Sunday, November 27, 2011

Berakhir 2011...selamat datang 2012

Assalammualaikum...agak lama aku tak update blog tercinta. Diri yang sentiasa buat2 sibuk agar hati ini gembira dan lupakan segala masalah yang melanda. Cuti sekolah da bermula dan mula lah kepalaku ligat memikirkan aktitivi apa yang patut aku lakukan. Akhirnya, kunjungan ke Melaka untuk menghadiri sahabat baikku mendirikan rumahtangga membuatkan aku gembira bercampur sedih. Ye ar selepas ini kuranglah aktiviti bersama dia sebab dia pasti akan melebihkan masa bersama suami tercinta. Nak tak nak aku terpaksa mencari sahabat baru untuk menghiburkan hatiku ini. 

Opss terlupa plak umurmu menginjak masuk 29 tahun pada 2012. Cepat betul masa berlalu dan terasa aku belum kecapi apa yang aku impikan. Tetapi aku bersyukur kerana diberikan pekerjaan yang sungguh mulia iaitu GURU. Walaupun baru setahun aku menjadi guru tetapi pengalaman daripada kawan dan anak didik tercinta membuatkan aku semakin dewasa dan paham apa yang diperlukan di alam persekolahan. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi tak kira siapa sama ada anak murid atau rakan sekerja. 

Sekarang adalah masa aku untuk mendidik jiwaku agar semakin redha atas ketentuanNya. Andai ini yang tersurat, aku bersyukur kerana Allah telah memberikan yang terbaik pada diriku. Aku sudah berusaha sehabis tenaga aku dan aku tak mudah mengalah tetapi Allah Maha Mengetahui dan aku yakin Allah telah memberikan apa yang aku PERLU bukan apa yang aku NAK. Ini kerana tidak semua apa yang kita nak dalam kehidupan ini tercapai dan untuk mencapai apa yang kita nak, kita perlu berusaha sehabis mungkin. Andai tidak dapat, tiada rezeki untuk aku. 

2012, aku mengharapkan yang terbaik dari Allah. Aku berharap agar tahun 2012 nanti membuatkan aku sentiasa tersenyum kerana 2011 adalah tahun air mata ku mengalir tanpa henti. Banyak sungguh dugaan dan cabaran yang telah aku jalani di tahun 2011. Akhirnya aku mengerti kenapa Allah memberikan dugaan kepada aku. Agar aku sentiasa kuat dan sentiasa dekat pada Allah. Aku juga bersyukur ditemukan dengan sahabat yang sentiasa menyokong kuat dibelakangku. 

InsyaAllah jika tiada aral melintang, aku ingin bercuti2 bersama kawan2ku. Moga dipermudahkan perjalanan aku bersama kawanku nanti. 

p/s: Cinta tidak semestinya memiliki. Akhirnya aku paham kenapa orang mudah jatuh cinta dan mudah melupakan kata cinta yang diungkapkan. Aku, sukar untuk melafazkan kata cinta kerana cintaku hanya untuk yang layak terima dibawah lindungan Allah..

No comments:

Post a Comment