Sunday, November 6, 2011

Perjalananku...

Assalammualaikum....da lama tak update blog tercinta ni. Disebabkan kesibukkan keje yang semakin bertambah plus aktiviti yang banyak kat sekolah. Tapi alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya dua minggu lepas aku sungguh seronok. Ye la balik dari cuti2 malaysia. Dari JB ke Genting pastu ke Shah Alam. Dari Shah Alam g ke Cameron Highlands n bermalam kat sana 2 malam. Dari Cameron ke Fraser Hills n akhirnya Shah Alam semula n balik ke JB tercinta. Sesungguhnya pengalaman yang tak ku sangka. Yang best bila aku dapat jumpe kawan2 yang da  lama tak jumpe. Yang paling best, kene drive dari JB ke semua destinasi n akhirnya pulang ke JB. Tuan punya kereta just bagi pinjam kereta n duduk sebelah je. Aku je yang memandu macam Pemandu F1... Thanks to my beloved friends, Siti Zubaidah, Siti Rohaizah, Nor Azlizawati n Shah Lidya..kowang la kawan aku yang paling best di alam semesta. Perkenalan sebagai classmate pada tahun 2001 n  menjadi sahabat n keluarga yang sangat rapat tuk aku. Thanks kowg... Thanks gak kat Ani, schoolmate aku kerana bagi pinjam kereta dia. Mmg best Myvi dia..aku pecut sampai 140km/j. Mmg best ar..

Minggu lepas pon adalah minggu yang seronok tuk aku n kawan2 kat SMK Puteri Wangsa. Ye la kami jadi pelajar semula. Dari main layang-layang ke main galah. Semuanya aku lakukan di sekolah tercinta aku. Tak mo pindah kat tempat lain sbb sukar mendapat kawan2 yang best cam korg.. Pelajar masih sama walau di mana sahaja aku ditempatkan tetapi kawan tak sama. Sukar tuk dapat yang sentiasa berkongsi masalah n cerita. Aku sungguh ceria dan bahagia kalo g sekolah aku. Kadang2 pening gak memikirkan keje yang bertimbun, pelajar yang sentiasa bermasalah, pengurusan, n macam2 la. Tapi ngan kawan2 yang best disekeliling menyebabkan aku bersyukur sangat2.

Minggu ni pun adalah minggu sibuk aku. Sebenarnya aku rancang ingin bertunang pada 12hb November tetapi adik aku nak konvo plus ada meeting akhir tahun. Maka aku tangguhkan ke tarikh yang lagi sesuai. InsyaAllah sekiranya segala berjalan dengan lancar, Allah akan memberikan isyarat pada hati aku tuk memilih tarikh yang aku inginkan. Ya Allah permudahkan segala urusan aku...aminn..

Tak lama lagi tahun 2011 akan meninggalkan aku. Da setahun aku mengajar kat cni. Macam2 pengalaman yang aku timba n tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Umur pun semakin tua, bnyk lagi benda yang belum aku kecapi. Aku harap di tahun 2012, aku dapat kecapi apa yang aku impikan dengan segala usaha aku. Aku pasti boleh melakukan!..

Tu je coretan aku di blog tercinta ni. Blog ku sayang, aku pasti tak kan abaikan ko ye. Walaupun lambat tetapi pasti aku coretan sesuatu di sini.

Wassalam...

p/s: ramai sungguh kawan2 aku nak kawin bulan 11 ni. Nampaknya aku kene la plan betul2 tuk g rumah diaorg... 

1 comment: