Friday, January 6, 2012

Tahun yang penuh cabaran...

Assalammmualaikum dalam Salam Satu Malaysia..... 

Ciannye blog aku terabai selama 2 bulan. Aku bkn mengabaikan ruangan yang setia dengan aku tetapi kesempatan untuk menulis di sini tiada. Masaku penuh dengan aktiviti sama ada untuk tahun 2011 atau 2012. 2 bulan yang penuh dengan aktiviti menyebabkan aku tiada waktu tuk mengerling dan menitipkan apa jua perasaanku di sini. 

Banyak perkara telah terjadi pada diriku sama ada tuk tahun 2011 atau 2012. Ada manis, pahit, masam, masin dan tawar. Segala kenangan itu aku simpan di lubuk sanubariku. Aku menyimpan ia sebagai benda yang berharga dan tidak ternilai untuk aku ungkapkan. Pengalaman di tahun 2011, telah mematangkan aku menjadi seorang yang lebih tabah. Aku bersyukur kerana Allah menyayangi aku kerana memberikan insan yang terbaik untuk aku berkawan dan berkongsi kasih sepanjang 2011 dan 2012. Aku yakin setiap apa kejadian atau pengalaman di tahun 2011 yang Allah telah tentukan untuk aku ada hikmahnya. Allah tidak akan memberikan sesuatu jikalau ianya aku perlukan tuk kehidupan aku dan Allah tidak akan mengambil sesuatu jikalau ianya buruk tuk aku. Mungkin aku belum lagi terlambat tuk nyatakan syukurku pada Allah kerana telah memberikan yang terbaik padaku. Sujudku dan doaku adalah hanya tuk Allah kerana telah menyayangi aku dan memberikan apa yang aku PERLU bukan apa yang aku NAK. 

Di tahun 2011, aku telah meninggalkan banyak kenangan. Dari bulan Januari 2011 sehinggalah Disember 2011. Pelbagai pengalaman telah aku tempuhi dan harungi. Alhamdullillah aku berjaya menempuh dengan berjaya walaupun kadang kala aku pikir aku tidak mampu menghadapinya. Sokongan kawan2 sekelilingku telah menaikkan semangatku untuk terus bertahan di atas dugaan yang Allah berikan. Aku yakin bahawa dugaan yang Allah berikan adalah dugaan yang mampu aku tempuhi. Lagipun jika dilihat dari sudut mata biasa, dugaan yang aku terima adalah sedikit berbanding orang lain yang hebat dugaannya. Aku bersyukur kerana aku masih lagi dapat mengawal keadaan. Aku bersyukur Allah sentiasa disisiku melindungi aku dari apa jua kejahatan. Aku bersyukur kerana memberikan insan yang terbaik tuk aku dampingi. 

Di tahun 2011, perjalananku banyak merantau di negeri orang. Mencari sebuah ketenangan dan jawapan atas persoalan yang berada di mindaku. Persoalan yang melibatkan kehidupanku dan perasaanku. Dari JB ke Melaka dan Kuala Lumpur pada 18hb Nov sehingga 20hb Nov atas urusan menghadiri sebuah perkahwinan rakan baikku iaitu Ataw bersama Am. Bahagia aku melihat dia dapat dipertemukan dengan insan yang saling sayang menyayangi. Perjalanan ke Melaka tidak memberikan jawapan kepada persoalan yang berada dimindaku iaitu memilih N atau tidak. Aku semakin tertekan kerana aku tidak sayangkan dia tetapi dia sayangkan aku. Aku mmg insan yang jahat kerana mempermainkan perasaan orang lain. Aku tidak mampu memupuk rasa sayang aku pada dia. 

Maka, percutian aku diteruskan ke utara iaitu pada 7hb Disember sehinggalah 15hb Disember 2011, aku telah mengembara dari JB ke Perlis. Percutian yang sangat indah buatku kerana aku mendapat pengalaman yang baru. Jawapan kepada persoalan telah aku temui tapi aku tidak yakin atas keputusan yang aku lakukan. Perjalanan yang jauh telah mematangkan aku bahawa aku ada hak untuk memilih yang terbaik untuk diriku. Akhirnya aku menemui satu jawapan dan jawapan itu telah memberikan aku satu pengalaman bahawa cinta tidak semestinya memiliki.

