Monday, August 13, 2012

Laskar Pelangi...

Assalammualaikum.....

Setelah sekian lama blog aku berhabuk, sawang dan terabai begitu sahaja. Akhirnya aku mempunyai masa untuk menaip sesuatu di sini... Sebenarnya aku tiada cerita yang menarik tuk aku paparkan sbb kehidupan aku sangat indah di bawah lindungan Yang Maha Esa. Apabila kita redha atas ketentuaanNya, kita akan dapati segalanya telah dirancang dengan SEMPURNA dan CANTIK. Mungkin aku tidak perasan sebelum ni bahawa segala yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik. Benar firman Allah, "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri". Berdasarkan firman Allah itulah, aku meneruskan kehidupan dengan gembira bersama keluarga, rakan dan anak didik yang tersayang. 

Kerjaya sebagai seorang guru semakin hari semakin mencabar. Dengan kerenah pelajar yang inginkan ilmu yang terbaik dari aku. Aku mempunyai prinsip tersendiri bahawa, nombor dan gred tidak penting sebab itu hanya akan melemahkan kita tetapi keupaayaan kita untuk menongkah arus kehidupan itu yang paling penting. Walaupun kita pelajar SAINS, akan tetapi jika kita tidak isi dada dengan ilmu yang sesuai maka kita tidak layak dipanggil cemerlang. Aku selalu tekankan pada pelajarku bahawa ilmu adalah sesuatu yang sukar tetapi andai kita dapat mengejar ilmu, insyaAllah kita pasti akan di hadapan. Anak2 didikku semakin hari semakin banyak pertanyaan. Aku dengan sabar akan melayan dan menjawab agar mereka tahu kehidupan ini sebenarnya amat panjang dan misteri. 

Kehidupan aku sebagai seorang anak juga telah mematangkan aku. Aku mengerti bahawa diam tidak semestinya kita kalah. Sebab semakin hari semakin banyak percanggahan pendapat antara generasi muda dan tua. Pada mulanya aku ingin menegakkan pendapatku tetapi melihatkan pertelingkahan ini tiada penghujungnya maka aku mengambil langkah undur setapak. Aku berbuat demikian kerana aku sayangkan keluargaku. Merekalah tempat aku bergantung di saat aku susah dan belajar apa itu hidup. Aku bersyukur kerana doa yang berkat dari orang tuaku membuahkan hasil apabila gajiku semakin meningkat. Aku merenung jauh dengan doa mereka telah menjadikan aku guru yang disayangi dan disegani di sekolah yang amat ku sayangi. 

Allah tidak akan beri apa kita mahu tapi akan memberikan apa yang kita perlu. Aku menyusuri dan mendalami maksud ayat ni. Akhirnya aku temui jawapan yang Allah akan memberikan apa yang kita perlu didalam kehidupan ni. Alhamdullillah aku telah menemui seorang lelaki yang sentiasa ada di sisi ku. Suka, Sayang dan Cinta boleh dipupuk seandainya kita tahu bagaimana untuk memupuk hati ini. Sebelum ditemukan dengan insan ini, aku sentiasa berdoa agar "ditemukan dengan insan yang boleh membimbing, menyayangi dan menerima aku seadanya". Aku tidak perlu kekayaan dan paras rupa sebab ku tahu semua itu hanya sementara. Yang ku mahukan insan yang benar2 sayangkan aku, yang membimbing aku ke jalan yang diredhai Allah. 

Aku rasa sudah cukup coretan aku untuk hari ini. InsyaAllah andai ada kelapangan waktu, akan ku titip rasa yang terbuku di hati. Kawan2ku berkata "aku adalah sumber inspirasi mereka" dan aku akan pastikan aku sentiasa ceria dan gembira kerana aku suka mengembirakan orang di sekelilingku. Apabila orang lain gembira, aku pasti tersenyum dan berkata "merekalah sumber kekuatanku".

p/s: Tak lama lagi da nak raya, persiapan raya sudah pun siap. Aku berharap raya tahun ni merupakan tahun yang mengembirakan aku. 

No comments:

Post a Comment