Friday, September 16, 2011

....

Assalammualaikum semua... da lama rasanye aku tak update blog aku yang tercinta nie. Biasalah bnyk sangat open house kawan2 aku buat. Aku pon tak terkecuali sama.. Alhamdullillah ramai yang datang n makanan pon abis. Thanks ye korang. Tuk anak murid tercinta, tima kasih jemput cikgu datang rumah. Dari JB sampai ke Muar aku g open house. Singgah jap kat Melaka rumah kawan2 yang aku sayangi. Tak sangka lama sungguh aku tak jalan2. Biasa ulang alik dari sekolah ke rumah je pastu rumah ke sekolah. Paling jauh pon g Batu Layar ngan famili tercinta. 

Tak sangka hampir setahun aku da ngajar kat SMK Puteri Wangsa ni. Mcm2 aku da lalui. Perasaan yang berubah dari semasa ke semasa. Sib baik ada anak didik tercinta yang membantu meredakan kerisauan di minda dan ketakutan di jiwa. Sesungguhnya aku bersyukur di atas kurniaan Illahi kerana memberikan pekerjaan yang terbaik untuk diriku. 

Walaupun tidak semua aku dapat kecapi dalam hidup ini tetapi atas kasih sayang dari Allah yang melimpah ruah, aku rasakan hidupku sudah lengkap. Keluarga yang sentiasa berdiri teguh di belakang ku walaupun badai melanda. Kawan2 yang sentiasa memberikan semangat tuk aku teruskan hidup. Anak murid yang sentiasa memberikan keceriaan padaku di saat aku gelisah. Tuk orang tersayang, tima kasih gak sentiasa di hatiku ini.

Aku tak mahu meminta lebih dari yang sepatutnya dari Allah, cukuplah dikurniaakan tubuh yang sihat tuk aku jalani kehidupan aku seharian. Cukuplah diberikan kehidupan yang sederhana kerana aku takut seandainya aku diberikan kekayaan yang banyak aku akan alpa dengan nikmat dunia. 

Sampai cni sahaja coretan aku tuk minggu ni. Tak tau la bile aku nak coretan di blog tercinta aku.

Sekian....wassalam..

p/s: sesungguhnya tiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku pasti Allah tak kan menduga hambaNya kecuali hambaNya mampu berdepan dengan dugaan itu.

No comments:

Post a Comment