Sunday, January 31, 2010

BIG - Bina Insan Guru





Dua hari aku mengikuti kursus BIG kat SITC, UPSI. Mmg tak leh nak gambarkan sbb mmg best walaupon ada lagi aktiviti yang boleh ditambah. Kenangan yang tak leh aku lupakan. Dari BIG nie aku dapat mengenal kawan2 aku dengan lebih rapat lagi. Gelak tawa sesama nangis pon sesama. Rasa cam sedey aje sbb tak lama lagi tamat la DPLI aku kat Tg Malim nie. Tak sangka hampir 8 bln aku kat cni. Next week start final exam pastu cuti seminggu dan bermula lah kehidupan aku sebagai Cikgu Noormaliza binti Awal. My lucky school is at SMK Lenga, Lenga Muar. Nnt aku akan sambung cite pasal cikgu bile aku dah bermula jadi cikgu.

Kursus BIG mmg berkesan dan berlainan dari kursus lain. Seingat aku, kali terakhir aku g motivasi masa aku kat UiTM. Tu pon masa memula masuk. Tapi tu di panggil motivasi ke sbb kitaorg kene brainwash ngan akak fasi..hehehe... So, yang betul2 aku g motivasi masa sekolah menengah la. Kalo di kira2 dah 10 tahun la aku tak mengikuti program motivasi. Cikgu Aziz selaku penceramah atau erti kata lain yg memberi ilmu tambahan kepada aku. Nak tau lebeih lanjut pasal Cikgu Aziz?... Lawati blogspot dia kat http://azizyatim.blogspot.com. Dalam BIG nie, memacam aku belajar iaitu maksud tersirat warna (hijau, jingga, gold ngan biru). Setiap warna tu menggambarkan keperibadian seseorang. Kalo diikutkan aku ni suka gold atau kuning n apa yg Cikgu Aziz cakap mgkn ada betul nye...hikhikhik

Sepanjang dua ari kat SITC, mmg kelakar la dan best..tapi yang paling best dapat makan. So, dua ari ni aku tak yah kuarkan duit tuk makan... Aktiviti bermula 8.30 pagi dengan senaman koporat ngan senamrobik. Pastu Ice-Breaking. Masa disini lah aku mendapat ilmu yang tak ternilai harganye. Aktivti paling best adalah KEMBARUN iaitu Kembara mencari harta kaRUN. Perjalanan bermula dari SITC menuju ke Nursery. Sheikh Nasir selaku ketua membawa seramai 16 orang anak2 tuk mencari harta karun. Sampai kat nursery, kitaorg kene cabut rumput. Cabut nye cabut, abis gak 2 deret pastu tunggu next klue iaitu kene g Petronas lak. Kat Petronas, kitaorg kene mop mozek. Semua org buat ngan ati yg gembira. Siap amik gambar lagi. Pastu next klue kitaorg kene minum teh panas kat kedai mamak. Atas kedai mamak tu, ada hotel dimana tmpt si Eza selalu lepak ngan Pok Din..hehehehe.. Abih teh panas secawan seorang, kitaorang masuk balik UPSI tuk next klue. Kat situ, kitaorg kene nyanyi beramai2... Sungguh2 dak kumpulan aku menyanyi. Tak sangka ada bakat terpendam...Abis nyanyi, kitaorg kene g SITC semula tuk final check point. Aku ingatkan dah abis, rupanye aku kene susun puzzle tuk menjadi huruf T yang normal. Aku pon call la Eza, kot2 dia dapat task yang sama, rupanye tak. Aku ngan ahli kumpulan pon dengan penuh semangat susun puzzle dan akhirnya berjaya.. Malam plak Cikgu Aziz bari tips tuk deal ngan student agar kita mendapat win-win situation. Abis sudah ari pertama...kami pon balik rumah tuk tido dan sok pagi kene datang semula tuk aktiviti ari kedua plak...

Ari kedua, macam biasa pagi2 kene wat senaman. Pastu, ada aktiviti Si Buta ku Sayang. Aktiviti ni mmg best sbb aku jadi tukang kaco. Kawan2 kene tutup mata dan kene pegang tali pastu aku potong tali dan bawak diaorg ke tmpt yang jauh dari ketua. Ada gak yang melawan tak mo ikut aku. Beria tarik tali ngan diaorg. Sakit tul tangan aku. Ye ar diaorg nak dgr arahan dari ketua dan aku lak seronok kaco diaorg. Lebey kurang 1 jam, aktiviti pon tamat dan memasing semua nak ikat aku pastu ikat aku kat pokok sbb mengacau diaorg. Dah mmg tugas pengacau, kene la jadi pengacau amat hebat.. Aktiviti mmg skit tapi apa yang aku dapat mmg pengalaman yang baru.

Tapi aku tak leh lupa, kitaorg kene saman gan kumpulan lain. Aku tau diaorg saja nak saman sbb jeles kumpulan kami kumpul banyak duit...Pe2 pon..mmg best ar... UILove my frenz....


Adios dan bersambung lagi la....

No comments:

Post a Comment