihantar ke pedalaman sudah minta berpindah.

''Ini benar, di Kelantan ada 54 kekosongan, yang mohon hendak balik 1,312 orang, jadi bila ada rungutan oleh guru yang sudah 10 tahun mengajar di Sarawak, sudah tentu tiada kekosongan di negeri itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) di sini hari ini.

Puad menegaskan, dalam situasi sekarang, tempoh perkhidmatan tidak lagi diambil kira sebaliknya faktor kekosongan dan keperluan di sesebuah negeri menjadi keutamaan.

''Sekarang ini kita cadangkan letak syarat akujanji, kalau sanggup baru kita ambil bekerja, jangan nanti tak sampai enam bulan sudah merayu-rayu, kita juga yang susah.

''Jadi, selepas ini kalau sudah turunkan tandatangan, tetapi kemudian minta tukar, kita tak akan layan kecuali kes kritikal seperti faktor kesihatan," katanya.

Menurutnya, akujanji tersebut bukan bertujuan memberi tekanan kepada para guru tetapi menuntut mereka memahami bidang tugas dan tanggung jawab dari perspektif masyarakat tanpa memikirkan kepentingan diri semata-mata.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Puad menasihatkan ibu bapa yang anak mereka memperoleh keputusan cemerlang 5A tetapi gagal memasuki sekolah berasrama penuh agar tidak kecewa.

Ini kerana anak-anak mereka masih berpeluang memasuki kelas khas di sekolah kluster, sekolah cemerlang dan sekolah harian.

''Mereka akan mendapat suasana pembelajaran yang sama dengan asrama penuh, cuma bezanya tidak tinggal di asrama dan yang penting kekalkan semangat dan kecemerlangan akademik," katanya.

Pada tahun ini seramai 48,171 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh 5A sedangkan kekosongan yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekitar 12,000 tempat.

Wednesday, December 2, 2009

Assignment oh Assignment...........

Semlm aku ngan kecik g library wat assignment...cam tak caye lak g sana...hehehe... Tapi biasa lah aku cari line internet. Kat library, line laju n senang aku nak wat keje. Kalo aku dok kat rumah, alamatnye tak siap ah keje aku. Ye ah jap ok jap tak ok. Assignmnet menimbun tapi tak tau nak wat camne. Sib baik keje berkumpulan, at least leh tny kawan seangkatan...

Pra proposal tuk klas Kreatif dah nak anto ari nie tapi aku takut. Ye ah takut salah aje apa yang aku buat tu. Aku just pakai buat aje tapi seorg cikgu mana leh pakai buat. Tunggu aje la puan komen nnt. Ada yang salah, aku ubah la apa yang patut. Jap lagi ada discussion ngan lini kat rumah dia pasal assignment encik ipin. Dah la kene anto sebelum 18hb Dec nie. Assignment len pon menyusul gak. Aku pasti leh siapkan ar...berusaha berusaha..

Sebenarnye aku tak isu sangat nak tulis sbb minggu ni keje aku just buat assignment. Akan tetapi ari sabtu ni adalah ari berjalan sedunia tuk aku...hahaha...Aku nak g kenduri Yati kat Lenggong ngan dak klas aku pastu g Lost of Tambun kat Ipoh ngan si apan n ataw. Seronoknye berjalan menghabiskan duit.

K la sampai kat cni aje aku yang leh tulis. Nnt bersambung lagi...adios