Saturday, February 11, 2012

Syukur Alhamdullillah... kerana aku diberikan limpahan kasih dari Allah yang tidak terhingga.. sesungguhnya aku bersyukur kerana aku dipertemukan dengan rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi aku dan memberikan kata-kata semangat tuk aku teruskan kehidupan ini. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sesungguhnya tahun 2012 memberikan aku seribu satu pengalaman yang manis sehingga aku melupakan kenangan pahit yang melanda diriku di tahun 2011.

Mungkin tahun 2011, adalah tahun tuk aku belajar segalanya dan Allah Maha Mengetahui, memberikan apa yang aku rasakan perlu tuk tahun 2011. Macam2 perasaan telah aku lalui di tahun 2011 sehinggakan aku merasa yang diriku ini tak kuat tuk lalui segalanya. Tetapi Alhamdullillah berkat doa insan disekelilingku membuatkan aku kembali kuat. Aku sungguh tidak sangka tahun 2011 aku dipertemukan dengan pelbagai insan yang ingin aku berkongsi kasih dengannya. Dari pelajarku yang setia memanggilku "MAMA" hingga ke "CIKGU SAYANG" membuatkan diriku sungguh bertuah. Perjalanan hidupku tidak la sesukar mana andai dibandingkan dengan orang lain. Aku rasa bersyukur Ya Allah kerana diberikan kesempatan tuk mengenali apa itu "SUKA", "SAYANG" dan "CINTA".. Sesungguhnya tidak akan wujud jika suka dan sayang tidak hadir sama. Aku mengerti apa itu "SUKA" di mana aku sangat "SUKAkan kerjayakan aku yang tidak pernah aku impikan. Kerjaya seorang guru atau pendidik adalah kerjaya yang aku paling tidak minat tetapi akhirnya kerjaya inilah yang mengajar aku segalanya. Mengajar tuk "SAYANGkan" anak muridku dan memberikan apa ilmu yang ada didadaku ini. Apabila perasaan suka terbit pada diri terhadap kerjayaku, maka muncul perasaan "SAYANG" pada anak muridku bahawa mereka sungguh suci dan aku ingin membentuk mereka agar menjadi insan yang berjaya menempuh kehidupan di luar sana. Pertemuan dengan insan bernama lelaki membuatkan aku tertanya mengapa aku dipertemukan dengan mereka. Akhirnya aku mendapat jawapan bahawa Allah memberikan apa yang kita perlukan bukan kita nak. Sesungguhnya mereka memberikan aku pelbagai ilmu yang membuatkan aku mengambil sifat positif dalam diri mereka.

Aku bertuah kerana dipertemukan dengan insan yang sangat baik dan akhirnya kami menjadi kawan baik yang sentiasa mengingati satu sama lain. Perkongsian ilmu yang sangat berharga membuatkan aku terpikir, Allah telah banyak memberikan perkara yang baik pada diriku. Aku takut seandainya dia tarik segala nikmat yang Dia berikan. Maka, aku kene sentiasa berjaga-jaga dan bersyukur atas limpahan-Nya. CINTA?... telah aku temui di tahun 2012 di mana aku mengerti apa itu CINTA dan aku tidak akan sia2kan nya. Sekali jatuh cinta, aku akan setia menanti dan membahagiakan dia sebagaimana dia membahagiakan diri aku yang serba kekurangan ini. Aku sentiasa berdoa, andai dia jodoh yang ditetapkan oleh Allah maka aku akan menjaga sentiasa hingga akhir hayatku.

Terlalu banyak perkara ingin aku titipkan disini tetapi hanya satu perkara yang leh aku katakan.. YA ALLAH, sesungguhnya Kau menyayangi aku dan memberikan insan yang terbaik muncul dalam hidupku. Aku bersyukur atas nikmat yang tidak terkira ini.

p/s: kepada sahabat baikku, aku doakan kamu menemui cahaya cinta yang akan membahagiakan mu sebagaimana aku telah menemuinya. Seandainya kamu menemui cahaya itu, janganlah di simpan di dalam hati kerana ia akan melukakan hatimu. Allah memberikan apa yang kamu perlu bukan apa yang kamu mahukan.

No comments:

Post a Comment