Monday, October 17, 2011

Family Day at Tg Leman, Mersing...



Aktiviti berpoya-poya kat Tunjuk Laut Resort di Tanjung Leman, Mersing. Mmg best la percutian aku kat sana. AJK Kebiru memberikan sepenuh komitment. Segalanya mmg sempurna walaupun ada mulut2 bising cakap "tak best", "aktiviti entah apa2" tetapi bagi aku semuanya mmg best dan sempurna. Dari makanan ke acara sukaneka. Lagipun nama Family Day, mesti la bersuka ria. Tak kan nak expect benda len plak. Tapi mmg best ar.. 5 bintang aku berikan pada AJK Kebiru 2011!


Tapi yang tak best adalah nasik lemak dia.. Da la telur rebus dapat separuh je pastu nasik dia tak masak. Terasa makan beras kat mulut. Pe lagi, tolak tepi ar nasik ni walaupun sayang.. Sib baik diaorg hidangkan bihun, tapi tak kenyang mana pon... sedey tul.

Tinggalkan perkara yang tak best sbb tak semua apa yang kita nak akan dapat. Tak semua org sempurna! Sib baik la aktiviti malam kami BBQ best sangat2. Semua aku dapat makan...yum yum.. Pas makan, aku, siti zaharah ngan Rofiah lepak kat tepi pantai. Kami duduk layan perasaan sambil baring tengok langit. SubanaAllah indah tul ciptaan Allah ni. Bintang yang bertaburan di langit, angin yang sepoi2 bahasa dan laut yang menyenangkan. Hilang sekejap masalah yang melanda di ati. Part yang tak leh lupa bile....

Siti cakap "kak Noor, bila kita nak balik bilik?"
Aku pon menjawab "bila air da kene kaki kita balik la".
Shahadah pon tny "kalo kul 3 air naik, baru korg balik ke"
Aku ngan Siti cakap "ye la" sambil gelak..

Rupanye aku ngan Siti tertido kat tepi pantai tu..tetiba je terasa air kene kat kaki ngan belakang peha. Pe lagi melompat la kami. Aku yang tak sedar hanset kat dada terus bangun n berlari ke atas. Sampai ke atas, baru teringat pasal handset. Pe lagi berlari la aku ke pantai. Sib baik tak de apa2..kalo tidak, mmg handset kesayangan rosak..huhuhu...

Ari ahad, kami annual lunch kat Felda Residence Tg Leman. Makanan biasa2 je. Tapi aku dapat Toaster tuk lucky draw n frame gambo sempena kedatangan paling awal ke sekolah. Da nama anak awal, mesti la datang awal. InsyaAllah aku pasti akan tingkatkan mutu kerja dengan datang lagi awal..hehehe..

Sampai kat cni aku coretkan apa yang terjadi kat aku 15hb ngan 16hb Oktober 2011. Aktiviti yang tak dapat aku lupakan..

Wassalam....

1 comment: