Monday, July 12, 2010

Keje oh keje....

Alhamdullillah setelah aku keje selama sebulan di Klinik Mata Dr Eyes' milik akak angkat ku, masa aku terisi ngan penuhnya. Walaupon pada dasarnya aku dikehendaki menjaga klinik, tetapi disebabkan kekurangan staff, aku di angkut tuk g outstation. Kawasan yang biasa kami pergi adalah Felda. Rasanye hampir suku Felda aku dah tawan. Masa first week keje, aku g Jengka 2 dan 3. Pastu aku g Felda Tengi, Felda Behrang. Ujung bln 6 aritu, aku g Felda Palong. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Masuk bulan 7, jadual aku dah penuh. 9hb Julai, aku g Felda Soeharto. Mmg happening gilas la Felda tu sbb penduduk sana mmg ramah tamah. 15hb sampai 17hb Julai lak, aku kene g Kuala Krai Kelantan tuk wat rawatan bagi pelajar sekolah. Ptg 17hb tu, akak maria plan balik shah alam pastu kul 3.oo pagi dari shah alam kami akan gerak ke Felda Tunggal di Kota Tinggi. 19hb Julai, Felda Kledang memberi lampu hijau untuk kami wat rawatan. Kemungkinan kami seminggu di Kota Tinggi. Ari jumaat, balik ke Shah Alam n 25hb Julai, kami g Kuala Kubu Bahru tuk wat rawatan di masjid. Last but not least, 29hb dan 30hb kemungkinan kami ke sekolah di Felda Soeharto n Penjara Bentong.

Inilah jadual aku sepanjang bln Julai. Mmg penuh ar tapi keje ni mmg enjoy sbb aku leh jenjalan. Aku kan suka mengembara ke tempat orang len. Andai kata kalo aku tercampak di mana2 pelusok Malaysia, pasti aku leh idup..hehehe...

Rasanye ni aje kot yang aku leh titipkan. Nnt ada cite baru, aku coret la...

Adios n wassalam...

No comments:

Post a Comment