Friday, October 14, 2011

Ujian dari Allah....

Assalammualaikum..

coretan aku titipkan di waktu 1/3 malam...
di saat semua hamba Allah sedang tido..

sesungguhnya aku sedang membuat tugasan yang telah diberikan oleh cikgu Sinar...
tuk majlis "Family Day" kami di Tanjung Leman..
slide show yang ditugaskan untuk aku siapkan, tergendala...
aku pon tak tau nape...
nak kata aku tak geti nak buat..
aku geti n siap satu slide show..
tinggal lagi 2 je..

otak ku puas pk mengenai pekara yang tak masuk akal...
masalah ati yang tak tau bila akan berhenti...
puas ku pujuk atiku agar redha pada tiap apa yang berlaku..
atiku sungguh degil..
adakah kerana aku yang degil?..

tapi aku bersyukur aku dipertemukan dengan kawanku Ustazah Aishah..
dia telah menenangkan ati dan perasaan ku...
sesungguhnya tiap apa yang berlaku pasti ada jawapannya..
pasti ada sebabnya..
pasti ada hikmahnya...
yang pasti Allah amat menyayangi ku...

sepatutnya aku bersyukur kerana diberikan peluang tuk memberikan kasih dan sayangku ini...
ini tidak, aku seakan putus asa atas apa yang berlaku...
aku akan meneruskan kehidupan ku sebagaimana 28 tahun aku hidup di muka bumi Allah..
perjalanan yang penuh ngan onak duri...
alhamdullillah bak kata Aishah..
seandainya kita sabar, Allah pasti akan membantu kita...

selama 28 tahun aku telah bersabar...
melanjutkan pengajian di UiTM selama 5 tahun...
mendapatkan segulung diploma dan ijazah hanya tuk mak dan abah...
aku masih lagi terbayang wajah abah ketika menghantar aku ke UiTM..
seakan tidak percaya wajah yang garang terukir senyuman yang paling manis..
wajah abah ketika aku mendapat satu bintang ketika namaku diumumkan menerima 
Diploma Analisa Pelaburan...
walaupun satu bintang, aku telah berusaha sedaya mungkin tuk menggembirakan mak abah..
2 tahun kemudian, mereka kembali lagi untuk majlis konvoksyen ijazah ku..
Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan kepujian...
aku sungguh gembira kerana dengan diploma dan ijazah yang aku terima..
aku akan mencari kerja yang dapat membalas jasa mak abah

2 tahun diperantauan bekerja di Kota Metropolitan Kuala Lumpur..
sesak nafas aku...
melihat hutan batu semakin banyak setiap hari..
akhirnya dengan kesabaran aku dan izin Allah...
aku kembali ke JB dan bekerja di sana tuk 10 bulan..
sebelum...
aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di UPSI..
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH a.k.a DPLI
aku pon tak tau camne la leh terjebak dengan bidang perguruan ni..
sesungguhnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang tidak ingin aku masuki..
kenapa?..
kerana aku tidak minat..
tambahan pula, kawanku berkata aku "TIDAK LAYAK"..
dengan cabaran dari merekalah yang menyebabkan aku terjebak..
akhirnya..
berjaya menjadi seorang guru...

aku tidak mahukan sebarang halangan di antara guru dan muridku..
maka cara yang aku gunakan adalah memberikan sepenuh kasih sayangku pada mereka..
aku tidak mengharapkan mereka untuk mendapat A..
kerana di dalam dunia sebenar A tidak menjamin apa2..
yang menjamin kita berjaya atau tidak adalah..
bagaimana kita menempuhi dunia yang kejam di luar sana..
seringkali aku katakan pada anak2 didik aku..
mereka harus bersedia tuk hadapi dunia luar yang kejam..
kerana dunia yang telah jalani skrg sungguh selesa...
aku harap anak2 didik aku nnt akan berjaya walaupun tanpa A..

benar kata Aishah..
sekiranya kita bersabar..
Allah akan membantu kita..
kerjaya sebagai pendidik yang aku tolak jauh2 dahulu..
akhirnya menjadi kerjaya yang aku sangat sayangi..
Allah maha Mengetahui...
Allah pasti memberikan yang terbaik kepada hambaNya..
sekarang aku akan memberikan 100% tenaga ku..
tuk periuk nasiku ini...

maka, aku akan bersabar...
sabar ye Noormaliza...
Allah tidak akan memberikan dugaan pada hambaNya..
sekiranya hambaNya tidak mampu menghadapi..

opps bnyk plak aku membebel kat cni..
bkn ada yang baca pon..
tapi orait gak..
at least blog ni jadi diari alam maya ku..

sekian...wassalam

p/s: aku semakin tenang dan dewasa tiap kali diberikan dugaan oleh Allah... sesungguhnya aku belajar sesuatu dan pengalaman yang aku dapat sukar dibeli di mana jua... Terima kasih Allah..



No comments:

Post a Comment