Penghujung tahun 2012 iaitu di bulan Disember, sepatutnya aku menjalinkan satu ikatan suci bersama N tetapi aku telah meminta dia melepaskan aku secara baik. Aku telah meminta daripada dia secara baik dan dia tidak boleh menerima keputusan yang aku buat. Dia menyatakan aku insan penipu yang sanggup menipu dia dan keluarganya. Aku tiada niat untuk membuang dia jauh dia dari hidupku. Aku yakin kami dipertemukan pasti ada sebab dan aku mahukan setelah aku berpisah dengan dia, aku dan dia masih lagi boleh berkawan secara baik dan professional. Tetapi dia langsung tidak boleh menerima kenyataan bahawa aku dan dia tidak boleh lagi bersama. Mungkin semuanya salahku kerana memberi harapan kepada insan yang tulus menyayangiku. Kawan2 ku berkata, suka sayang cinta boleh dipupuk setelah satu ikatan perkahwinan terjadi. Ianya tidak bagiku kerana aku cuba untuk suka sayang dan cinta kepada dia tetapi perasaan itu tidak hadir. Aku cuba untuk cari kasih sayang diriku untuk dirinya tetapi aku hanya boleh menerima dia sebagai seorang sahabat bukan pendamping diriku untuk dunia dan akhirat. Aku mahukan suami yang sentiasa menyayangiku dan menerima aku seadanya. Ya benar, N mmg sayangkan aku tetapi apa maksud ikatan perkahwinan andai tiada cinta di pihak aku. Aku tidak mahu setelah aku berkahwin dengan dia, aku melakukan perkara yang tidak aku duga. Walaupun aku aku tahu aku tidak mampu melakukan ia tetapi sapa tahu di suatu masa aku akan mengecewakan dia mengahwiniku. Maka, sebelum ianya terlambat aku mengambil satu keputusan untuk tidak memilih dia sebagai khalifah hidupku. Sebelum keputusan ini aku ambil, aku bertanya kepada rakan yang paling rapat denganku dan meminta pandangan mereka. 

Pada permulaannya, ada yang tidak sokong dengan tindakanku dan menyuruhku menerima N kerana N mmg baik. Tetapi kawan baikku di Jasin, telah menyatakan sesuatu dan memberikan sokong yang tidak berbelah bagi buat diriku iaitu di mana dia menyatakan " ko harus memilih insan yang ko sayang sbb bila ko sayang pada orang tu, ko akan hormat dia sampai bila2" dan " aku sentiasa sokong apa jua keputusan yang ko buat". Aku sungguh terharu kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari sahabat baikku. Dia ada menyatakan " jangan menyesal atas keputusan yang ko buat". Solat istikarah telah aku lakukan dan aku meminta pada-Nya agar diberikan satu keputusan yang tepat untuk ambil. Akhirnya, aku meluahkan apa yang terbuku di dadaku yang aku tidak sayangkan dia dan mahukan perpisahan secara baik. Dia marah padaku dan aku yakin jikalau aku di tempat dia, pasti aku marah kerana persiapan tuk pertunanganku telah dilakukan. Buat pertama kali dalam hidupku, aku menolak seorang lelaki kerana sepanjang hidupku aku tidak pernah menyatakan TIDAK kepada lelaki hanya lelaki yang meninggalkan aku jauh2 keseorangan. Alhamdullillah setelah keputusan aku ambil, aku semakin tenang menjalani kehidupanku. Aku tidak lagi berada dalam keadaan serba salah mencari cinta untuk diberikan kepada N. Semoga Allah memberikan insan yang lebih baik dariku kerana sesungguhnya aku bukan yang terbaik untuk dirinya.  

2012 adalah NOORMALIZA yang baru! Dimana aku semakin yakin atas keputusan yang aku buat dan aku yakin Allah sentiasa membantu hambaNya. Aku hanya meminta padaNya kerana Allah tidak akan beri jikalau kita tidak minta. 

Ya Allah bantulah hambaMu dalam membuat segala keputusan. Ya Allah aku bersyukur kerana menemukan insan yang hebat untuk ku. Ya Allah lindungilah mereka yang menyayangi aku daripada perkara bala petaka. 

Aku hanya berharap 2012,memberikan sinar yang baru buatku. Amin....

p/s: 2012, tahun yang lebih baik dari tahun 2011...InsyaAllah

No comments:

Post a Comment